Aduyai....

Hari ni kan, gua dapat 2 orang bebudak praktikal dari mana ek...erm...haa...tak yah gtau la. Sorang ni kena letak bawah gua untuk DCC Drawing Control la. Gua ingat dia memang boleh buat drawing la, gua pun rasa lega la coz ada yang membantu kan. Tapi gua panas hati sikit beb, sebab dia tau basic je. Aduyai bosss...kalau gini tak dapat la membantu dalam kerja gua bosss. Huhu. Nak kena ajar ke? Makan masa gua ni bosss...Bos bukan amik pusing pun. Bos...bos...Wat to do. Kena ajo juga la. Baca command la wei, baru bleh buat. Baca manual dulu ke. Tak kan dari A sampai Z nak kena tunjuk kaaannn. 

Tak apa la, bukan nak salahkan bebudak ni pun. Memang dia belajo basic je pun, sama la macam aku dulu. kenang-kenang balik, masa rebut komputer masa kat bilik acad dulu. Haha. Tersengih sorang-sorang aku. Aku dulu pun belajo sikit-sikit, godek komputer sampai terbako. Haha. So sekarang ok la. Aku harap bebudak ni pun rajin la "mengexplore". Sampai berasap pc tu pun tak apa sebab bukan pc aku. Wakaka. Gud luck la untuk mereka ni.




nota kaki cagu : jangan kedekut ilmu ye cik en. payan...hehe...
jawapan - tak ada la, kedekut karang susahkan diri juga...kaannn...ilmu yang Maha Esa tuu...

Mummet....













Entah kenapa start dari pagi tadi kepala aku ni ting tong sikit. Pening sesangat ditambah plak dengan kelaporan. Haha. Tak sempat nak bersarapan dok berkejor ke sana sini. Memblog sempat plak ek. Bes tuuu...tempat meluah memang la sempatkan jugek. 

Pada firasat aku kepeningan ni mungkin disebabkan aku bermain hujan gerimis waktu rewang semalam ni. Diulangi, rewang ye, bukan merewang. Dah jiran + kawan baik kan, tak kan tak rewang plak. Huhu. Mesti mau kena telan senduk nasi nanti. Kalau sakit kepala ni satu keje pun macam susah je nak buat la. Nape ek? Memang begitu kot. Susah nak fikir. Gitu ke...Dapat lelap mata ok gak ni. Mana port ek? Hik...




nota kaki cagu : tak bek wooo tido waktu kije...
jawapan - lelap jap la bukan tido, kan beza tu...tak nak tido la, bek g makan...

Think...Fikir & Merenung....

Sebenarnya dah lama aku berfikir tentang perlukah aku terus berada di organisasi ni. Kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa. So, aku kena fikirkan semasak-masaknya atas apa jua tindakan yang bakal dan akan aku ambil kelak. Silap langkah, susah plak nanti. Kalau bujang tak apa la kan. Susah-susah balik kampung je. Hehe. Berteduh sekejap. Bleh gitu. Makin lama kat sini makin memberontak jiwa. Tapi kesabaran juga. 

Aku perlukan petunjuk dan mudahan Dia beri petunjuk untuk aku.

Apa kata kita cuba peluang yang ada. Tak gitu. Mana tau kan, di sana lebih baik. Tapi ye la kan, untuk memulakan sesuatu yang baru tu bukan mudah. Tapi kalu tak coba tak tau juga kan. Kira gamble je la kan. Kena kuatkan semangat.




nota kaki cagu : buat la solat sunat istikharah ye cik payan...
jawapan - akan aku usahakan...

Dan Akibat Pelupa Nak Pakai Hands Free....


Ni la akibatnya, saman lagi. Padan muka aku. Oh...tidak...Panas lagi ni beb, baru 10 minit lepas kena kat Jalan Bayu Puteri, Bakar Batu. Time ni la dia wat operasi plak. Dan time tu la subcon aku si Zakaria tu call dan time tu la kena tangkap dek teropong ajaib polis trafik. Masuk selekoh je trus jumpa road block. Sah-sah la kena. Dah takdir tertulis gitu. Redha je la. Bertambah la koleksi saman aku. Tak apa la kira kifarah la ni. Hehe.

