Alahaiii...

Alhamdulillah....nak ketawa pun ada tapi mula-mula nak nangis pun ada...ada ke patut boleh terlupa id & password blog sendiri gara-gara lebih 3 bulan tak bukak...puas dari semalam mikioq menda password alah ni dan akhirnya malam ni berjaya ingat balik...hehehe...syukur lah...Tengok, diam tak diam dah nak hujung bulan Mac kan...huii...meme cepat masa berlalu...kadang tu kalau kat opis kerjanya tak siap-siap tapi tengok jam dah pukul 5.30 petang...kira macam tu lah perumpamaannya kan...Kalau diikutkan banyak benda atau perkara yang dah terlepas aku tak sempat nak key in dalam blog ni...wat to do...ada masa senang ada masa susah...


Apapun, semuanya ok-ok saje. Family pun semua baik-baik aje. Biasa lah kadang hidup diuji kan.Tapi semua insyaAllah ada jalan keluar dengan jalan sabar dan solat. Solat tu doa kan. Hmm...Muhammad Qarin Rifqi pun dah makin bijak. Dah 1 tahun 2 bulan lebih kurang umurnya. Dah faham apa yang ibu abah dia cakap. Sikit lah. Kadang terperanjat juga dengan tindak balas dia bila kita katakan sesuatu atau minta tolong benda yang simple lah kan. Mungkin peringkatnya dah begitu kan. Baru anak pertama so jakun lah kan. Tapi tetap amazing kan pengalaman nih. Ha? bila nak tambah lagi? Tentunya aku jawab Dialah sebaik-baik perancang. Simple kan.

By the way, persediaan hari mendatang perlu difikirkan. Bukan senang nak mendidik anak zaman sekarang ni. Buat aku kadang risau plak. Apapun dah mula banyak membaca untuk mencari cara or jalan terbaik dalam mendidik anak. Apapun takdir yang akan datang, pada aku yang paling mustahak, masa aku dipenghujung nanti dia bisa menguruskan kedua orang tuanya. Nah...kalau sempat lah aku lihat dia membesar. Takdir kita siapa yang tahu. Mudahan kami diberi rejeki umur yang panjang. Sebab tu kita kena berbuat baik pada orang tua kita yek. Selagi hayatnya masih ada, berbakti lah pada mereka kalau kita mahu anak kita berbakti pada kita kelak. Ye, meme tidak sempurna tapi cuba lah yang terbaik.


 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top