Dikeheningan Malam Yang Panjang...

Apa nak tulis ek. Ermm...malam ni macam yang aku tuliskan pada entry pagi tadi masih sendirian. So lepas Isyak tadi aku meneruskan misi apa yang telah dirancang sejak awal pagi tadi la. Tak lain dan tak bukan, mejengah ke pasar karat. Abis nak pergi mana lagi. Johor Bahru ni kecit je. So dah tak tahu nak ke mana dah. Lagi la kalau lone ranger macam ni kan. Tak kan nak pergi angsana. Nak cari apa? So, pasar karat la yang sesuai memalam cenggini. Sambil cari ilham lepaskan geram. Nak cari jodoh pun boleh tapi tu bukan la tujuan utama aku. Dah berusia macam ni saham dah tak laku. Haha. Ye ke. wat eber la. Tapi kat paper hari tu ada artikel menulis lelaki berusia menjadi pilihan wanita muda masa kini. Huuu. masing-masing la kan. Tepuk dada tanya diri. Diri sendiri je yang tahu. Apapun kalau pergi pasar karat ni yang aku cari dulu mesti la sotong sira gula. Macam bebudak plak. Dah suka, wat to do. Gasak.

Jalan punya jalan, pusing punya pusing, sekali ada plak persembahan kebudayaan dari adik-adik kecil molek comel ni. Kalau nak tau, aku ni minat kalau ada persembahan macam ni. Lagi-lagi kalau zapin. Tapi kalau kebetulan ada la. Kalau nak pergi tengok betul-betul kat istana budaya tu memang tak la. Bahasa kasonya bukan hardcore sangat la. Juz suka. Bagus juga mereka ni buat inisiatif macam ni kan. Terpelihara la budaya kita. Lagi kat tempat tumpuan macam ni. Meriah.

Yang aku suka tengok bila zapin goyang kepala. Sungguh comel anak-anak ni. Anak sapa la ni? "ewah..ewah" jerit mereka. Naik syeh jadinya. Tapi tu la kan, gambo tak berapa nak cantik. Kamera phone murah. Macam alasan nak tuko je tu. Hehe. Seronok tengok la. Hope akan diteruskan la dan banyak lagi persatuan seni yang amik bahagian. So tak la jalan kosong je kat pasar karat tu. Ada la juga isi. Aku sokong penuh la. Ye la, sebab aku suka. Tak la penat nak cari parking.

Dalam pada seronok tengok bebudak ni berjoget tak sedar dah hampir pukul 11. Perut tak isi lagi. Hilang lapo dah. Nak pergi makan pun tak dan coz dah lewat sangat. Orang kata kalau makan time memalam macam ni bleh gomok. Hahaha. Gomok ke aku yang dok risau sangat ni. So aku ingat terus balik je la. Perut aku ni bukan jenis mengada sangat. Dah terbayang megi cup je ni. Makan kat umah je la. Wife aku pun lambat lagi nak balik. Majlis mula lewat katanya. Kebanyakan officemate dia tiba lewat sebab JEM. Entah kenapa Johor Bahru hari ni start dari aku balik kerja tadi jem memanjang. Sana sini jem. Apa ke hal nye ntah. Nasib baik tau jalan tikus. Boleh mencelah bedah sikit. Haha. Apapun, agak seronok juga la hari ni.




nota kaki cagu : seronok ye...oooo...megi ko dah kembang tu daaa..
jawapan - tak kan nak sedey jew...alamak...

Nampaknya, Bersendirian Lagi La Hari Ni...

Ermm..selamat hari sabtu yang...apa ek? kira suam-suam kuku juga la kan. Ye la, rutin macam biasa ler. Tapi hari ni lain sikit. Nampaknya hari ni sendiri lagi la. Wife ada annual dinner syarikat kat hotel area Senai. Dari petang sampai malam gayanya. 

So aku plak nak ke mana ek hari ni? Fikir punya fikir, aku dok rumah je la. Lagi aman rasanya. Jadi surirumah la nampaknya. Huhu. Bukan tak biasa kan. Layan DVD cetak rompak pun best gak. Then cuci kete, then malam boleh ngeteh dengan membe. Jalan-jalan pasar karat ke, cuci mata plak. Syok juga ni sekali sekala membujang. Haha.




nota kaki cagu : hmmm....
jawapan - hmmm apakah?

Aku Bukan Siapa-Siapa...

