Bengkok Badan Ni...Menjeng...

Huh...bengkok badan hari ni gara-gara wat inventory stock take. Angkat barang sana sini, panjat sana sini. Stor dah macam rumah 2 tingkat. Huhu. Mana tak bengkok badan ni. Alahai, baru keje sikit kan. Belum suh nyawit lagi. Kompom tak terangkat galah panjang nun. Badan ni dah menjeng, tak biasa kerja berat. Kata abah aku la. Hehe. Malu je. Tapi tu la hakikatnya. Betul tak? Botul dan kompom. Hehe. 

Ni semua gara-gara nak audit untuk ISO la ni. Erm..tak tau la tahun ni boleh tak continue sijil ISO ni. Banyak benda tak implement. Pening kepala dah ni macam mana nak buat. Buat apa yang patut je la ke buat tak tahu? Hehe. Mana tak nya, staff tak cukup. Dia la jaga projek, dia la buat drawing, dia la kena jaga stor, dia la supir dan bagai lagi la. Wat to do. Kesabaran. Sekarang aku yang pening sendiri. Padan dengan muka aku ni. Minggu depan balik kampung kompom nak berurut dengan abah aku. Musti.




nota kaki cagu : jangan dipaksa-paksa badan tu...ko bukan tak kenal dengan kondisi badan ko tu yan...kan...nanti....haaa...
jawapan - memang la, tapi tak kan nak tengok je orang wat keje kan...

Dok Termenung....

Tengah dok termenung ni terbayang plak. Bling...bling...

"Kalau la dapat pergi bercuti dan berskuba ni kan best...hmmmm..."

Plink!!!...Erk...cuti lagi? Baru cuti raya hari tu kan. Erm..tapi tu la, memang rasa nak cuti lagi je. Macam best je kan. Tengok laut pun gegel lagi mau berskuba. Haha. Kalau kena tempatnya mungkin perasaan takut tu hilang kot kaaannn. Bila la dapat peluang ni ek..ek..





nota kaki cagu : apa lagi, jom cuti-cuti malaysia...
jawapan - jom heboh-heboh...

Hari Ni Tak Sempat Nak Lunch...

Hari ni terasa begitu sibuk sekali. Pagi tadi start hantar wife ke tempat kerja barunya. Then terus ke pejabat selesaikan apa yang patut terus ke sana dan ke sini. Nasib baik tak ke sinun. Haha. Separuh hari ni dihabiskan berada dalam kereta je. Kejap lagi ni pun nak keluar lagi. Kadang-kadang seronok juga bekerja di luar ofis ni, tak la rimas & terperap je kat dalam pejabat nun. Perut ni pun dah macam-macam lagu keluar dek kerana tak sempat nak lunch hari ni. Ni pun curi-curi masa update blog. Dah 2 hari kot tak update ke 3 hari. Ahh...tak kisah la berapa hari kan. Eh..baru sehari la. Lapo-lapo ni boleh wat kepala jadi bengong la. Susah nak fikir. Gitu tak?




nota kaki cagu : nanti kalau sempat pergi la makan...
jawapan - ermm..tengok la, malam nanti qada makan...hahaha...

Alhamdulillah, Selesai & Selamat Semuanya....

HUH...penatnya badan ni, tapi cukup puas hati. Akhirnya selesai juga majlis jamuan makan kat rumah aku ni. Alhamdulillah, meriah dan cuaca menyebelahi aku pada malam ini. Walaupun ada yang tak dapat untuk menghadirkan diri. Ye la, kalau dah tak boleh elak kan. Tak apa, insyaAllah tahun depan kalau ada rejeki lebih, boleh la datang lagi.

Walaupun pada mulanya (sebelah petang) agak kelam kabut sikit dek kerana ibu mertuaku yang secara mengejut terpaksa dimasukkan ke wad kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, nasib baik adik aku datang dari kampung dan ada sahabat-sahabat yang begitu ringan tulang untuk membantu dan akhirnya majlis ini berjaya dilaksanakan. Terima kasih la pada meka semua. Hanya Allah yang bisa membalas jasa baik kalian. Makanan pun tak lebih banyak, so kira tak begitu membazir la kaaannn. Erm, sok boleh wat sarapan plak ni. Hehe.

