Haduyai...Selesai Dah...

Akhirnya...dapat juga aku menyetelkan bayaran saman dengan kadar diskaun 50%. Hehe. Sebenarnya dah lama dah setel cuma lum sempat nak abadikan dalam blog aku ni. Nasib baik ada En. Zaid, ejen insuran aku yang tolong bayarkan dahulu melalui sistem online. Kalau tak berjanggut la aku nak kena tunggu giliran yang sampai beratus tu. Hilang akal apa seharian nak dok kat pejabat polis trafik tu. Humangaih, tak sanggup den. Nasib baik la rejeki dipertemukan dengan En. Zaid yang baik hati tu. Hehe. 

Betul la macam kata orang-orang veteren kan, kalau berkawan bio ramai dan yang penting pandai memilih kawan. Tak gitu. Tapi kawan tu kawan juga la kan. Bisnes tetap bisnes. Hahaha. Apapun kena cas juga. kira upah la. Ala...apa ada hal kan. Janji urusan kita selesai tanpa merugikan banyak masa dan tenaga. Dan yang paling penting aku dah tak disenaraihitamkan lagi. Asal je dari Air Hitam. Tu tak bleh ubah. Hitam kan manis.




nota kaki cagu : dah tu, beringat la k. jangan speeding lagik...
jawapan - baeklah...tapi tadi balik dari site aku tekan sampai 170km...alamak...manusia mudah lupa.


Tak Sangka Lagi...

HARIAN METRO
KHAMIS, 30 DISEMBER 2010
24 MUHARRAM 1432


Hmm..bukan tajuk utama ini yang menjadi perhatian aku sebenarnya. Tetapi kandungannya di muka surat 26 sekali lagi memaparkan tentang apa yang telah berlaku kepada arwah abah. Baru sekarang aku sempat update di blog ni. Hmm...kesibukan kerja membataskan segalanya.



Tapi kali ini agak berbeda. Kelihatan gambar emak (berbaju kurung biru) sedang menceritakan sesuatu kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Bakri iaitu En. Mazlan Sabari. Mungkin tidak keterlaluan aku katakan inilah antara hikmah daripada apa yang telah berlaku. So, mudahan dapat mengelakan perkara yang sama berulang. Kesedaran penduduk pun bertambah. Alhamdulillah, Jutaan terima kasih juga kepada mereka yang begitu mengambil berat dan prihatin terhadap apa yang berlaku pada keluarga kami. Memang tidak disangka. Aku dapat rasakan arwah abah adalah seorang yang begitu istimewa. Cuma aku je yang tidak begitu sedar semasa hayatnya masih ada. Abah memang begitu.

Mana La Perginya Cable Handphone Aku ni...

Aduyaiii...mana la perginya kabel aku ni. Perasannya macam aku letak dalam kete, memang tak pernah keluarkan. Ke pernah ek? Di rumah kah? Macamne nak update blog ni. Gambar sume dalam handphone. Dah la tak ada mood nak buat kerja hari ni. Penat. Asik outstation je. Lagi ingat bleh la dapat cuti free sok kan sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia malam tadi. Semangat je pagi tadi dengar kat berita PM bagi cuti umum untuk esok kaaannn. Apalah bos aku ni. Tak ada semangat keMalaysiaAn langsung. Telefon authority semua kerja pending sebab diaorang dah sibuk nak bercuti esok. Hampagas betul. Kerja tak buat lagi. Cuti plak (hehe..jeles)




nota kaki cagu : hek eleh...macam tak biasa plak dengan bos kamu tu...
jawapan - sebab biasa la...cuba luar biasa sikit...kan best...

Apapun Tahniahlah Untuk Skuad Bola Sepak Negara....



Walaupun aku ni tak la berapa gemar tentang sukan bola sepak ni kan. Tapi sebagai warganegara malaysia yang mempunyai i.c biru berasa bangga la dengan kejayaan pasukan Malaysia ni. Malam tadi semua mamak dok penuh dengan peminat-peminat bola sepak. So aku pun agak teruja la dek semangat mereka ni. Secara tak langsung aku jadi peminat plak. Apatah lagi dengan gemuruh sorakan mereka semua. Macam stadium dah kedai mamak ni. Haha. Apapun kita serumpun.