Entah kenapa, dari semalam, erm...bukan dari semalam, dari minggu lepas sebenarnya aku terasa seperti ada sesuatu. Malah, orang disekeliling aku mengatakan aku 'lain'. Lain yang macammana tu susah mereka ni nak kata. Mungkin aku agak moody sikit kot. Wife aku pun kata macam tu "napa masam je?" susah aku nak jawab sebab aku agak tak pasti kenapa. Aku banyak mikir kot. Mikir apa plak ek? Macam-macam. 

Minggu lepas pun macam tu, masa majlis bacaan yasin kat masjid so aku amik kesempatan sekali la untuk menyedekahkan kepada arwah abah. So lepas je abis majlis lepas isyak tu tiba-tiba salah seorang kenalan aku menegur. "Eh, lain la...-------...ek?" sentap aku coz sebelum ni tak ada la plak tegur aku lain. Bila masa plak? Apa yang lain? tu dah jadi tanda tanya. Aku sibuk dok mikir. Resah pun ada. Sampai la ke saat ni. Kadang-kadang aku nak let go je. biarkan aje la.

Semalam, aku terasa begitu terasa, kenapa dengan aku, apa masalah aku. Dia telah memberi petunjuk sedikit demi sedikit dan aku mula sedar yang aku bukan siapa-siapa. Then juz follow the flow. Sesungguhnya Allah la yang berkuasa di atas segalanya. Namun aku insan biasa yang lemah. Akan aku coba gagahkan juga. Mungkin ada cerita dari dalam.




nota kaki cagu : ko keliru ni....
jawapan - i follow....

Bocor la Plak...

Huuu...nasib baik la sempat sampai bengkel. Dok tengah syok ronda-ronda kotaraya, eh ronda sambil kerja..ehem.. sekali "pelepak" bunyi apa plak kat kete aku ni. Ingat nak wat bodo je la kan. Sekali makin kuat pulak bunyinya. So aku berhenti la jap kat petronas kat jalan Selong-Kampung Maju Jaya. Bila periksa punya periksa, mak ai beso plak paku kat tayar kete aku ni. Mana datang pulok paku beso macam ni. Pergh..Gua pun panik la jap. Cek tayar ada angin lagi so aku nekad.

Bismillahitawakkaltualallah je ni aku teruskan perjalanan naik hi-way. Berdentum kat belakang tu makin kuat. So aku berhenti lagi, cek lagi. Hoo...masih melekat lagi paku ni. Makin dalam..pergh..mendalam betul aku tengok. Sedey seh. Kompom tayar tak bleh pakai lagi lepas ni. So aku pun nekad lagi teruskan perjalanan la. Doa je banyak-banyak. Alhamdulillah sampai juga kat bengkel area opis aku ni. Sekali dah bocor terus dan paku pun dah terbang ke mana agaknya. Jangan kena kat orang lain sudah la ek. Nasib baik dah dekat opis so aku boleh la lepak kat opis sementara diaorang ni kungklang-kungkling kerjakan kereta aku.

Tengah dok lepak kat opis skali dapat call plak dari tokey bengkel. "wei bos, lu punya tayar sula losak ah, kena tukar balu punya, kalu tukar mau 2 biji maa, nanti tak balance" dalam hati aku "dah agak dah". "Erm..ok la tokey, tukar saja lah, lagi u buat alignment & balancing skali la" malas aku nak fikir panjang. Esok pagi-pagi dah kena gerak pergi Simpang Renggam. Ada penyerahan projek sekolah kat sana. Petang pulak ada meeting kat airport Senai. So terpaksalah aku abaikan meeting kat Senai tu. Jauh tu nak ulang alik. Gila apa. Nak suruh bos pergi, tak apa la. Kem salam. Huhu. So wat to do, dugaan untuk hari ini. Esok? sedia je la kan.




nota kaki cagu : nasib baik sempat sampai bengkel kalu tak for sure ko terkebil-kebil nak    buka tayar kat tepi hi-way tu kan...
jawapan - butang baju aku mana pahhh....shhhh...

Nampaknya...

Begitu la nampaknya. Baru dapat berita dari pihak pengurusan, nampaknya aku akan diserapkan kembali ke drafting department sepenuhnya. Sebelum ni pun aku on off la kat department ni. Mana tak nye kan, site nak kena jaga, drawing pun nak kena jaga. So atas keperihatinan pihak pengurusan la kononnya sian tengok aku ke sana ke mari then balik opis ngadap pc wat drawing kan. Tak apa la. Tapi sebenarnya aku lebih suka buat kerja macam tu. Tak la terperap kat opis 8 jam kan. Huuu..tulun-tulun...help..help...musti busan tahap gaban nih. Tapi orang kata look at the bright site la kan. So tak payah la pening-pening layan kerenah birokrasi klien-klien ek. Haha. So ada pro dan kontra la kan. Kalau macam tu rejekinya, tahan je la.




nota kaki cagu : ok apa......bertambah putih la kulit...
jawapan - butang baju aku mana paahhh...