Ni dah hujung-hujung syawal ni mula la kan. Kembung perut nak melayan jemputan "open house" ni. Ye la, jika orang dah sudi berkunjung ke jemputan kita, apa salahnya kita menerima jemputan meka pulak ye. itu la yang sebaiknya. Baru mesra ikatan dan tak ada la yang berkecil hati nanti. Orang memberi, kita merasa. Orang berbudi, kita berbahasa. Ada faham? renungkan la ye. Hmm..mata ni pun sudah terkulai nampaknya. Masa untuk tido ni. Sok ada jemputan kahwin pulak. So kena la datang. Ye tak.






nota kaki cagu : waaa...sok acara makan lagi lorrr...
jawapan - erm...kira rejeki la ni...syukur...

Hati Ku Berada Di rumah...

Dari pagi tadi mata ni dok tengok jam je. Tik tok...tik tok...


"Bila nak pukul 1 ni?...Bila nak pukul 1 ni?" 


Hehehe. Semangat kerja aku langsung tiada hari ni. Fikirkan sian wife aku sorang-sorang kemas rumah tu. Hari ni, aku & wife ada buat jamuan sikit untuk rakan-rakan. Memang tiap-tiap tahun aku buat. So tiap-tiap raya juga la membe akan bertanya. 


"Bila nak makan rumah ko ni yan?"  


Alhamdulillah la kan, tetamu datang bawa rejeki. Cuma harap-harap cuaca baik la hari ni. Macam mendung je ni. Kalau hujan sekarang ok la. Malam nanti harapnya cerah la. Amin. lagipun baru cuci kete...huhu. Tak apa, hujan tu rejeki juga. Ada yang lebih memerlukan hujan kaann. Apapun harapnya, meriah la malam ni & yang penting makanan cukup dan tak membazir.


"Dan akhirnya, hujan pun turun..."





nota kaki cagu : harap semuanya selamat.
jawapan - mudahan dipermudahkan la.

Just Follow The Flow...

Walaupun semangat kerja telah berkurangan dek  kerana situasi, tapi bila difikirkan balik sebagai pekerja aku perlu melaksanakan tanggungjawab aku selagi aku bertugas. Kerana aku telah dibayar gaji untuk kerja aku ni. Apapun, aku perlu buka minda aku ni dan cuba yang terbaik dalam melaksanakan tugas aku. Apa yang termampu, aku cuba.

"Tapi aku cuma manusia biasa, kadang-kadang emosi lebih menguasai diri." Huarghh...pulangkan semangat ku...Hehe...












nota kaki cagu : coba la ye...
jawapan - semestinya...

Tiada Apa Yang Menarik Hari Ini...

Hari ini ada sibuk sikit la. Kerja-kerja juga tapi hati dah ke laut. Haha. Petang ni asik makan, makan dan makan je apa yang ada kat atas meja meeting ofis aku ni. Belasah hamper ofis. hehe. Macam kucing kelaparan. Bleh ke kata gitu.















nota kaki cagu : makan kan salah satu terapi...hehe...
jawapan - eh ye ke? owait la tu...jom sambung makan lagi...

Nak Ke...Tak Nak Ek...Ek...eK...













Erm...ada satu menda ni aku memang dah kenan dari dulu. Asik tangguh-tangguh je nak beli. Ye la kan. bukan menda murah-murah. Time ada duit sayang plak. Fikirkan dulu apa yang mustahak. So tangguh lagi. Bukan senang nak cari duit kan. Memang boleh dicari. Wife aku dah meracun je suruh beli. Dia dah dapat. Aku punya je belum lagi. Asik nyeleh dia punya je. Hahaha. Malam tadi dah tengok-tengok kat kedai gajah biru a.k.a Court Mammoths. Terjatuh hati pulok. Siap termimpi-mimpi lagi. Tapi tak apa la, fikir masak-masak dulu la. 




nota kaki cagu : Fikir tu fikir juga, jangan sampai geseng suda...
jawapan - haha...hampir-hampir la ni...

