Yang Tinggal...Hanya....


Hmm...beginilah keadaan motosikal arwah abah setelah dipulangkan pihak berwajib. Aku nak pandang pun tak sampai hati. Gambar ni aku amik masa pulang ke kampung 2 minggu lepas. Tak sangka pulak motosikal ni telah dibawa pulang ke rumah. Ikutkan aku nak biar je motosikal tu kat sana, tapi mak berkeras nak bawa pulang. Sebagai anak, kenalah faham apa yang mak rasa kan. 

Bila pandang pasti air mata aku tak tersekat untuk mengalir. Tapi aku tetap tahankan juga. Terngiang-ngiang gelagat arwah abah. Rindunya...tu la, kata orang bila ada depan mata kadang kita wat tak amik peduli kan, bila dah tiada semua perasaan keluar. Kesal, terkilan, bersalah dan macam-macam lagi. Tapi apakan daya. Sudah terlambat. So, amik pengajaran dari apa yang telah berlaku dan berlalu. Emak, di tapak kakimu itulah syurgaku dan aku tahu semasa hayat abah, selalu dia pesan - 

"abah selalu memaafkan dan medoakan anak-anak abah, tiada yang lebih dan tiada yang kurang, semua sama"

Terima kasih abah.




nota kaki cagu : hatiku menanggis sewaktu menulis...
jawapan - air matamu tak terbendung lagi...sabarlah...

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top