Lagi-lagi Bayo Saman....

Halamak.....ni la padah orang degil. Asik kaya kan polis trafik je. Haha. Dah terkena nak buat macam mana kan. Dah memang salah sendiri, langgo peraturan. Sapa suruh. Sementara encik di Jabatan Polis Trafik tengah berbaik hati nak kasi diskon ni kan. So bayo la. kang menanggis nak bayo plak bila diskon dah ditarik balik. plak tu dengo ura-ura ada mekanisma baru plak tentang saman. Huuu...ada macam interest plak. bahasa kasonye la. Tapi yang ni pun hampir menangis juga apa time bayo. Lari bajet nak beli bawang bilis malam nanti kat Kip Mart. Huhu. Kena pecah tabung lagi la ni. Tabung anak jiran sebelah bleh kot. Hahaha.

Tapi kan, aku rasa ada yang menyusul lagi ni. Masa pergi kenduri kawin kezen kat KL haritu pun redah kasi pecah juga. Dok follow kepala kete depan punya la laju. Kawasan 90 pun lari 140. Mak ai, tak follow kan aku plak sesat. Padahal kat hiway tu. Alasan. Hehe. Tau-tau bila dah sampai baru kezen cakap "eh tadi ada speed trap la" Aduyai...kompom kena. Tanya kepala, "awat hang laju sangat" simple je jawapan dia "mana ada laju, meter aku 11o je la, tak naik-naik pun". Tau la bawak volvo olskoll. Hehe. Plak aku ekor belakang sekali. Memang la kena. Hmm..wat to do...harapnya time aku lalu tu polis trafik tu tertidola ek. Hehe, bleh gitu?




nota kaki cagu : tak serik-serik...
jawapan - butang baju aku mana pahhh....ado...

Renungan Untuk Diri Sendiri...

"Sedangkan lidah lagi tergigit", pinjam dari petikan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Begitulah lumrah. Namun kadang kala kita tidak menyedari apa yang diucapkan atau yang diungkapkan megundang perasaan yang berbeda maksud. Begitulah, berbicara biar menggunakan akal. Dan masing-masing mesti tahu akan batasnya. Apapun ianya bukan isu yang boleh di pandang enteng. Kerana tanggungjawabnya begitu besar. Bisa membawa ke pihak kanan, beruntung la dan kalau ke pihak kiri, maka rugilah. 

Tapi tu la kan, masing-masing manusia biasa yang lemah. Sangatlah lemah. Sering berkata redha akan pengakhirannya. Tapi betul ke? Kalau itu takdirnya dan kita semestinya tidak tahu apa yang tertulis di Sana, apapun coba untuk menerima.

Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan Yang Ke-4...


Selamat Hari Ulang Tahun Untuk Kami Yang Ke-4.
Apapun doa dan usaha yang terbaik agar berkekalan hingga ke akhir hayat.

Salam Maulidur Rasul...



Mari sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Rasullullah S.A.W.

Masih Belum Sihat...


...DEMAM LAGI LA PULOK....
SO TAK ADA MOOD NAK KERJA
HARAP MAKLUM!!!
...HUHU...
SIAPA YANG KISAH PUN

Sedikt Memori...

Erm...bercerita tapi kalau tak ada gambo macam tak best plak kan...so aku sisipkan sedikit gambar la ye untuk mencantikkan blog aku ni. Hehe.

Apapun enterframe aku dulu la. Hehe

Memulakan sesi pembakaran. Baba n abang aku siap tak pakai baju lagi tu.

Hmm..yum...my peberet...kupang n caru...letak je abis.

Huhu...kesabaran menunggu.

ramai tak?

Huu..ramai..seronok.

makan time..

Makan lagi...

Tak cukup?..bakar lagi...

Amy..bengong..

Otai, Pak Uda sempat singgah walaupun tengah potong nenas. Tak tahan bau kupang la tu.

Walaupun Penat...Dan Demam Tak Ok Lagi...Tapi...