Tahniah Buat Isteri Ku...










Alhamdulillah, ketika memandu pulang ke ofis dari site tadi, ada menerima panggilan telefon dari wife aku yang menyatakan dia sudah diterima ke tempat kerja baru yang dipohon pada minggu lepas. Wah...gembira je suaranya. Rejeki. Memang itu yang dia inginkan, so aku sebagai suami cuma memberi sokongan je la kan. Hope lepas ni tak ada la tension-tension sangat yang melampau dengan tempat & kerja barunya nanti.  So nanti akan bertambah-tambah lagi "rejeki" yang lain plak. Hehe. Alhamdulillah




nota kaki cagu : elok la tu kan...bila nak submit resign letter tu ye?
jawapan - hmm..hari ni jugek...hehe...tunggu aku pulak la ni...

Kemana...

Morning...Selamat isuk...hari ni ntah semangat apa aku boleh sampai awal ke ofis plak. Semangat daun kot. Haha. Walaupun...hmm...Tengok meja aku ni pun macam dah tak lalu je la. Paper menimbun, fail tinggi macam KLCC, dengan coklatnya (cilok hamper ofis..hehe..) dan bagai lagi la. Sebenarnya rasa dah tak keruan ni.

Kemana jalan yang nak aku pilih ye?. Or maybe, aku tak nampak lagi jalan mana yang seharusnya aku lalui ni. Apapun akan terus mencuba mencari jalan terbaik itu. Bila jiwa kacau macam ni la jadi nye. mengerumet je. Haha. Dalam hati je tapi. Ye la, dah mula terasa tekanannya. Yang penting cuba tetapkan nawaitunya dulu ye. Pagi-pagi kena setting otak dulu. Then baru boleh fokus.




nota kaki cagu : bertindak mengikut arahan...
jawapan - arahan sapa plak? ikut kata hati sambil berfikir & berdoa la...hehehe...

Proses Menambah Berat Badan Semula...

Erm..masuk raya yang ke-11 dah. Sekejap je kan. Dalam tempoh sebelas hari raya ni mula la macam-macam yang di telan. Haha. "Macamana nak maintain ni?" kata wife aku la. Aku no hal punyer coz memang aku nak tambahkan berat badan aku ni. Maklum la kan, orang kudud. Hehe. Tapi nampaknya macam tak naik-naik ni walaupun makan tak henngat kan. "Ko bela jin ke apa dalam perut tu?". Usik kawan-kawan aku la. Aku dah lali dengan usikan tu. Tak makan la wei dengan korang punyer jin. Hehe. Wachaa...




Di suruh minum susu, lagi la. Tak boleh masuk tekak aku ni. Hehe. Kata nak gemuk. Bukan gemuk la, berisi dan sihat. Tu lebih tepat. Tapi memang kena belajar minum susu ni. Nanti osteoporosis (betul ke ejaan aku ni?) haha...baru padan muka aku. Keriuk-keriuk dah bunyi tulang. Waka-waka.




nota kaki cagu : minum la susu coklat, sedap sikit. hehe...
jawapan - erk...tak mencabar langsung...(eksen)

Huh...Kesele Awak'e...

Huarrgghh...memang betul-betul kepenatan ni. Drive dari pagi sampai la ke malam. Pagi dah start cuci kete. Tengahari beraya rumah ke rumah kawan wife aku sampai la ke petang, then malam plak ke rumah ibu mertua ku coz ada marhaban. Huhu. kalau la dapat ber"scuba" ni memang best banget. Sejuk je rasanya. Ni merengas satu badan. Ikut hati macam nak mandi, tapi nanti kan semput aku menyerang lagi plak.

Bila la wife aku nak reti memandu balik ni. kalau tak kan, boleh dok sebelah je dalam kete. Hehe.




nota kaki cagu : dah..pergi rehat sana...
jawapan - tengah rehat la ni...kaannn....

JOEY McINTYRE / STAY THE SAME - Directed by Rocky Schenck


- juz suka-suki -
- cari kat u tube k -

Se...Malam Sebegini...

