Kena Jaga Qarin Hari ni...

Tetiba dah lama tak menulis blog, rasa nak buat marathon plak...hehehe...Sambil-sambil jaga Qarin, sambil-sambil main-main dengan dia, sambil-sambil tidokan dia, nyempat juga aku menulis. Hero abah gud boy la hari ni. Hehe. Tak ada menangis pun. So, lepas ibu dia pergi work sampai la ni, dah tiga kali dia masuk tido dan tiga kali juga dia "uk..uk". Minum susu banyak la ni kan. Hehe. Mo man tai, abah boleh handle. Small the pises je. Hehe. Eksen plak. Dolu lepas lahir abah dah selalu mandikan kan. So, setakat uk..uk dia tak ada hal lah. Cuma nak mndikan ada risau plak sekarang ni. Tak reti dok diam. So abah tak mandi kan lah, tunggu ibu balik ok. Qarin tak mandi pun wangi lah. Sama macam abah dia ni, pun belum mandi lagi. Hehe.

Tomey tak saya tidun??? Botol susu tak kasi orang pegang, nak pegang sendiri, lepas tu nak kena kuis-kuis telinga. Aduyai. So, kena prihatin lah kan, takut tersedak plak.

 Ni masa mula-mula dia pandai pegang botol sendiri. Uiks, Gambar terbalik plak. Ke sebab amik dari atas.

Yang ini 1st. time Qarin meniarap sendiri. Suka lah tu dia. Tapi tak pandai nak golek baring semula. Penat dia nangis. Hehe.

Bila dah angkat dia, peluang untuk letak baring balik memang susah. Suka lah tu dapat duduk. Rasa nak geget pipi dia ni lah.


Kronologi...

Rasa seronok bila nak berpindah rumah baru. Rasa nak buat macam-macam. Nak buat itu dan ini, tapi bila tengok akaun bank. Huhuh...buat aje lah apa yang termampu dan tidak membeban kan aku dan wife kelak. Kalau ikutkan nafsu semua nak. Kena juga fikir panjang kan. Nanti kan susah pulak bila berabis sangat kan.


So, ini lah kronologinya : 


Asalnya begini lah rumah aku.

Pandangan belakang, Cenonit jek kan.

Ruang tamu yang agak sempit. Macamana nak buat ek?

Laluan ke dapur. Pun kecit juga. Mana nak letak meja makan?

Dapur pun kecit, sure gaduh dapur masak, peti ais dan mesin basuh. Huhu.


cont'd to next page lahhh..

Lama betul Tak Update...

Dah lebih kurang sebulan aku tak sempat nak update blog aku ni. Sibuk dengan kerja yang tak habis-habis dan menjengkelkan buat aku tak ada mood nak menulis. Asik fikirkan fasal kerja aje. Kenapa lah dapat sub con yang tak perform ni. Nak tak nak kena hadapi juga sebab sub con dah sign mati dengan bos. Ini cerita belakang tabir lah ni. Susah lah macam ni. Drop my waterface yang baby face ni jek. Kadang rasa give up juga. Hari-hari kena tiow dengan main con. Nak datang site pun malu. Harap-harap ada rejeki lain untuk aku. Macam dah nekad je nih. Tak nak lah citer fasal kerja. Bikin hati panas.

Ermm...dalam pada masa yang sama aku pun tengah sibuk nak pindah rumah. Kemas sana, kemas sini. Laptop pun dah kena masuk beg, sure tak buka lagi. Tapi alhamdulillah, akhirnya renovation rumah pun dah siap dan selesai juga berpindah. So sekarang ni bersiaran dari rumah baru la. Hehe. Hari tu nak online enggak bisa, rupanya belum bayo bil. Sabo je lah. So, kesimpulannya tak payah lah tukar streamyx. Pakai je lah berukband nih. So far, ok je dok kat taman baru ni. Ramai melayu, kebetulan plak jiran depan rumah pernah kerja dengan kompeni lama aku. So, ada lah kawan kan. Senang nanti.

Tapi dok sini sunyi lah. Mana taknya, semua muda-muda belaka. Kalau siang sure macam taman tak ada orang. Sunyi. Semua sibuk bekerja. Balik pun dah malam. Tak ada masa nak sembang-sembang. Sampai rumah tutup grill tutup pintu, tido. Macam tu lah hari-hari. Aku pun kalau hari kerja sampai rumah dalam kul 7.30p.m. Maklum lah dah jauh sikit kan. Berpusing amik wife dengan hero aku sorang tu. Tengok lah nanti kalau ada rejeki amik kuda baru yang lain kasi wife pakai. So, tak payah lah aku berkejo amik mereka. Jimat masa dan jimat kos juga. Tapi tengok lah dalam masa setahun ni kaaann.

nota kaki cagu:
Ke aku yang tak pandai wat kerja. Tapi sebelum ni ok je. Sekian.

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top