Nak cerita sikit la ni, Balik dari mengadap jumpa engineer JKR tu la. Dah kompom dapat NCR 5-6 keping untuk Sekolah Pasir Gogok. Nak menjawab lagi nanti. Plak tu nak kuar kena tahan plak dengan technician projek lain plak. Kali ni untuk Sekolah Simpang Renggam. Dah kena sekolah lagi. Aku wat dek je. Tapi kepala otak aku ni ligat berjalan nak cari penyelesaiannya. "Tu la bos, sapa suh amik subcon degil" jawapan singkat aku la tanpa memikirkan masa depan. 

Hehe. On d way balik kena saman fasal guna telefon semasa memandu dok gara-gara wat discussion dengan subcon aku si Zakaria tu la dalam telefon je untuk projek JKR juga. Kali ni projek Jabatan Meteorologi Senai. Humangaih....sume kerana JKR...haha. tak ada la kan. Itu takdir aku untuk setakat ini pada hari ini. Yang akan datang tak tau lagi la. Terima seadanya je la k En. Sofian Misdan. Haaa...ni baru dapat call dari JKR kena pergi TNB Kota Tinggi amik surat cas sambungan untuk projek Pasir Gogok. JKR juga. Waaaaaa...




nota kaki cagu : sebenarnya ini la apa yang kamoo lalui setiap hari...
jawapan - cuma hari ini agak mencabar sikit je kan...

Doa Hari Ini...Memang Agak Pelupa Juga...


اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3173)

Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.

Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Oh No...Oh...My...

Juz received a phone call from my abah telling me that my mak accident again...Syukur tak teruk la. Abah cakap jangan risau. Tapi sebagai anak mesti risau kan..kan..Ni yang tak sabo nak balik minggu ni. Kalau boleh dah tak nak bagi mak kerja, lagi-lagi kat kilang kan. Risiko tinggi. Mesin beso-beso. Nasib baik tangan mak tak apa-apa. Bengkak je abah cakap. Tapi mak tu mana boleh dok diam. Nak kerja juga. Tak nak susahkan anak katanya. Ye la, aku pun bukan bagi beso sangat kat mak tiap-tiap bulan. Tapi, aku tau bukan itu yang dia harapkan dari aku. Balik cukup la. 

Dah memang perangai mak aku tak boleh duduk diam. Itu yang aku kagum sangat. Dalam usianya begitu, masih memerah kudrat untuk bekerja. Cakap banyak kan, lain plak jadinya. Mak...mak...Dah kali ke-2 eksiden ni...sob...sob...




nota kaki cagu : anakmu ini selalu mendoakan kesejahteraanmu mak n abah...
jawapan - elok la tu..amin...

Oh Tidak...Tekanan, Tension Ke Stress...


Hmmm...Gua ingat setel sudah, tinggal sikit-sikit aje. Tapi gua dapat call kena mengadap plak esok dengan engineer JKR. Geram pun ada, sebelum ni masa datang site tak ada pulak nak komplen-komplen ye. Ye la, maybe technician ok tapi engineer cerewet sikit kot. Nama pun engineer kan. Tu la, nape tak jengguk site awal-awal. Dah nak serah baru datang. Kan..kan...Tapi gua harap tak serius la. Eh, "gua-gua" plak..aku la...tu kira marah la tu...hehee...Tak apa la, bertenang, dengar dulu apa masalah esok. 


So...jangan fikirkan sangat k. Memotivasikan diri ni. Hehe. Apapun menjawab je la sok ni. Tak kan nak ngaku salah plak. Kalau memang dah salah, terima aje le ye. Tapi masa dah time, dia ada silap juga ek. Nape tak datang site awal-awal. Tu je hujah aku. Chaiyukkk!!!




nota kaki cagu : baru ingat nak bersenang lenang kat opis sok...huh...
jawapan - bersenang lenang kat jkr je la sok...kalau dah susah sangat nanti, serah je kat bos bagi setel, baru dia taaaaauuuuuuuu...

Sekadar Untuk Pengetahuan...


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber
2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

Huargh...So Tired...

Huhu...Minggu yang begitu menyibukan diri sepertimana yang aku jangkakan gara-gara semua projek yang aku handle nak serah sebelum hujung tahun ni. Ada 4 projek tu. Tu yang macam tak cukup nafas tu. Mood pun jadi tak tentu hala. Memang penat sangat, ke sana ke mari. Habis masa dalam kereta dan atas jalan raya. Boleh ke ni? Cuba yang terbaik je la. Semuanya membabitkan banyak pihak. So...aku buat yang terbaik untuk part aku je la. Ni pun baru sampai dari Simpang Renggam. Terus balik umah. Terus wat apa yang patut then bloging. Tak dan nak menyinggah opis balik. Hehe. Esok sambung lagi ke Pasir Gogok. Uwaaa...so tired..."Naik gaji bosssss"....




nota kaki cagu : kerja ke kerjan, mimpila nak naik gaji beb???
jawapan - tak pe, moga dibuka pintu hati bos aku...amin...