Suasana sunyi seperti ini, bersendirian, mata tak mahu nak pejam, tak tahu apa yang di tunggu. Tapi tetap menunggu. Pemikiran mula menjadi abstrak. Ilham masih tak kunjung tiba. Hehe. Kaedahnya. Try not to take it so seyes, but it's seem to be seyes matters la kan. Lalala.

Sometimes, when i looked around me, there's a bunch of great people that i never imagine. Sometimes, i wanna be like them. Then i realize that some way or some how, i could be like them. Just need to find the way. Is that what i really mean to be? Then i figure out this,  that i need to stay the same.



"Don't u ever wish, u were someone else, u were meant to be, the way u are exactly. Don't u ever say, u don't like the way u are, when u learn to love yourself, u're better of by far".




nota kaki cagu : and i hope u'll always stay the same....
jawapan - cause there's nothing bout u, i would change...lalala...

No U Turn....

So...keputusan telah dibuat. Hari ni wife aku ada temuduga. Memang nekad benar dia tu. Dah tak mahu berpatah balik. Hopefully, semuanya berjalan dengan lancar dan mudahan rejeki menyebelahi dia. Amin. aku pulak yang berdebar ni. Memang agak drastik keputusan yang dibuat. Tapi untuk kebaikan bersama, memang itu la jalan yang terbaik. Aku pula, still mencari peluang terbaik dan aku harap juga akan ada la peluang untuk aku nanti. Apa pun yang terjadi nanti, pasti ada jalan penyelesaiannya. Yakin la, "tiap-tiap kesukaran, pasti disertakan dengan kemudahan".





nota kaki cagu : chaiyukkk!!!
jawapan - hmmmm...

Berbisik...

Entah kenapa hari ni begitu suram sekali berada di kantor. Semuanya cakap seolah-olah berbisik seperti menyindir. Hehe. Sindir sapa tu? Biarlah kami yang tahu. Mungkin masing-masing tiada mood bekerja kerana masih mood hari raya or maybe memang dah tak ada hati nak kerja kat sini lagi. Waahh...Dari aku naik keje selasa lepas sampai la Laaa ni, memang dah tak ada mood. Dok belasah makan kepek je. Nasib baik hp aku tak ada bunyi. Aman sikit aku rasa. Esok lusa kalau ada rejeki, boleh aku pulangkan sim card ofis ni. Lagi aman la walaupun mungkin untuk sementara waktu. Hehe.




nota kaki cagu : macam susah je...
jawapan - memang agak susah pak...kita redah jerr...

Salam 1 Malaysia...


SELAMAT HARI MALAYSIA

sangat bersyukur kerana aku dilahirkan di bumi Malaysia
walaupun aku anak jawa
hehehe

~ SeLaMaT BeRcUtI ~

(p/s : pada mereka yang tidak bercuti, claim triple k. hehe.)

Sukarnya...










...yepp...memang agak sukar. Naik je cuti dari berhari raya ada je terdengar tentang itu dan ini. Pergolakan dalam organisasi. Nampaknya aku mungkin tidak lama untuk berada di sini. Satu khabar yang tidak enak didengar. Baru saja bergembira di hari raya. Tapi itu la hakikatnya. Bila mana jerih perih kita tidak dihargai, tiba masanya untuk berubah haluan. Sesetengah orang atau kaum itu berfikir yang mereka adalah raja (raja mana? raja kapuurr...cehhh..). Dengan bangga sesuka hati berkata itu dan ini. Suka-suki bertindak begitu dan begini tanpa memikirkan perasaan orang yang berada disekelilingnya. Mungkin hari ini hari untuk kamu. Merajakan egois kamu. Dunia seperti roda. Harus diingat, hidup ini memerlukan antara satu dengan yang lain tak kira la kamu bangsa apa. Jika kamu sudah berkata begitu, baik lahhh...aku angkat bendera dulu. Pada aku tiada guna memberi khidmat kepada orang seperti kamu.




nota kaki cagu : bersedia untuk berevolusi...
jawapan - yepp...akan aku usahakan...moga dipermudahkan...

Baraan...

Saja-saja ingin memahatkan kenangan bersama-sama masyarakat dan pemuda kampung yang begitu mengambil berat soal kemasyarakatan. That's the way lahhh...