Assalamualaikum...Hmmm..baru sampai dari kampung ni. Penat drive pun tak hilang lagi dan penat berBBQ semalam bersama sepupu sepapat pun peluhnya masih menitis lagi, tak kurang juga dengan bau ayamnya. Pun masih melekat. Haha. Apapun enjoy sangat semalam kerana misi yang dirancang dalam tempoh yang singkat telah berjaya. Alhamdulillah, cuaca juga menyebelahi kami. Sedap je sepoi-sepoi bahasa macam kat tepi pantai, walhal kat tepi kebun nenas depan umah aku je. Memang meriah. Semua yang rapat ada. So lain kali boleh bikin wilayah lagi.

 Hmm..cerita sikit la. Aku sampai kampung hari khamis petang. Perjalanan ok je dan sekali lagi cuaca juga teramat baik. Sampai kat Yong Peng, Huu..sian tengok umah orang naik air. Macam tu juga la keadaannya kat Parit Sulong. Jalan raya pun tenggelam. Nasib baik kuda aku boleh lepas. Tapi aku rasa keadaannya tak la seperti tahun yang sudah. Tahun ni ok sikit. Tak apalah, amik iktibar je ok. Beringat. Sampai je kat kampung terus sibuk cari barang-barang untuk BBQ. Semangat tu.

Malamnya pulak, aku bersiap untuk meneruskan tradisi keluarga. Sebenarnya arwah abah pernah menanyakan aku dahulu semasa hayatnya masih ada. Sanggup tak nak cuci mata. Cuci dengan air limau nipis. Huuuuuuu...masa tu aku masih terlalu muda lagi, memang tak sanggup. So salah satu sebab aku ke kampung kali ini adalah untuk meneruskan warisan arwah abah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ni baru sesi pertama, ada dua sesi lagi. Tapi aku sudah cukup bersedia.

Apapun sepupu semua banyak memberi dorongan. Tu yang menguatkan semangat aku. Apapun alon-alon la ye. Sedikit demi sedikit aku mula kuat untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa yang tersirat. Kadang-kadang nak terangkan pada orang pun susah. tapi tu la. Warisan. Aku cuba untuk mewarisinya semampu-mampunya. InsyaAllah. Moga di permudahkan. Apapun semuanya atas keizinan-Nya. Aku akan terus mencuba. Aku puas.

Gong Xi Fa Chai...Tahun Arnab Katanya....


- Selamat Tahun Baru Cina 2011-

Lemahnya Makan Ubat....


Erm...makan ubat lagi...hmmm...nasib baik tak kena inject...heheh...En. Doc. kata 
"Suhu badan awak 38 darjah. Kompom demam, so awak tahan ke tak? kalau tak tahan saya bagi injection" "Errr....tak apa la dokter, sy amik pil je k." Hehe. Macam seram plak nak kena inject. Tapi so far Alhamdulillah la dah semakin kebah. Kalau demam dok diam je bertambah demam jadinya, so buat la apa yang patut. Kasi kuarkan peluh sikit. Selesa sikit badan ni. So petang ni lepas zohor boleh drive ke kampung. Hehehe. Mudahan selamat semuanya.

Watuk-Watuk Lagi...

Aduyai...dia datang dah...dah start dah...sakit tekak ditambah plak dengan batuk la ni. Dengan cuaca yang dingin sejuk ni macam ni la dengan main hujan lagi. Bukan salahkan kejadian tuhan tapi itu la hakikatnya kan. Memang Dia telah menciptakannya begitu. So redho je la. Rasa macam nak amik half day je hari ni. Tapi kang nanti orang kata aku amik kesempatan plak. Ye la sok kan cuti Gong Xi Fa Chai. Kalau dah tak tahan sangat aku aku amik m.c. je la nanti tengah hari ni. Bisa sudah badan ni. Nak kata apa pun kata la. Ada aku kesah? Kisah la jugek. Huhu...

Baik Baik Sayang - Chipmunk (Wali Band)...Cute Plak..But Plz Low Ur Volume k...

Wali Band (Kekasih Halal)...Pon Sodap Dengo...

Maher Zain - Insya'Allah (Malay Version)...Nice...

Belacan & Paku...jUZ eNJOY...

Apakah....

Jika kamu diberi tentang satu keistimewaan yang jarang ada pada orang lain, gunakanlah sebaik dan seeloknya. Bukan untuk dibanggakan atau menjadi riak. Bahkan itu amanah. Tetapkan hati mohon agar diberi petunjuk sewajarnya. Selebihnya bertawakal pada-Nya. Jalan yang dipilih mungkin janggal pada mata kasar orang lain. Tapi itu yang kamu mahu, teruskanlah dan jangan toleh ke belakang kecuali jika perlu untuk menngingatkan kamu kembali pada asal usul dan keturunan. Hanya Dia yang maha pengasih lagi maha penyayang.
 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top