Malam Yang Sepi..Pi..Pi..Pak Mat Jual Topi..Pi..Pi..

Ermm...malam ni aku rasa...rasa...rasa...sengal badan dok drive dari pagi sampai la  ke petang. Merono merene. Hehe. Tapi yang best ada ke patut aku bleh mengarahkan bos aku pergi majlis penyerahan projek aku kat Pasir Gogok sana. Hehe. Ye la kan, penyerahan managing derektor la kena pergi. Kasi orang kenal sapa bos aku kan. Ni orang ingat aku bos je. Aku dah buat pakatan dengan second bos aku. Haha. Semua melarikan diri. Hik..hik..Aku membawa diri hingga ke Simpang Renggam, second bos aku plak melarikan diri ke Kota Tinggi. Canteekkk...

Ok, cerita lain la plak. Cerita fasal kilije sampai sok pun tak sudah. Nanti bleh buat my blood go upstairs u know. Wachaaa. Bila dah go upstairs mula la nafsu makan aku melampau. Hehe. Tak juga la. Aku ni bukan betul kan, nanti tiba-tiba kan mula la teringin nak itu dan ini. Terutamanya bab makan la. Kalau ada rejeki lebih tu kongsi la dengan wife kan. Bes tu...nak kongsi dengan sapa ek...hehehe. So, malam semalam terjadi la perkara tu. So share some pic la. (sebenarnya dah tak ada ide nak tulis ni tapi sebab malas nak layan Anugerah Skrin ni, tu yang cari ide jugek sampai dapat)



Yummy, jalan-jalan ke JJ Bukit Indah singgah la ke restoren ni. Akceli pernah pergi restoren ni dulu. Not bad la. so boleh rekemen la. Tapi datang kali kedua ni, tetap dengan menu yang sama. Maklum la aku kan, susah nak jemu dengan sesuatu tu. Bila cukup syarat dengan yang aku suka memang melekat la. Yang penting ada sayur dan berkuah. Haha. Tak mok jugek.


Ini dia Tropika Tea. Boleh jadi peberet ni. Memang sodap. Telan air liuq suda. Macam-macam buah ada dalam. Senang kata cukup rasa la. bagi aku la. Citarasa aku ni lain macam sikit. Cita rasa orang kampung. Or, lebih tepat lagi orang jawanese. Hehehe. Yang masam-masam ni memang kegemaran. Tapi orangnya tetap manih gitu. Uweeekkss.


Ini menu untuk wife aku. Biasalah, stik ni pun boleh tahan juga. pon sodap. Dikombinedkan plak dengan air sprite. Sure tangkap leleh punya. Waaaahhh...jadi makin lapo plak ni citer fasal makan. Sat lagi ni musti buka peti ais cari apa yang boleh di telan. Tak kan nak makan megi plak. Hehe. Tak elok tu.


Kan aku dah cakap, kalau aku tengah makan tak usah la nak bertegur sangat. Hehehe. Haaaiiii, tu la salah 1 perangai aku. Susah nak bercakap kalau tengah makan. Wife kat sebelah pun tak terlayan. Hehehe. Tapi dia dah masak dengan tebiat aku ni. So...peace....Sempat plak dia amik gambo ni.


So, disebabkan majuk sebab tak dilayan oleh suaminya yang sedang kusyuk makan, maka untuk menghilangkan kebosanannya mula la tak henti-henti dia klik gambo sendiri. Hahaha. Wat to do. Tak apa, malam ni abang belanja. Hehehe.




nota kaki cagu : makan...makan....makan....
jawapan - hmmm...apa yang mak makan ek....hmmm...

Cuba Untuk Tidak Bersedih...

Hmmm...sudah beberapa hari tidak memblogkan diri. Macam yang aku kata khamis lepas, masih belum ada mood untuk semuanya. Tapi, bila difikirkan balik kalau aku asik dok termenung lagi la aku jadi bertambah tak ada mood kan. Terkenang arwahnya. So, untuk itu macam-macam benda la aku buat sepanjang minggu ni selain menyibukan diri dengan rutin kerja aku yang ntah apa-apa ni. Haha. Dapat subcon sengallll. Geram guen. Wachhhaaa....baru tau.