- Tak Kira Tua, Muda, Kecil Pun Ada -

- Macam-Macam Hal, Rokok tu Tak Lekang Dari Mula Sampai Habis, Hehe -


- Tiada Jurang Antara Yang Tua Dan Muda, Yang Penting Saling Menghormati -

- Makan Jangan Tak Makan -

- Ucapan Penutupan Marhaban Tahun Ni Oleh En. Setiausaha Pemuda Dan Ketua Marhaban -

Tradisi..Indahnya Beraya Di Desa...

Salam Hari Raya. Hmm..hampir seminggu tak update blog ni. Macam yang dinyatakan sebelum ni, memang sibuk la kan dengan aktiviti-aktiviti hari raya ni. Tahun ni turn beraya di kampung aku. Memang seronok. Meriah dengan bunga api dan mercun walaupun...huhu...dari mana la diaorang dapat bekalan mercun ni ek? Yang main mercun pun bukan budak-budak, bapak budak pun main juga. Memang meriah. Semua adik beradik balik lagi.


Hmm..hari raya pertama macam biasa la, rutin kan. bermaaf-maafan...sob..sob..then beraya rumah sedara mara. Masa singkat sikit kan, coz hari jumaat. Ermm. Tapi yang best ni raya ke-2. Sebab apa, sebab ada baraan a.k.a. marhaban. Hehe. Mula-mula rasa macam malas je nak pergi. Tapi mengenangkan kita ni hidup bermasyarakat kan. Kena la campur masyarakat. Siapa lagi nak tengok-tengokan orang tua kita tu kat kampung kalau tak jiran-jiran dan masyarakat setempat. Betul tak. So "Lu Pikiaq La Sendiri". Lagi satu sebab pak uda aku ketua masyarakat kat kampung aku, dan yang bestnya rumah pak uda aku depan je rumah aku. Orang nak start baraan mesti kumpul rumah ketua masyarakat dulu. Tak gitu. 


So itu la yang menjadi alasan kukuh untuk aku menyertai serta menggagahkan diri untuk bermarhaban selain nanti kena bebel dengan mak aku. Haha. Bila berkumpul beramai-ramai ni, dapat la jumpa semula kawan-kawan sekampung tak kira la yang memang menetap kat kampung ataupun yang mencari rejeki berhijarah ke luar. Yang penting mereka semua masih ingin mengekalkan tradisi ini. Ini la yang membanggakan. Ye la, pemuda-pemuda ni la harapan bagi yang veteren untuk meneruskan kesinambungan susur galur adat dan tradisi hidup bermasyarakat. So aku pun jadi bertambah semangat la. Dengan bermacam-macam perangai dan kelakuan. Semuanya menghiburkan.





Raya Lagi...


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Nampaknya Syawal bakal menjelma lagi. So, pastinya aku sibuk dengan urusan-urusan yang berkaitan dengan hari tersebut. Apa pun sambutlah Aidilfitri dengan kesyukuran dan kesederhanaan dan yang penting juga cubalah sambut dengan kegembiraan bersama keluarga dan sahabat tercinta.

- InsyaAllah bertemu lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan -

Alamak!!! Tertido...

Apa nak jadi. Haha. Sekali tertido betul da pagi tadi. Ingat cuma nak baring la sat kat sofa sambil tengok tv tu sebelum masuk tido. Sekali tak sampai berapa saat aku dah terlena. Kan aku dah cakap, memang tak boleh tengok tv time mcm tu. Mesti tv tengok aku punya. Haha. Sedar-sedar pukul 3.30a.m. Huhu. So dah tersedar tu kena la setel kan baju-baju aku tu. Tak buat apa pun, yang penting OFF soket tu. Tu dah kira terbazir 1 jam lebih tu. Target pukul 2.30a.m. dah abis pusing. Hehe. So pagi ni mata aku bengkak la nampaknya. 


