It's Time To Reward Yourself...Eh, Myself la...


Yeay...The time has come...setelah membengkokan badan bekerja keras...nak apa ek???erm...pikiaq-pikiaq...but it's ok la...may be next time...there's more important thing to think off. Asal orang di sekeliling kita happy, that's enough for me.



nota kaki cagu : tunggu rejeki yang lain ye...
jawapan - tak apa...korban sikit...

Musim Hujan Sudah...

Hujan rintik-rintik...ada gelombang...lalala...ingat lagi lagu kanak-kanak dulu. Tapi lupa lirik la plak. Hehe. Hmm. So far kat Johor Bahru ni 3 hari dah hujan tak berhenti. Abis siling cornice rumah aku bocor. Bertepek-tepek kesannya. Kena ngadu kat owner ni rumah bocor. Membe call tadi kampung dah naik air. Opis mate pun dah ngadu rumah mak dia kat segamat sana dah naik air. "Tak LAYA LOORR.." katanya. Budak praktikal tempat aku ni pun dah kena check in kat dewan sekolah a.k.a pusat pemindahan. Dugaan la kan. Hope tak la teruk sangat. Apa cerita kat kampung sana ye? Hmm. Harap baik-baik je la kan. Jangan aku tersangkut kat opis ni sudah la. Huhu. Ojo toor..




nota kaki cagu : huuu..best banjir main air...
jawapan - best la sangat...kang macam-macam...

Jiwa Ku Bukan Jiwa Mu...


Ehem...malam tadi dok la jalan-jalan kat rusty market kan..pasar karat la kat  Jalan Seget sana. Tengah ronda-ronda nyambil makan sotong sira gula peberet aku tu, tiba-tiba telinga aku ni macam terdengar sayup-sayup 1 halwa yang sedap di dengar. Ha...dia mai dah..hehe..


Korang layan ke apa yang aku layan ni. Erk, sapa korang tu? Bukan sapa pun baca blog sengkek aku ni pun. Hehe. tak kisah la kan. Penambah rasa, pendarab keinginan untuk menulis. Kalau di ikutkan, aku tak pernah tau pun kebanyakan lagu dalam cd ni. Tapi aku pun tak tahu la macamana jiwa aku ni bleh ngam dengan lagu-lagu lama ni. Dalam hati dah kata 

"bleh wat koleksi ni, nanti pergi rusty market cari lagi" 

Tapi kalau nak dengo kena dengo sorang-sorang je la kan. Wife aku siap cakap kalau nak dengar time dia tak ada. Haha. Orang moden mana dengo lagu macam ni kan. lama sangat dah. Kalau Hail Amir bleh lagi katanya. Nanti aku cari la dia nak dengo ke tak. Hehe. Tiba-tiba baru aku terperasan, haaa..."turun" dari mak aku la ni. Mak memang suka dengo lagu macam ni. Hehe. Anak emak. Tak apa la kan, pergi site jauh-jauh nanti boleh la layan.




nota kaki cagu : mana ko belajo daa...rusty market?
jawapan - suka hati aku la...huhuhu...

Nape lah Kau Muncul Di Saat Aku.....

Nampak tak? Nampak la sign board tu..hehe.. Bukan lah..yang putih ada 4 roda tu...bikin gue jatuh cinta ni beb..bukan dengan pemandu nye ok..dengan keretanya, deerrr. 

Wife aku cakap kete penyek macam ayam penyek. Haha. Ye la tak lain dan tak bukan la..si Caldina tu la. Well, salah satu menda yang aku suka kat dunia ni, kereta la. Tapi kalau korang tanya aku part-part dalam kete tu melopong je la. Haha. Suka pandang je. Amik tau la ikit-sikit kan. 

Tapi ntah nape aku suka sangat dengan kete ni. Nak beli tak mampu. Makan ratus ribu beb. Beli umah lagi bagus. Boleh letak peti ais ke, sofa ke, Katil...hehe. Tapi kalau ada rejeki lebih nak juga aku rembat satu kan. Biasa la, manusia ni kan kuat angan-angannya or lebih tepat, berangan la ek. Haha. tu aku la, orang lain tak kan. Wateva la kan. Hmmm...apapun doa,  usaha, ikhtiar dan tawakal je la kan. Then kerja. Mana tau kan.




nota kaki cagu : tunggu rege turun la beb...
jawapn - turun mana? turun temurun..haha...

