Nampaknya, Line Clear...

Alhamdulillah, keadaan wife bertambah baik sekarang ni selepas kejadian bleeding beberapa minggu lepas. Seperti yang dijadualkan, hari ni ada temujanji dengan doktor. Selepas pemeriksaan, doktor sahkan semuanya dalam keadaan baik termasuklah baby ku. Masa scan tadi nampaknya aktif sungguh Roy Jr. ni. Berenang-renang dia dalam perut ibunya. Hehe. betul...nampak kaki dia menguis-guis macam orang tengah berenang. Selain jantungnya yang berdegup dengan begitu pantas. Terkesima pun ada. Subhanallah. Tu pun lepas doktor resize or zoom la mesin scan tu. Ye la kan, baru 10 minggu, tak nampak sangat. Teknologi sekarang kan. Apapun boleh. Hehe. Juz get ready to aboard this Sunday.

Mencari Port...Wala...Wala...

Hmm...Oleh kerana sekarang ni site aku tertumpu di bandar Muar kan. So, mulalah aku mencari port yang sesuai untuk aku melepaskan penat bila ke sana. Pusing-pusing bando Muo ni, nampaknya bertambah sibuk. Tak banyak yang berubah. Macam tu lah dari dulu sampai sekarang keadaannya. Nak ubah macamana lagi kan. Pun bukannya beso sangat bandarnya. Cuma kadang-kadang terasa kat negara orang je sebab ramai orang asing dah. Toleh kanan kiri, nampak bangsa meka je. Huh.

Apapun yang penting cari port makan lah kan. Hehe. Warung makan ni letaknya kat Jalan Jonid. Asam pedas dia memang lah sodap. Pada aku lah. Orang lain aku tak tahu. Ini pun Ato yang tunjukan tempat. Sekali dah pergi memang terkenang-kenang asam pedasnya. Hehe. Sebab aku ni penggemar asam pedas kan, so wat to do, memang melekat lah jawabnya. Lagi lah macam-macam ikan ada. Pilih je. Murah pon ye. Membe siap tak caya dengan kemurahan regenya. Kat JB tak dapat jack rege macam ni. Huh.

Makan, makan juga. Port yang wajib ni jangan lah diabaikan. Tanggungjawabkan. Aku suka singgah solat kat masjid ni. Lokasi dia best. Tepi tanjung. Angin sepoi-sepoi je. Selesa sangat. Sebab selesa tu yang ramai amik kesempatan tido kat masjid ni. Jadi macam tak elok plak tengok orang bergelimpangan kat koridor masjid ni. Tapi tak apa lah kan. Pengurusan masjid pun ok je. Iktikaf kat masjid walau tido sekejap pun dapat pahala ek. Hehe. Apapun masjid ni cukup bersejarah. Ada sudut sejarah lagi.  

Habis...Spek Aku!!!...Bisa...

Hmmm...Sempat amik gambo sebelum kejadian tapi masa ni tengah boring-boring tunggu Ato nak makan tengahari Kat Bakar Nasi Ayam berdekatan Wetex Parade Muar hari Selasa lepas. Main snap-snap.

 Aduyai...terpele'ot tangkai spek gue. Sapa yang buat? Tuan dia lah. Huhu. Macamana ntah bleh lupa letak spek kat seat kete pemandu. Sekali terduduk lepas ngeteh dengan Emu semalam. Hambek ko. Kemek jadinya. Dah tak boleh pakai. Tak tahu lah boleh repair ke tak ni. Wife aku senyum je.

Site Punya Fasal, Biawak Dapat Nama...

Minggu lepas banyak masa aku dihabiskan kat site luar kawasan. Salah satunya di Sekolah Menengah Bandar Maharani dekat-dekat area Sabak Aur sana lah. Laluan masuk ke site tu macam ada paya sikit. So, adalah family biawak dok situ. Ni kalau orang Vietnam ke Sarawak ke Sabah ke mesti suka ni. Tangkap buat biawak panggang. "Sedap" kata diaorang lah. Aku nak dekat pun macam ye tak ye je. Geleman tengok pun ada. Hehe. Setiap kali aku datang sana mesti bapak biawak ni sambut aku. Pandang je. Kenan ke? 

Haha. Pandang tak apa jangan dia kejo aku plak kang mencicit lari. Tapi so far, beliau yang melarikan diri dari aku bersama anak beranak beliau. Besau tu. Tapi yang bapak dia ni sempat berhenti sebelum masuk ke semak tu. Macam tau-tau je aku nak amik gambo. Sempat posing. Style lah tu konon. Haha. Sian encik biawak ni jadi bahan aku. Erm, agak-agak kalau site ni dah siap sok mana beliau dengan anak isteri beliau nak pindah ek? Sabo je lah. Pandai lah meka bawa diri nanti. Biawak....biawak.