Pukul 5.30 dah bangkit sahur. Gitu gini sampai la ni tak lelap lagi. Kang aje aku tido bawah meja ofis hari ni. Huuwaaa...nasib baik 1/2 day hari ni. Tapi petang nak kemas rumah pulok lepas tu setel sume kena pulak hantar wife ke rumah mak dia then aku meneruskan perjuangan membuka stall. Hehe. Tak jadi tutup la disebabkan mendengar nasihat daripada mohor-mohor besar. Mana la tau ada rejeki hujung Ramadhan ni. Ermm...nampaknya bersendirian la aku malam ni di stall.




nota kaki cagu : Apa pun jaga kesihatan la wei. kang orang raya ko tersadai je kat rumah.
jawapan - tu la, tekak dah perit juga ni. harap sihat la ye. kalau tak sihat, bleh ponteng baraan tahun ni. haha.

Pagi Buta...

Nak wat apa ye pagi-pagi buta macam ni. Sebenarnya mata ni dah ngantuk sangat. Tapi digagahkan juga, ada kerja yang perlu diselesaikan. Tak elok wat kerja separuh jalan kan. Sambil mengunyah buah jambu potong dan pelam muda potong (huh...pagi-pagi macam ni makan buah potong ke?), telinga plak ditalakan ke tv, mata plak tertumpu pada skrin netbook ni ditambah pulak dengan air suam. Hehe. Layan blog la. Nak baca paper, berita sama je. Eksiden, rompak, mercun. Tak sampai hati nak baca. Selak je la. 


Ala, nyambil-nyambil. Karang aku dok diam je ngadap tv, kompom tv tgk aku. Baju yang aku basuh tu pun ntah kemana perginya, kompom ke laut la. Haha. Jam menunjukkan hampir ke pukul 2a.m. ni. Tak apa la. InsyaAllah sok pagi bleh bangun sahur la. Lagi pun esok kerja 1/2 day. Canteek. So petang dapat la kemas apa yang patut kat rumah ni before balik kampung hari khamis. Huhu...tak kesabaran nak balik kampung nih. Rasa mata ni dah terbuai-buai la. Nak kena tido juga ni. Huarggghhhh....




nota kaki cagu : dah la yan, tido la...mesin basuh ko kan auto, pandai-pandai la dia. heheh.
jawapan - ye tak ye juga sok sambung sidai je ek. bernas. ZzZZzzzZzz.

Hari Terakhir Di Stall..

Huh...last day buka kat stall? Hmm...gitu la nampaknya. Esok dah cuti, tutup kedai sempena raya. Nak berkumpul di rumah ibu mertuaku. Hehe. Mungkin lepas raya ni aku tak dapat meneruskan berniaga kat sini atas faktor-faktor yang tertentu. Mungkin akan cuba berniaga menggunakan medium yang lain dan mungkin akan berhijrah ke tempat yang lebih prospeknya. Apapun kena teruskan juga tak kira la dengn cara apa kerana ini la jalannya.




nota kaki cagu : that's the spirit!
jawapan - yeaah...hope Allah will show me the way (nak speaking jugek...)

Mari Berjimat...

Bila sebut fasal raya mula la pusat-pusat membeli belah ni berlumba-lumba wat sale, dan tak terkecuali stall aku. Hehe. Kata orang biar untung sikit tapi biar berterusan. Ada untung ke? Hmm..no komen. Haha. Punya la ramai berduyun-duyun manusia menyerang pusat beli belah ni. Macam lautan manusia. Katanya setahun sekali. Katanya la. Tapi aku tengok sekarang ni sepanjang tahun ada sale ni. Haha. Korang kena tipu je ni. Termasuk la aku yang turut terjebak dalam kancah membeli belah ni. 




Apa pun cuba control la kan. Jangan lepas raya nanti ternganga pulok. Haha. Ada orang kesah ke nanti. Sebab sama-sama kocek dah tipis. Kan ke pening nanti tu. Baru nak membukit duit kat dalam akaun tu, dah kena tarah balik. Nak wat "pembangunan" la konon. Hehe. Yang penting ukur baju badan sendiri la k. Tapi sekarang orang suka wat "baju" beso-beso walaupun makin tak cukup kain. Hehe. Tu yang terlebih bajet tu. haha. Jangan sampai terduduk nanti sudah la ye. Kang nanti kalau ada emergency, jiwa kacau jadinya. 





nota kaki cagu : beringat sebelum terkena. kang.....nyonyor...
jawapan - ye la, berhati-hati semasa berbelanja...

