Alhamdulillah, Selesai & Selamat Semuanya....

HUH...penatnya badan ni, tapi cukup puas hati. Akhirnya selesai juga majlis jamuan makan kat rumah aku ni. Alhamdulillah, meriah dan cuaca menyebelahi aku pada malam ini. Walaupun ada yang tak dapat untuk menghadirkan diri. Ye la, kalau dah tak boleh elak kan. Tak apa, insyaAllah tahun depan kalau ada rejeki lebih, boleh la datang lagi.

Walaupun pada mulanya (sebelah petang) agak kelam kabut sikit dek kerana ibu mertuaku yang secara mengejut terpaksa dimasukkan ke wad kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, nasib baik adik aku datang dari kampung dan ada sahabat-sahabat yang begitu ringan tulang untuk membantu dan akhirnya majlis ini berjaya dilaksanakan. Terima kasih la pada meka semua. Hanya Allah yang bisa membalas jasa baik kalian. Makanan pun tak lebih banyak, so kira tak begitu membazir la kaaannn. Erm, sok boleh wat sarapan plak ni. Hehe.

Ni dah hujung-hujung syawal ni mula la kan. Kembung perut nak melayan jemputan "open house" ni. Ye la, jika orang dah sudi berkunjung ke jemputan kita, apa salahnya kita menerima jemputan meka pulak ye. itu la yang sebaiknya. Baru mesra ikatan dan tak ada la yang berkecil hati nanti. Orang memberi, kita merasa. Orang berbudi, kita berbahasa. Ada faham? renungkan la ye. Hmm..mata ni pun sudah terkulai nampaknya. Masa untuk tido ni. Sok ada jemputan kahwin pulak. So kena la datang. Ye tak.






nota kaki cagu : waaa...sok acara makan lagi lorrr...
jawapan - erm...kira rejeki la ni...syukur...

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top