Ok, kita citer lain la. Kebetulan plak pakcik wife aku sekeluarga datang dari Keyy Ell tumpang tido umah aku 1 malam sebelum nak berangkat ke Universal Studio kat Singapore tu, sabtu lepas la. So meriah la sikit kan. Nak ikut pasport tak amik lagi. So dok diam je la. Ditambah plak dengan majlis kenduri kahwin. Terhibur juga la hati ni. Yang lagi best semua kaki jalan, so nak tak nak kena la jadi pemandu pelancong kaannn..ok apa. So tempat pertama di tuju tempat ni la. Pameran coklat kat Danga City Mall. Lepas kenyang makan nasi minyak, kenyang makan coklat la plak kita orang ni. Pergi setiap booth dapat merasa coklat free. Besttt. So take some picture la, tapi tak banyak coz dok sibuk makan coklat free kkkaaaannn....

Tak ramai orang sangat maybe orang JB ni tak berapa mesra dengan seni coklat ni kot. Tak apa la kan, aku dapat makan coklat free banyak, kalau ramai orang mungkin tak merasa kot. Tu la hikmahnya. Hehehe. (abang baju kuning perasan hencem la tu)


Hambek ko...macam-macam kaler dan bentuk. Ni kalau bawak budak ni bleh kering poket dan dompet abah. Hehe. Sebenarnya banyak lagi yang menarik cuma aku macam ye tak ye je nak amik gambar kan. Nanti kata curi kreativiti diaorang plak. So amik curi-curi ni.


Yang ni paling aku suka. hehe. Ada anggur, strawberi dan mashmellow, betul ke ejaan ni? gasak. Aku dah lama nampak menda ni, tapi tak pernah cuba try test lagi. So, den torai la.


Uish...rasa macam nak tonggak je coklat tu. Hahaha. Celur kak jangan tak celur, kasi lebey la sikit. Lebih ke sikit? lebih..lebih...Huhu.


Ni la hasilnya. Penangan Dato Siti Nurhaliza, Strawberi n coklat. tapi ni ada anggur la. Hehe. Apapun aku lebih suka anggur la. Sodap nya. terbayang suda.


Pulok yang ni lagi best. tak sampai hati den nak tolan coklat ni. Cute bebanget nih. So aku letak je la kat atas meja wat perhiasan. Kok nanti kalau dak kelapoan sangat bleh juga wat alas pewut. Wakaka. Wat to do, kamu memang comel tapi bila dah lapo banget nanti bersedia la ye. Grrrr...




nota kaki cagu : uish kalau ikut hati guen tak nak kuar dari expo ni. haha.
jawapan - guen pong...tapi nanti muak gak. huhu.

Guen tak Ado Mood Hari Ni Mau kilije....Hatiku Di Sana...

Start Working Today....


Setelah seminggu bercuti, so hari ni aku start keje la. Ingat macam nak sambung cuti, tapi bimbang ada orang bising plak la. Hehe. Naik-naik je, mula la melambak keje nak fikir dan setel. Huhu.




nota kaki cagu : kesabaran...
jawapan - wat to do...

Tak Sangka...

Harian Metro hari ini, Rabu, 15 Disember 2010 bersamaan 9 Muharam 1432. Memang tak sangka berita tentang tragedi yang menimpa arwah abah diselitkan bersama di muka surat 2 akhbar tabloid ni. So aku kepilkan bersama dalam ruangan ini agar ia kekal selamanya di sini sebagai ingatan untuk kami sekeluarga.


Sebenarnya, nak membaca ruangan ni pun aku tak sanggup. Aku tahu tentang ruangan ini pun setelah sepupu aku hantar sms kat aku mengatakan berita tentang arwah abah kuar di akhbar ni. Bergegas aku mencari walaupun malam ni baru dapat.



Ke Laut...Angan-angan Guen...


Entah macamana tiba-tiba aku jatuh hati dengan Cik Caldina bermata sepet ni. Sesuai dengan namanya, ayu je mata guen memandang. Hehe. Ye la, nak balun BMW sure lagi entah bila kan. Lagi ke laut, laut mana pun tak tau la. Bila guen boleh dapat ni. Huhu. Cik Vios dah dapat so sekarang ni target nak daptkan akak dia, Cik Caldina plak la. Harap murah la rejeki. Kalau tak dapat, wat to do kaannn....

Pemberian Mak Sebagai Kenangan Abah...