Baru Sempat Ni...

Huaaarrghhh....baru tersedar dari mimpi yang lama. Hehe...macam-macam mimpi ada, yang indah, yang manis, yang pahit, yang sakit. Semua adalah. Apapun, memang terlalu sibuk tahap gaban (bahasa budak-budak ni la). 

Lagi la ni dapat task baru jaga projek kat my home town. Mana lagi, Muooo (orang muo je sebut macam ni) la a.k.a Muar or Bandar Maharani. Berulang alik la jawabnya ni. 2 jam pergi, 2 jam balik, so dah 4 jam = kira 1/2 hari bekerja dah tu. Hehe..tapi kalau aku drive tak la sampai 4 jam. Base la, kejo masa. Well....

Bingung Sudah ....


Jom Balik Kampung....


Tak sabar rasanya menunggu jam satu nanti. Mana tak nya, hari ni balik kampung lagi coz mak nak buat kenduri 40 hari pemergian arwah abah. Kalau diikutkan, sebenarnya malam selasa depan hari yang ke-40. Tapi saja mak buat awal. Mungkin untuk memudahkan anak-anaknya pulang ke kampung waktu cuti kan. Tak la terkejar-kejar masa ye tak. 

Lagi, kata adik malam ni ada mesyuarat keluarga. Srikandi pangil. Apa agaknya isu ye. Apapun memang tak sabar ni. Hope nanti perjalanan dilindungi dan selamat sampai serta selamat balik. Nampaknya rasa nak demam semalam pun dah beransur pulih. Walaupun ada sisa-sisa nya lagi la. Hopefully tak jadi la nak demam ni. Yang penting, isnin depan nak cuti gak. Nak rest. Gasak.

Apeda...

Apeda bos aku ni. Kata semalam nak buat meeting projek hari ni. Ni sampai petang langsung tak ada kabo berita pun. Dah meh kul 4.15++ petang ni. Jangan dah nak balik nanti dia wat meeting plak memang tak bleh blah la. Haha. 

Dah la tengah kurang ada mood ni. Badan plak rasa seram sejuk macam nak demam. Hmm...jangan la demam dulu. Minggu ni ada kenduri kat kampung. Kang kalau aku demam apa pun tak jadi nanti. Tak kan nak geletak je time orang rewang kat umah kan. Tak patut la. Tapi kalau dah demam gak...wat to do. Lama tak rasa macam ni. Hikmahnya, kalau demam dapat rest la kat umah nanti. Tapi demam tu.......... 




nota kaki cagu : masanya dah time...
jawapan - yek la...

Satu Terindah Dalam Dirimu Kini Ada Dijiwaku...

...La Tahzan...


Jumaat Yang Sayu....

Entah kenapa hari ni terasa begitu sayu sekali. Mungkin semakin dekatnya hari ke-40 pemergian abah. Orang kata, selama 40 hari roh arwah masih ada bersama kita atau di rumahnya. Selepas ini roh abah akan ke sana selamanya. Pernah aku bermimpi berjumpa abah 2 or 3 hari lepas. Sempat bersalam dan mencium tangannya. Bila aku ingin memeluknya dengan cepat abah memegang bahu aku seperti ingin menyatakan sesuatu. 


Kenapa ye? tapi abah tidak berkata sepatah pun. Aku harap dapat bermimpi berjumpa dengannya lagi. Harapnya begitulah. Sebab memang jarang aku bermimpi tentang abah sepanjang hidup aku. bermacam-macam bermain di benak aku ni.




nota kaki cagu : mencari jawapan...
jawapan - ...

Yang Tinggal...Hanya....


Hmm...beginilah keadaan motosikal arwah abah setelah dipulangkan pihak berwajib. Aku nak pandang pun tak sampai hati. Gambar ni aku amik masa pulang ke kampung 2 minggu lepas. Tak sangka pulak motosikal ni telah dibawa pulang ke rumah. Ikutkan aku nak biar je motosikal tu kat sana, tapi mak berkeras nak bawa pulang. Sebagai anak, kenalah faham apa yang mak rasa kan. 