Dekat 2 Minggu...


Bulan Puasa tahun ni macam dah tak ada makanan lain yang aku nak makan untuk sahur. Haha. Menda alah ni la. Sejak jaga stall ni, balik dah lewat malam. So untuk mengelakan daripada tak makan sahur, terpaksa la makan sahur awal dan ini la tempat yang selalu aku tuju. Sebab masa on d way balik ke rumah aku ni je la tempat makan yang berjaya menggoda aku. Hehe. Tiap-tiap hari penuh walaupun pukul 12a.m++. Nak parking pun susah. Maybe sebab ramai orang tu la wat aku jadi suka pergi situ. Meriah sikit so ada la selera nak makan. So malam ni tak kan nak ke sini lagi ek?



nota kaki cagu : adakah kamu telah melupakan kedai mamak? hehe.
jawapan - tak...bukan...tak lalu la..tengah malam nak pusing-pusing...

Mood : Raya...

Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang...


Belum terang lagi la. Hujan lagi ni. Hmm. Lama dah tak hujan pepagi macam ni. Kalau ikutkan, tido lagi syok hujan-hujan di pagi hari macam ni kan. Syahdu je rasa. Tapi mata aku tak boleh nak lelap. Dok memikirkan masa depan. Cehh...macam seyes sangat je bunyinya ni. Haha. Apapun, moga diberi jalan untuk melaluinya nanti la.

Oh hujan...enggan melayan diri ku lagi...pabila...mata ini tak boleh nak tutup...dan lagu-lagu di radio jiran sebelah...seolah-olah memerli aku...tetapi...aku buat tak tahu...adakah perasaan ini sebenarnya hampa...ataupun...mainan perasaan saja...hahaha...apa kaedahnya aku merepek pagi-pagi yang hening ini...hampagas...adalah lebih baik aku meminta pada-Nya.




nota kaki cagu : elok la tu, mengadu la pada-Nya...
jawapan - ye pak...doa itu senjata orang mukmin...

Jemputan Berbuka...

Hmm..tak sangka pulak hari ni dapat jemputan berbuka daripada ex-officemate wife yang kini sudah membuka syarikat sendiri. Kenalan aku juga. Ada juga orang masih menghargai kami. Tahun lepas macam tu juga. Kadang-kadang ada pihak  lain yang lebih menghargai kita.


So petang ni berbuka di Club House Nusajaya. Mesti intresting ni. Tak pernah lagi try kat sana. Apa menu spesel dia ek. Hehehe. Hopefully ada la kambing golek. Haha. Mereka kata paling lewat kena ada kat sana pukul 6.30p.m. Erm..sapa nak buka stall ni ek? Aduyai...hope staff aku sempat la buka. Buka lewat pun tak apa, janji buka. Sebab sepatutnya dia tak kerja hari ni. Hehe. Nak pergi shopping katanya. Esok dah nak balik Kelantan. Nampaknya start minggu depan kena buka petang la. Wat to do. 


Apapun fokus kita hari ni ialah pergi shopping apa yang patut & "makan free" bersama orang-orang yang menghargai kita ni. Boleh gitu. Hehe. (macam ayat majuk jer ni...kaannn).




nota kaki cagu : dimulakan dengan Bismillah k...(bersabar la k...)
jawapan - disudahi dengan Alhamdulillah...(it's complicated la...it's not all about makan k...)



LaLaLaLa....Tok....

Lalala...cuba untuk memujuk diri sendiri walaupun hakikatnya agak sukar. Things happened not supposed to be that i  expect before. Well...wild-wild west...hahaha...huhuhu...nak nangis pun ada. Lebih baik aku nyanyi dari aku menangis. Bukan istigfar lebih baik ke? Kaannn..hehe.