Sebelum aku pulang ke Johor pagi tadi, sedang aku menggosok baju dan jeans aku, tiba-tiba mak menegur dan dalam masa yang sama, mak membuka almari arwah abah dan mengeluarkan satu persatu barangan milik arwah abah. Dengan keadaan muka yang sayu mak berkata "Ni mak bagi barang abah, tak ada sapa nak pakai nanti". Antaranya...

Sehelai kemeja yang menurut mak, arwah abah baru pakai sekali. Baju kemeja ni adalah pemberian sahabat abah.


Sehelai kain pelekat yang belum sempat arwah abah gunakan.


Sepasang kasut baru, juga tak sempat arwah abah gunakan. Kebetulan kami mempunyai saiz kaki yang sama.


Teristimewa, sebentuk cincin batu zamrud kepunyaan arwah abah. Begitu cocok sekali. 


Dan, yang paling istimewa sekali adalah sekeping foto arwah abah. Menurut mak, dia pun tak tahu bila arwah abah ambil foto ni dan apa tujuannya. Baju yang dipakai dalam foto ini adalah baju baru yang dibeli dan baju itulah yang terakhir dipakai oleh arwah abah semasa kejadian tersebut. Itupun setelah mak mengeluarkan semua isi dompet arwah abah, barulah terjumpa foto ini. Mak begitu terkejut. Seperti arwah abah telah mengetahui sesuatu. Dan mungkin inilah tujuan foto ini diambil sebagai kenangan terakhir darinya untuk kami semua.


- Al-Fatihah -








: jagalah sebaiknya, ingat pesan Puteri Anjasmara...
: semestinya...

Malam Ke-7...

Begitu lekas masa berlalu. Malam ini merupakan malam ke tujuh hari pemergian abah. Aku akan pulang ke kampung semula untuk majlis kenduri arwah dan doa selamat sambil menjengguk emak di sana. Siapa lagi yang dia ada melainkan anak-anaknya yang memberi sokongan. Pasti mak gembira nanti melihat anak-anak dan cucu-cucunya pulang memeriahkan rumahnya. Walaupun cuma sekejap, at least dapatlah menghiburkan hatinya itu. Tapi aku harus pulang bersendirian hari ini. Wife tak dapat nak ikut bersama kerana tidak mendapat cuti. Tak apalah, kami faham. So petang ni lepas zohor, bergeraklah aku ke kampung. Mudahan selamat semuanya.




nota kaki cagu : pulanglah...
jawapan - nantikan kepulangan anakmu, mak...

Recovering Process...

Sedang berusaha untuk memulihkan semangat untuk meneruskan hari-hari yang bakal diharungi. Untuk emak dan juga bersama orang-orang disekeliling aku. Apa yang baru dilalui adalah permulaan bagi perjalanan yang pasti lebih mencabar. Tentunya, arwah abah juga pastinya tidak mahu melihat kami terus bersedih. Aku dapat rasakan semangat baru telah muncul dan aku harus teruskan. 

Kami Pasti Merinduimu...Abah...


Kasihilah ayah ketika ada. Buat yang sudah tidak mempunyai ayah, ingat, tidak terputus amalan seseorang yang sudah meninggal dunia melalui doa anak yang soleh. Berdoalah selalu kepada Allah akan kesejahteraan ayah (dan ibu) kita di sana... Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan Allah. Dalam hadis riwayat al-Hakim, Nabi s.a.w. ditanya, oleh seorang lelaki dari kalangan Bani Salamah, Wahai RasulalLah apakah masih ada peluang bagiku berbuat baik kepada ibu bapa selepas kematian mereka? Jawapan Nabi s.a.w. : Ya! Berdoalah untuk keduanya, memohon keampunan untuk keduanya, menunaikan janji mereka, memuliakan teman-teman mereka, menjalinkan silaturrahim terhadap kerabat mereka" 
( 21/ 7260 ) Cet th 2002 dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Kini, abah telah tiada. Perginya tiada kembali. Walaupun perginya begitu dan tanpa diduga, percayalah abah, emak dan kami adik beradik meredhai pemergian abah. Pastinya kami teramat merindui abah, kami rindukan gelak tawa abah, rindukan gurauan abah, rindukan nasihat abah, rindukan kemarahan abah, rindukan deruman motosikal abah dan segala-galanya tentang diri abah. Sesungguhnya kami begitu terasa pemergian abah. Bukan kami sahaja malah, semua kenalan abah. Kami rindukan kasih sayang dari abah. 