Tanya la.....

Di suatu hari...

Saya : Usin, ko buat gini..gitu..n begini k..faham tak? Ni pelan aku bagi, Khamis ni ada pra penyerahan. Setel k. Ko faham tak ni Sin?

Usin : Ok..ok aku faham...

Saya : Aku tengok muka ko macam orang tak faham je?

Usin : No problem...faham..faham...

Di site a.k.a Pasir Gogok...semalam...

Saya : Bertuah punye budak, dah pukul 12 tak sampai site lagi...dah la cuaca panas, diaorang ni menambahkan panas aku lagi ni..."hello Moon, sampai mana dah?, Usin mana?

Moon : Ni orang lorinya baru sampei ni bang, kat Kota Tinggi lagi ni...Usin kat site Sekolah Simpang Renggam...

Saya : Mengucap panjang...abis pukul berapa nak sampai ni? Bukan dekat...cepat sikit!!!

Moon : Ye bang..ye bang...

Nak Buat Apa Ye Cuti-Cuti Ni?...

Hmm...Apa nak buat ye? Alhamdulillah, kerja part time aku dah setel so nak ganti masa yang aku dah curi before this untuk wife aku. Jalan-jalan la ye cuci mata. Nak shopping dah hujung bulan. Hahaha. Boleh gitu. Apapun nak rest jap. Petang nanti boleh la berjalan. Itu pun kalau ada  kudrat la or kalau aku tertido, tak dapat la nak nolong. Huhu. Kadang-kadang dok rumah lagi seronok. Pada aku la. Dok layan dvd. Hehe. Itu aku la. Orang pompuan ni lain sikit. Hehe. Stress dia dok umah sepanjang hari. Wakaka. Kalau wife aku baca ni sure kena. Hehe. Tak apa la, minggu ni dijangka akan begitu sibuk. So...jom la jalan-jalan cari fasal ke cari makan ek...ek...ek...




nota kaki cagu : dolan-dolan golek panganan...
jawapan - asik mangan waie, dak lemu jugak...hahaha...

Isnin...Cuti...


Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar 
Al-Haj

DAULAT TUANKU




Info : JOHOR BAHRU: Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dipinda daripada 8 April kepada 22 November. 

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Hari Hol Almarhum turut dipinda daripada 19 Jun 2010 kepada 11 Jan 2011.

Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima pada 23 Januari lalu, iaitu sehari selepas kemangkatan ayahanda baginda, telah berkenan terhadap pindaan tarikh itu. - Bernama

Sumber : Berita Harian Online.

Sabtu...Memantapkan Skill Dengan....

Huarghhh...semalas-malas malam tadi nak buat kerja, stay sampai pukul 3 jugek. Dapat la siapkan separuh dari kerja aku tu. Mata pun dah bengkak. Pedih je rasa ni. Risau pun ada juga. Sebab tak pernah kena macam ni. Akibatnya, pagi ni tak lalu nak buat kerja opis. Ish..ish..tak elok betul la. Masa technical meeting pun tak jadi nak marah subcon. Haha. Cool jek. 

So untuk buat senaman mata sambil menajamkan skill otak, mari main game. Haha...(jangan ikut k, tak elok). Sebenarnya aku dah ketagih dengan 1 game yang aku import dari laptop adik titin aku tu. Haha. Nama game tu "ZoMbIe vs PlAnTs". Hehe. Macam kelako je kan, macam budak-budak. Wat to do, dah suka. Boleh juga realease tension (alasan). Sat lagi wat keje la. Bleh gitu. Base la, sabtu ni mana ada mood sangat nak buat keje. So...but...kena keje juga. Tanggungjawab kan. Dah dibayar gaji. Walaupun agak slow motion sikit, keje kena jalan juga sambil diselang-selikan dengan bermain game. Wakaka...bengong...




nota kaki cagu : don't try this at the office k...notty...
jawapan - kalu bos tak ada baru bleh k...haha...(ngajari)...

Mim Aliff Lam Sim...Why???

