Walaupun Penat...Dan Demam Tak Ok Lagi...Tapi...

Assalamualaikum...Hmmm..baru sampai dari kampung ni. Penat drive pun tak hilang lagi dan penat berBBQ semalam bersama sepupu sepapat pun peluhnya masih menitis lagi, tak kurang juga dengan bau ayamnya. Pun masih melekat. Haha. Apapun enjoy sangat semalam kerana misi yang dirancang dalam tempoh yang singkat telah berjaya. Alhamdulillah, cuaca juga menyebelahi kami. Sedap je sepoi-sepoi bahasa macam kat tepi pantai, walhal kat tepi kebun nenas depan umah aku je. Memang meriah. Semua yang rapat ada. So lain kali boleh bikin wilayah lagi.

 Hmm..cerita sikit la. Aku sampai kampung hari khamis petang. Perjalanan ok je dan sekali lagi cuaca juga teramat baik. Sampai kat Yong Peng, Huu..sian tengok umah orang naik air. Macam tu juga la keadaannya kat Parit Sulong. Jalan raya pun tenggelam. Nasib baik kuda aku boleh lepas. Tapi aku rasa keadaannya tak la seperti tahun yang sudah. Tahun ni ok sikit. Tak apalah, amik iktibar je ok. Beringat. Sampai je kat kampung terus sibuk cari barang-barang untuk BBQ. Semangat tu.

Malamnya pulak, aku bersiap untuk meneruskan tradisi keluarga. Sebenarnya arwah abah pernah menanyakan aku dahulu semasa hayatnya masih ada. Sanggup tak nak cuci mata. Cuci dengan air limau nipis. Huuuuuuu...masa tu aku masih terlalu muda lagi, memang tak sanggup. So salah satu sebab aku ke kampung kali ini adalah untuk meneruskan warisan arwah abah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ni baru sesi pertama, ada dua sesi lagi. Tapi aku sudah cukup bersedia.

Apapun sepupu semua banyak memberi dorongan. Tu yang menguatkan semangat aku. Apapun alon-alon la ye. Sedikit demi sedikit aku mula kuat untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa yang tersirat. Kadang-kadang nak terangkan pada orang pun susah. tapi tu la. Warisan. Aku cuba untuk mewarisinya semampu-mampunya. InsyaAllah. Moga di permudahkan. Apapun semuanya atas keizinan-Nya. Aku akan terus mencuba. Aku puas.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top