Kini, kami memerlukan semangat dari abah untuk menjaga emak. Kami akan sedaya upaya berusaha untuk menjaga emak. Kami berjanji akan cuba melakukan yang terbaik untuk emak kerana kami tahu, emak lebih memerlukan kami disaat ini dan hari-hari yang akan mendatang. Kami tidak sanggup melihat air matanya terus bercucuran. Berikanlah kami kekuatan Ya Allah. Kami juga akan berusaha meneruskan legasi keturunan kita, insyaAllah. Abah, kami akan sentiasa mendoakan agar abah sentiasa tenang di sana bersama-sama dengan orang yang beriman.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada masyarakat setempat, saudara mara dan sahabat handai yang begitu mengambil berat terhadap keluarga kami sehingga semuanya berjalan dengan baik dan lancar, Alhamdulillah. Bersyukur kami di atas kehadratmu Ya Allah. Hinggakan suasana sekeliling juga seperti bersedih diatas pemergian abah. Menurut kata "sahabat" abah, bahawa abah dilahirkan pada pagi Khamis di waktu hujan lebat turun, sebab tu arwah atuk Yusop menamakan abah, Misdan (Khemis + Udan = Misdan), dan begitulah jua keadaannya dan suasananya bila ayah pergi, hari Khamis, 6:20a.m. (09 Disember 2010 / 03 Muharram 1432H / 60 Tahun) dan ikuti oleh hujan lebat. Indah sungguh kekuasaanMu Ya Rabbi.




: teruskan usaha meneruskan legasi keturunan kamu, Anang Kesuma.
: pastinya, setelah abah pergi baru kami jelas tetang siapakah keturunan kami. terima kasih kepada Puteri Anjasmara dan "sahabat" Allahyarham abah yang lain atas kesudiannya menjelaskan semuanya.

Kini, Perginya Abah Tak Akan Kembali...(09 Disember 2010, 6.20a.m. - 148)

Nak Break Gak...

Hari ni jalan sungguh lengang semasa memandu ke opis pagi tadi. Kalau la hari-hari cenggini kan best. Ramai orang bercuti hari ni kan, Awal Muharam. Opis aku ni tak amik plak. So kena la keje. Tapi aku sungguh jeles dengan meka-meka yang bercuti hari ni. So...aku amik keputusan nak break jugek hari ni. Half day pun jadi la. Hehe. Bukan apa, sebenarnya aku nak rest jap la petang ni. Sakit kepala, kaki...hati...huhu. Semalam dah berpanas dan berhujan kan. Sok kena kuar daerah lagi. Sengal badan suda. Apapun apply cuti dulu la kan. Kalau bos tak bagi aku cuti jugek. Dulik...




nota kaki cagu : no komen...wes karepe la....
jawapan - dulik...dulik n dulik...hahaha...

Radio...Oh, Radio...

Entah kenapa, lately ni bila aku drive sensorang aku lebih suka mendengar deruan angin dan bunyi tayar kereta aku bergolek membelah permukaan jalan. Seperti radio kereta aku ni tak berfungsi. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin or ye aku lebih tenang begitu. Senang nak berfikir kot. Cari ilham lepaskan geram. Bukan apa, kadang-kadang bila dengar lagu or orang berceloteh kat radio ni buatkan otak aku jadi macam serabut plak. Apakah tandanya itu? Hmmm...keep thinking....




nota kaki cagu : mencari damai di hati...
jawapan - salah 1 cara hilangkan stress...

Isnin...Permulaan Minggu Yang Agak Memenatkan...

Macam entry di atas, permulaan minggu ni memang agak memenatkan dan menduga kesabaran aku. Macam seyes je bunyinya kan. Mana taknya, awal-awal pagi lagi dah bergerak ke site kat simpang renggam sana. Tak la jauh sangat tapi sejak dari minggu lepas dah 3 kali aku ke sana hanya untuk memastikan segala kerja mengikut kehendak dan spec. yang patut dipatuhi. Dan hari ni adalah hari untuk inspection bersama pegawai yang bertugas. 