Kenapa ye 2-3 hari ni terasa agak malas sikit. Kerja dah agak banyak dan menimbun atas meja makan ni. Hehe. Setelah aku kaji beberapa perkara sah la yang aku agak kepenatan minggu ni. Banyak pergi outstation. Hari ni pun pergi keluar juga. So...nak buat part time pun macam tak larat je. Jam baru pukul 9 mata dah kuyu. Bila lagi nak buat kaann...nama pun part time, kena la buat malam. Tak kan nak kacau waktu kerja. Tak elok pulak. Sikit-sikit boleh la kan. 

Malam ni pun macam tak larat dah nak membentang segala pelan yang ada. Bergulung-gulung macam ombak. Haha. Hmm...harap esok adalah kudrat nak buat. Minggu depan dah nak submit. So, kita rest cukup-cukup dulu. Jangan paksa sangat. karang otot dah menegang, satu sen tak guna. Ni pun dah terasa ni. Stress la ni plus penat. Pn. Doc pesan sudah. Jangan merenyam sangat. Tapi aku try tak nak manjakan badan aku ni. Kena lawan. Degillll....macam kuat kan. Kudud!!! Haha. Mengutuk diri sendiri nampaknya. Asik orang je kutuk. Hehe.




nota kaki cagu : ye..ye..setuju, rest dulu...
jawapan - baeekkklahhh!!! tapi sok ada technical meeting, tengah fikir macam mana nak marahkan subcon aku yang menjengkelkan itu. huhu...stress keje tak siap kat site beb...

Selamat Menyambut Eidul Adha...

Sambungan....Oh Tidak!!! Sudah Blacklist...



JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
MALAYSIA


Pertanyaan Senarai Hitam PDRM 
PDRM Blacklist Inquiry
 



Sila masukkan nombor kad pengenalan ATAU pendaftaran kenderaan
Please enter your identity card OR car registration no.

IC NO :
CAR REGN NO :



 

Panduan untuk mengisi IC No dan Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plat Kenderaan)
Guidelines for keying IC No and Car Registration Number (Vehicle Plate 
Number

...DAN KEPUTUSANNYA...

Oh Tidak!!! Ni Baru Tak Makan Saman!!!....Hampagas Betul....

PDRM Summon Query Result




Date & TimeNameID No.Summon(s)
Found
Total Offence
Amount (RM)
Total Discount
Amount (RM)
Total Offered
Amount (RM)
15 Nov 201001:29:38ROYSOFIAN BIN MISDAN8105020158654660.000.00660.00


No.Vehicle No.Summon No.Date & Time
of Offence
DistrictLocation of OffenceOffenceSummon Amount
(RM)
Discounted Amount
(RM)
Offered Amount
(RM)
1JLT56310210000100001DG56834627 Jun 201010:57:00JOHOR BAHRU UTARAKM 12 JB-SNISPEEDING300.000.00300.00
2JHW95130210000100001DC63331705 Aug 200909:57:00JOHOR BAHRU UTARAKM 12 L/RAYA JB-SENAI.SPEEDING300.000.00300.00
3JHW95130201000100001TT35137018 Jan 200818:36:00JOHOR BAHRUJLN MAJUTRAFFIC OBSTRUCTION30.000.0030.00
4JHW95130201000100001TT34841910 Jan 200821:47:00JOHOR BAHRUJLN SALIMTRAFFIC OBSTRUCTION30.000.0030.00
TOTAL         660.000.00660.00




nota kaki cagu : hambek ko....
jawapan - padan dengan muka guen...huhuhu...no komen...uwaaaa....

111111...Oh, keretaku...


Ada perasan tak? 111111km kereta aku ni dah berjalan sejak 5 tahun lepas lah. Hehe. Kereta ni register tahun 2005. Kira sebaya lah dengan kereta wira aku dulu tu. Malam tadi baru perasan bila nak balik dari ngopi dengan membe-membe lama. Jauh juga dah dia berjalan. Lagi lah aku bawa pergi site kan. Bukan dekat-dekat punyer site. Sabo je lah. Belum pun setahun aku guna kereta ni. Patut lah dah ada macam-macam bunyi. Kira tua juga lah kereta ni. Target apa plak ye lepas ni??? Hehe. Start dah gatal la tu. Sabo-sabo.

Disinilah Bermulanya...Mengimbas...

Kampungku. Di halaman rumah, aku termenung. Bila aku lihat kawasan sekitar rumah mak abah aku ni, banyak juga yang telah berubah. Pastinya dulu tak sebegini. Kalau lah dulu ada kamera kan, boleh aku letak gambo suasana waktu dulu compare dengan yang ada sekarang ni. Hehe. Betapa syukurnya menikmati nikmat yang ada sekarang bahkan dari dulu lagi. Tapi kalau ikutkan aku suka yang dulu coz redup je. Sejuk je rasa. Sekarang panas sikit la. Sebab dah lapang banget. Huhu.