Apapun aku tetap bersyukur dengan pemberian-Nya. Nak cakap banyak pun tak guna dan yang penting aku akan cuba cari jalan lain, mungkin yang lebih baik dan itu yang aku harapkan. Moga diberi kemudahan untuk melaluinya. Honestly terasa agak kecewa dengan apa yang berlaku tapi yang penting aku harus redha dengan takdirnya. Hope aku punyai kekuatan.





nota kaki cagu : "Ya Allah, ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.[1]

[1] HR al-Nasa`ei no 209 , Ibn Majah no 1356 , lihat sahih sunan al-Nasa`ei no 356 dan sahih Ibn Majah no 226

jawapan - amin...

Sesekali Menoleh Ke Belakang...

For time being ni keje dah selesai walaupun banyak lagi yang kena buat la. Tapi still pending coz ada la masalah-masalah tertentu. So, dari tak ada buat apa, adalah lebih baik aku memblogkan diri.


Asik toleh ke kiri, toleh ke kanan. Tak ada apa. Bila pandang ke belakang mula terfikir. Apa yang aku tertinggal dalam perjalanan hidup aku ni or apa yang aku akan tinggalkan. Bila pandang ke belakang, kadang-kadang terasa nak balik semula waktu dulu-dulu. Zaman kanak-kanak yang tidak punya banyak masalah. Memperbetulkan apa yang tersilap. Kalau la ada pintu doraemon. hehehe. Apapun hidup mesti terus dan sesekali kena la pandang ke belakang untuk kita melihat asal usul kita agar tidak hanyut. 







nota kaki cagu : pandang-pandang, dengar-dengar...
jawapan - hanya manusia biasa pak...

Di perkudakan...













Entah la, susah nak cakap dalam perjalanan kat dunia ni. Sebolehnya kita berusaha untuk menolong atau memberi sokongan kepada bangsa sendiri. Dalam masa yang sama kita pun bersungguh-sungguh dalam menjayakan sesebuah satu organisasi tersebut dengan harapan apa yang kita lakukan, penat lelah kita, pengorbanan kita dapat dihargai. Memang itu tujuan kita bekerja. Agar mendapat satu tempat yang lebih sempurna. Tapi sungguh sayang sekali sekiranya apa yang telah kita lakukan itu tidak dipandang walaupun sebelah mata. Yang dipandang hanya kesilapan dan kelemahan kita. Bila pulak sesebuah organisasi tersebut  dijayakan bersama oleh bukan bangsa kita. Aku sungguh tidak faham kenapa bangsa kita begitu mudah diperkudakan oleh bangsa lain yang sewenangnya mengaut keuntungan daripada penat lelah serta peluh bangsa kita yang mengalir titis ke bumi. Asal dapat gaji besar atau kereta besar kamu lupakan bangsamu yang lain ni terkial-kial memerah seluruh tenaga untuk mengkayakan bangsa tersebut. Itu la lumrah hidup sekarang. tapi bukan semua bangsa itu sebegitu. Aku akui ada juga yang dapat berkongsi kekayaan bersama bangsa kita.




nota kaki cagu : truely, ekonomi kita dikuasai oleh mereka...
jawapan - memang betul, tapi fikir-fikir la kepada mereka yang sudi menjadi kambing hitam mereka pak. Tak salah berkongsi tapi tolong la bangsa kita.

Warna Apakah?...Kesian...












Warna apa baju raya tahun ni ye? Hehe. Apa la nasib, pada aku dah tak penting coz baru dapat tahu yang baju raya aku mungkin tak siap sebelum raya ni. "Haha" tu je la yang mampu aku respon. Aku tak ada hal. Tapi kesian tengok wife aku. Frust abis. Apa tak nya, hantar 6 pasang sekali 3 pasang je yang siap, ok la kan. Tapi yang buat jadi tak ok tu yang siap tu bukan baju yang nak dipakai pada pagi hari raya. Tu yang wife aku hangin sangat tu. Hehehe. Nanti aku warna merah, dia warna hijau. Kata nak sedondon. Tak dapat la den nak nolong. Sabo je la kan. InsyaAllah siap la tu. Kalau tak siap juga, pakai la apa yang dah siap tu k. Peace!!!




nota kaki cagu : wat to do...
jawapan - hahaha...(ketawa jahat)

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top