Hmm...tak senang duduk aku sepanjang perjalanan. Mana taknya, last datang site masih belum mencapai tahap yang diinginkan. Ketika ni aku berserah saja. Tapi kepala aku tetap berpusing untuk menduga soalan-soalan yang akan keluar daripada mulut en. pegawai yang datang nanti dan pastinya merangka jawapan untuk jawapan soalan tersebut. Bleh ek gitu. Tension sungguh. Seperti yang aku jangkakan, keadaan di site memang mengecewakan aku. Sungguh kecewa. Bila aku dah kecewa, en. pegawai lagi la kan. Tapi Tak apa la, hikmahnya, banyak benda aku belajar hari ini dan yang paling aku tak sangka, en. pegawai yang memang dikenali sebagi seorang yang tegas dalam menjalankan tugas begitu tenang hari ni. Aku bersyukur sangat walaupun berkeping-keping komen dia bekalkan untuk aku. Huhu. So, kena return balik la minggu depan. Testing gua reject. Uwaaaa....




nota kaki cagu : tak apa la...yang buat kerja pun manusia kan, tak sempurna...
jawapan - cuba sedaya upaya...learning process kan...think positive...

Juga Untuk Dikongsi...Doa Awal Tahun Hijrah...


Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam

Artinya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, 
beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan 
Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

Untuk Dikongsi...Doa Akhir Tahun Hijrah...


Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.
Doa Akhir Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Salam Maal Hijrah....1432H...


...UNTUK SEMUA...

Arek Mangan Opo Bengi-bengi Ki Yo...

Malam-malam macam ni bila dok sorang-sorang, tak tau nak makan apa. Tak ada geng. Last-last megi cup juga yang aku bedal. Hehe. Sedap juga coz dah lama tak makan megi. Jangan amalkan la ye. Dah biasa makan petang kan, so bila tak makan pewut aku pun jadi tak sihat la jadinya. So masa balik dari ambil wife main bowling tadi, aku teringat satu makanan ni. Oblong namanya. Ada ayam, ada daging. Malam ni test ayam dulu. Hehe. Malam esok ke lusa ke torai daging plak. Boleh tahan juga la, sesuai untuk alas pewut. Itu aku la. Senang kata mengenyangkan la. aku pewut beladar, lain macam sikit. Haaha.

Hmmm...nampak tak apa yang menambah kesedapan oblong ni? Tentunya la kuah black papernya. Aku memang pantang...pantang jumpa kalau yang berkaitan black paper ni. Bila aku tengok dok tenung gambar oblong ni, aku jadi lapo balik plak la. Hahaha. Kan aku dah cakap. Pewut aku ni lain macam sikit. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Tu yang dok risau tu. Tak apa la kan, kurus pun kurus la, janji rock, eh sihat. Dah memang keturunan kan. Wat to do. Wat eva la kan. Bila dah pagi-pagi ni kepala otak aku dah tak dapat nak berapa berfungsi sangat coz dah nampak bantal. Huhu. 





nota kaki cagu : nama makanan pun pelik-pelik sekarang ni kan....
jawapan - nama anak-anak zaman sekarang lagi pelik n panjang-panjang...sian...

Tak Agak...

Demi untuk menjadi warganegara yang baik la kan, ye la, dah kena saman kena la bayo. Dah memang salah. Hehe. Tu pun tunggu ada diskaun la baru nak bayo. Punya la ramai manusia. Haa...hambek ko. Larat ke nak tunggu ni. Ada 351 orang lagi sedang menunggu sebelum giliran aku. Masa ni jam menunjukkan pukul 11.49 a.m. Aku ingat sempat la kan walaupun aku sedar kebarangkalian nak sampai turn aku tu ntah bila. 

Memang tak la. Tak sanggup aku. Hari Jumaat plak tu. Silap hari la aku datang ni. Bersesak orang nak langsaikan saman-saman mereka. Ye la, Mana taknya, kaunter buka satu je untuk bayaran saman. Tak patut betul la diaorang ni. Pada aku la, kalau dah tau nak bagi diskaun tu patutnya sediakan la kaunter tambahan. Macam tak faham plak yang orang Malaysia ni memang suka perkataan "diskaun" tu kan. Betul tak? Memang la berduyun yang datang. Hampagas.




nota kaki cagu : sape suh kena saman?
jawapan - ermmm...ermmm.....
 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top