Kalau nak tau, dulunya kawasan sebelah ni adalah belukar. Senang cakap kebun getah la. Sebab tu aku cakap dulu redup je kawasan rumah aku. Kat kebun getah ni la tempat aku bermain. Main sorok-sorok, kumpul biji getah, panjat-panjat pokok, main guli, lagi apa....erm....main bola, lastik burung. Hehe. Macam-macam lagi lah. Manis sungguh rasanya. Sekarang jadi ladang nenas. Nak main apa ek kat ladang nenas ni? Berbirat karang kaki kena duri nenas. Haha. Dah tak hensem. Dah lah tak ada bulu kaki. Wakaka.

Kawasan sebelah sini pun sama, dulunya kebun getah juga. Tapi aku tak suka pergi area belah sini coz belukar dia lebih tebal. Ada kebun sawit lagi. Tak berani pergi. Abah aku kata ada ulo beso melengko bawah pago. Haha. Sekarang pun dah jadi ladang nenas. Pak Uda aku punyer. Abah aku punya belakang rumah ni je. Panjang ke belakang. Dulu ada rumah Arwah Pak Ngah aku. Bila Arwah dah tak ada maka Mak Ngah pun pindahlah ke rumah anak dia. Sunyi sudah. Hmm...indahnya berada di kampung.




nota kaki cagu : Jangan sampai tergadai tanah sudah la...
jawapan - mudahan generasi yang seterusnya dapat pertahankan dan kekalkan keindahan kampung ni...

Perjalanan...Ke, Jalan-jalan...

Salah satu hobi aku adalah memandu. Pada aku memandu ni salah satu terapi untuk aku. Lain orang lain caranya kan. Terutama bila aku memandu waktu malam or lebih tepat lagi, tengah malam. kenapa? Sebab jalan pun lengang. So masa ni lah otak aku ligat berfikir untuk mencari ilham. Hehe. Hiway kat JB ni start kul 12 je sepi lah. Tu yang aku suka dok JB ni. Aman je rasa. Kalau kat KL tu, dengar ceritanya orang tak tido 24 jam. Sibuk je memanjang hiwaynya. Orang kata lah.

Masa aku amik gambo ni time malam Deepavali lepas. Lama dah tu, kira gambo basi lah kan. Lantaklah kan. Hehe. Masa aku lalu hiway Skudai area Taman Tun Aminah ni meriah dengan bunyi mercun. Asal raya je, mercun. Huhu. Dalam pada drive tu sempat jugalah snap gambo. Sebenarnya aku nak amik gambo bunga api yang cantik-cantik dan macam-macam warnanya. Tapi wat to do, kamera murah kan. Tak nampak apa. Lampu jalan nampak lah. Bila drive sorang-sorang ni macam ni la perangai. Hehe. Layan perasaan. Baru lepas ngopi dengan membe lagi lah layan.




nota kaki cagu : hati-hati di jalan raya bro...
jawapan - kira hati-hati la tu...

Cuci-Cuci The.......Keretaku......

"Halo..macha...macam biasalah k, kasi cuci luar saja...set..." "Wokey..." sambil menggoyangkan kepalanya. Dapat bayangkan tak? Haha. Macam tu la selalunya. Sebenarnya kalau diikutkan, aku lebih suka cuci kereta sendiri. Selain dapat keluarkan peluh, lebih puas hati kan. Bukan apa, kadang diaorang ni cuci semberono je. "siap boss...6 ringgit saje" sambil bagi kunci. Bila tengok, macam tak siap jer...jer....grrrr...bisa mendatangkan kemarahan.


Tapi, aku bukan kaki nak bising-bising. Ye la, customer tengah ramai. Yang cuci berapa kerat je, so aku pun buat-buat la faham situation dia orang ni. Nanti sampai rumah aku touch up la sikit-sikit part mana yang debu or lumpur yang degil melekat lagi tu. Maklumlah kete bawa pergi site. Nasib baik kete aku silver so tak berapa nak nampaklah kotoran degil tu. Hehe. Pilihan bijak. Tak gitu. Kalau ada masa baik cuci sendiri la kan. Puas, hati pun senang.




nota kaki cagu : customer is alwayzzzzz right...
jawapan - memanglah, tapi kita sama-sama manusia kan...tak sempurna...
 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top