Hari Ini...Frust Banget...


Bermula la semula ruangan ini. Setelah agak sekian lama ditinggalkan kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Malam ini, memanglah tersangat frust. Grrr...punyalah baik setup laptop baru ni, kenkonon nak install autocad. Semangat ni dapat job baru. Lama tak dapat job. Rejeki kan. Sekali tak boleh running plak. Huhuhu....tension gue.

Maklumlah, aku ni bukanlah programer handalan kaaannn. Tak sesuai ke or version autocad aku tu tak sesuai dengan window baru ni? Nampaknya kena rujuk pakar ni. Siapa lagi kalau bukan En. Odi kita. Haha...nak call dah malam sangat plak. Kan orang tu baru nak lena, kena kacau plak. Nampaknya tak dapatlah aku nak start keje malam ni. Postpone la ni.




nota kaki cagu : customer bagi masa sampai hujung minggu ni jerrr...sempat ke?
jawapan - insyaAllah, walaupun aku cuma pelukis pelan cabuk...hehehe...c the leg la...

Besday Sofia...

SELAMAT HARI ULANG TAHUN UNTUK SOFIA
YANG KE-1 TAHUN PADA 13.09.2010


Sambutan dilakukan pada 02.10.10 oleh kerana ibu ayah dia sibuk berhari raya. 
Kesian sofia, time nak sambut besday kena demam campak pulak la. Tengok muka dia merah-merah tapi still "ganas" lagi. Haha. Sofia...la...sofia.


 Inilah kek besday gurl. Cik Pyan hadiahkan tapi Cik Pyan tak sempat jamah pun. 
Langsai semuanya. Hehe. Tak apalah kan, kasi makan bebudak.


Apapun Cik Pyan bacakan doa selamat dulu ye. Semoga Cik Piya Selamat semuanya la. 
Sihat selalu. Tapi Cik Piya selalu demam ni. Berat badan tak naik-naik. 
En. doc. cakap la. Tapi nampak macam makin gebusss.


Then, baru Cik Piya boleh potong kek ek. Tapi Adam yang terlebih suda. 
Haha. Dah la rambut macam orang penan. Hik.


Then, buka hadiah pulak. Waaa...dapat sport shoes la. Siapa bagi ye? 
Ehem...Cik Pyan & Cik La lah yang bagi. Cantik tak? Pink karer lagi. 
Lepas ni boleh ajak ibu & ayah pergi berjogging ye. Hehe.


Waa..siap test drive lagi kasut tu. Sesuai sangat la tu. Hehe.


Apapun Cik Piya hepi banget malam tu. 
Cik Pyan pun tumpang happy la kan. Possing sikit.


Akibat daripada tak dapat makan kek, Cik Piya bagi Cik Pyan ballon je la ek.
Nak memujuk la tu. Ballon pun ballon la ye Cik Piya.
Doakan je la Cik Pyan kamu ni ye.




nota kaki cagu : senangnya hati memandang teletah budak ni...
jawapan - memang-memang...

Mood Hari Ni : Blurrr...

Urghhh...Bikin binggung ini kepala. Mummet endas'e. Hehe. Macam-macam fikir benda nak buat. Rancang itu dan ini. Last-last blur jadinya. Yang pasti aku masih di sini. Entah sampai bila. Aku pun tak pasti. Bertahan dan terus bertahan. Mencari pintu dimanakah kuncinya. Mencari jalan kemanakah arahnya. Mencari sinar diharapkan cahayanya.




nota kaki cagu : hmmm...
jawapan - hmmm...apakah?

Doa Untuk Hari Ini...

BismilLah....


اللهُمَّ  أكْثِرْ  مَالِي  وَوَلَدِي  ، وَبَارِكْ  لِي  فِيمَا أَعْطَيْتَنِي ،
وَأَطِلْ  حَيَاتِي  عَلَى طَاعَتِكَ  ، وَأَحْسِنْ  عَمَلِي  ، وَاغْفِرْلِي

Ya Allah , banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yang Engkau kurniakan . Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku  . [1]

[1] HR al-Bukhari dalam adab al-mufrad no 653 dan dianggap sebagai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2241. HR al-Tirmizi no 2329 dan dianggap sahih di sisi para muhaqqiqun







اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ  الْعَافِيَةَ  فِي الدِّينِ  وَ الدُّنْيَا  والآخِرَةِ


Ya Allah , aku memohon kepadaMu keafiatan ( sejahtera ) dunia dan akhirat .
HR al-Tirmizi no 3594 

Akhirnya...Demam Juga...

Selama seminggu aku menahan, akhirnya aku ter...demam juga. Huhu. Dah tak boleh elak dah. Lama dah tak demam cenggini. Memang tak selesa rasanya la. Mencik makan ubat. but, look at the bright side, dapat MC 2 hari. Haha. bukan senang nak dapat cuti ni. Boleh gitu. Apapun alhamdulilLah. Tak la teruk sangat kannn. Still boleh memblog lagi. Hopefully, ok la soon. Open haus banyak ni. Malam tadi dah skip sebuah rumah. Sian membe aku tu. Hmmm...wat to do. Tak larat sangat dah. Hari ni ada 2 biji, sok pun ada 2 biji. Kira banyak la tu kan. Sebiji utara, sebiji selatan. Nak berlari-lari ni. Tapi kalau tak larat memang tak dan la nak pergi.




nota kaki cagu : kan pn. doc cakap suh rest je minggu ni...
jawapan - erm...coba...
 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top