Bila pandang pasti air mata aku tak tersekat untuk mengalir. Tapi aku tetap tahankan juga. Terngiang-ngiang gelagat arwah abah. Rindunya...tu la, kata orang bila ada depan mata kadang kita wat tak amik peduli kan, bila dah tiada semua perasaan keluar. Kesal, terkilan, bersalah dan macam-macam lagi. Tapi apakan daya. Sudah terlambat. So, amik pengajaran dari apa yang telah berlaku dan berlalu. Emak, di tapak kakimu itulah syurgaku dan aku tahu semasa hayat abah, selalu dia pesan - 

"abah selalu memaafkan dan medoakan anak-anak abah, tiada yang lebih dan tiada yang kurang, semua sama"

Terima kasih abah.




nota kaki cagu : hatiku menanggis sewaktu menulis...
jawapan - air matamu tak terbendung lagi...sabarlah...

9 Hari....

Telah sembilan (9) hari aku meninggalkan blog ni. Bukannya terlupa tapi tak sempat nak menjengah plak. Sibuk dengan urusan kerja, urusan adik yang nak naik ke sekolah. Belikanlah apa yang patut kan. Sibuk dengan jemputan majlis. Hmm...merono merene meneh. Hehe. Tak apalah asal aku sibuk. Lupa sebentar tentang kesedihan. Ye tak. Apapun, cuba untuk berfikiran positif melangkaui setiap apa yang akan berlaku di hadapan kelak. Yang tertinggal ke belakang memang susah nak di kejar lagi sebab yang di hadapan terus berlari tanpa menunggu. 

Apa yang kita inginkan sangat tu la selalu yang tak mampu kita miliki tapi aku percaya jika dah rejeki kita satu hari nanti pasti akan tercapai. Jika tidak, anggaplah sebagai tiada rejeki. Pasti Allah telah merancang yang lebih baik untuk kita. Kita ni manusia biasa. Kadang bukan kita tak nampak apa hikmah perkara yang berlaku, cuma kita tak dapat menilai dengan baik dan tak dapat terima. So, cubalah atau terimalah qada' dan qadar yang telah ditetapkan olehNya. Tapi, sekali lagi...aku manusia lemah.

Permulaan Tahun Baru....

Permulaan pagi di tahun baru dengan secawan kopi. Entah kenapa sekarang ni aku lebih suka dengan kopi. Macam orang-orang veteren plak. Hehe. Khayal je rasa bila minum kopi ni. Nyambil mikir apa nak jadi kelak. Ahh..lantak, tu je yang tekak aku selera nak minum sekarang. So sekarang aku dah tak ngeteh la. Ganti dengan ngopi plak. Boleh gitu. Ingat kopi ingat kat arwah abah. Sebab arwah abah pun suka minum kopi. 


Sebelum arwah abah pergi pagi tu. dia sempat buatkan kopi 1 teko, masak nasi, masakan sardin dan sedikit sayur untuk bekal mak pergi kerja. Hmm..aku sempat menjamah air tangan terakhir arwah abah. Tu yang makin lekat tu.




nota kaki cagu : kadang seperti masih tidak percaya yang abah dah tak ada...
jawapan - ye la...terbayang-bayang gelagat arwahnya...terutama bila di kampung...

Entry Pertama Untuk Tahun Baru...Si Gadis Litar....

video

Inilah dia gadis litar yang dimaksudkan. Cik PYa yang memang suka kat stereng kete. Hahaha. Baju F1 dengan skrit pendek. Memang cute tapi sayang rambut tak tumbuh-tumbuh lagi. Haha. Nak juga dok kat pangku aku semata-mata nak pegang stereng. Bila nak angkat, " na nak..na nak..." Geram aku. Hehe. Aku suka time dia angkat bahu dia tu. Huuuu cute banget.

みなさん,よいお年を!来年も良い年にしましょう。Have a nice new year!!


Apapun Selamat Tahun Baru la ye. Pada aku kalau nak bercakap tentang azam tu memang la banyak menda nak buat. So, tak ada spesifikasi yang aku tetapkan. Juz follow the flow la. Setengah orang kata orang macam aku ni tak ada matlamat. Mana dia tahu isi hati aku ni kan. Cakaplah selagi boleh. Ada aku kesah. Hehe.

Dan lagi bila tengok kat peti kotak bergambar bergerak tu punya la ramai orang dok sambut tahun baru ni kan. Hmm...suh pergi forum perdana tak nak plak pergi reramai macam ni ek. Sindiran ikhlas untuk diri sendiri. Ye la, aku bukan la baik sangat, tapi aku tak ada dalam kelompok yang ni la. Dok umah lagi best. Huhu.
 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top