Rupa site aku. Erm, akceli malas nak cerita fasal site kat blog aku ni lah. Bukan ada apa pun kan. Bukan beso mana pun. Bab kerja cerita kat site la ek. Hehe. Cuma kadang terfikir macamana aku boleh terjebak dalam bidang ni kan. Dolu study menda lain. Sekali kerja ke lain plak. Nasib baik tak 'ke laut'. Rejeki lah kan. Aku ikut arus aje. Belajar sikit-sikit setiap hari. Cari pengalaman. Dolu suruh belajar tinggi-tinggi malas. Dapat belajar kat sekolah tinggi atas Bukit Naning tu je. Tinggi juga. Ayat nyedapkan hati. 

Burung Yang Tengah Marah....


Hmm, entry ni jangan salah faham plak ye. Hehe. Bukan apa, jiran sebelah ada bela burung juga tapi burung tu tak semarah burung yang aku maksudkan ni lah. Hehe. Ye lah, orang dok sibuk cakap fasal angry birds...angry birds...Nak wat macamana, aku tak ada iphone or ipad ke. So, tak ada can lah nak main menda alah ni. Tapi rupanya ada edisi pc. Hehe. Download free jek. So aku pun torai lah. Seronok juga watkan hilang tension balik kerja penat kan. Tapi aku bukan lah jenis yang hard core kalau main game macam ni. Dari dolu memang kurang dengan permainan seperti ni. Orang kata buat geli-geli je lah kan.

Apapun minggu ni adalah minggu yang agak memenatkan. Dalam seminggu 2 kali kena pergi site kat muo sana. Pontian lagi. Tak ada hal. Tak lah mendatangkan kemarahan macam angry birds ni kan. Rejeki tu. Esok baru ada can dok kat opis 1 hari kot. Kalau lah tak dapat emergency call ek. Kalau tidak kena lah keluar juga nampaknya. Bila dah penat ni, nak buat kerja part time pun macam tak larat je. Rejeki juga tu. Tapi ada lah buat sikit-sikit. Orang dah bagi then kita sanggup terima, so kena lah langsaikan. Nanti orang suka dengan kerja kita, dapat lagi ye tak. Kata rejeki anak. Boleh lah. Buat tambah-tambah.

Selamat Hari Abah, Dan Untuk Diri Sendiri...


Terus terang aku katakan disini selama hayat arwah abah masih ada, aku tidak pernah pun mengucapkan selamat hari bapa untuk abah. Sebenarnya malu, kadang cuma beri hadiah je. So, walaupun abah dah tak ada lagi, Yan ucapkan "Selamat Hari Abah, Abah" dan untuk diri aku sendiri yang bakal bergelar abah juga, InsyaAllah. Mudahan dipermudahkan semuanya.

Xtvt Hari Ni...Buat Pasport...

Oleh kerana hari yang ditunggu untuk ke Bandung, Indonesia telah hampir tiba iaitu 3hb Julai 2011, baru hari ni sibuk nak buat pasport. Ingat hari Ahad cenggini tak lah ramai orang kat Pejabat KDN ni. Sekali rupanya lagi ramai. Sampai sana pukul 8.30a.m pun orang dah berpusu-pusu beratur nak ambil nombor. Ingat nak lah pergi awal kan. Tapi oleh kerana malam tadi tidur agak lewat dekat pukul 3.ooa.m jugalah, tu yang terlelap kejap lepas subuh. Nasib baik pejabat KDN ni dekat je dengan rumah aku. Tak sampai 1 kilo pun. Apapun menunggu sampai pukul 1.oop.m juga baru setel semuanya. Kan lama tu. Huhu. Wat to do. 


Apapun amik nombor giliran dolu. o148 nombor yang aku dapat wife plak o147. Nombor yang dilayan waktu ni oo22. Hambek. Erm, dengan izin-Nya nombor o148 sama dengan nombor kubur arwah abah.

Boring-boring, snap gambar abang kastam. Lamanya tunggu. Keras punggung duduk lama-lama. Kalau pergi ngeteh kang takut terlepas nombor plak. 1 hal plak nak amik nombor lagi. Kematu nanti jadinya.

At last, siap juga. Yeay. Tapi sebenarnya tak tahu lagi jadi pergi ke tak ke Bandung tu. Tunggu nasihat doktor macamana. Kalau pergi pun insyaAllah selamat lah semuanya ye. Tak pergi Bandung pon bleh pergi Seberang Tambak ek. Berguna juga.

Terpeleset plak......

Aduyai..macamanalah aku boleh tergelincir then jatuh terduduk depan toilet opis ni. Mak ai sakit tu. Nasib baik tak serius lah. Rasa aku lah. Tapi rasa macam ada yang terseliuh sikit ni. Pergelangan tangan sebelah kanan ni macam nak kena repair ni. Sebab menahan kat lantai masa terjatuh tadi. Punggung ni pun sakit juga. Sebelah kanan. Hope tak ada apa-apa berlaku kat tulang aku lah. Dah la kuruskan. Terasa sampai ke tulang ni. Tengoklah sehari dua ni macamana kan.

Aku harap sangat tak ada apa-apa ni, dah lah wife aku tengah dalam keadaan yang tak menentu. Jadinya aku kena kuat. Kalau aku pun sakit, sapa yang nak diharapkan lagi nak buat kerja-kerja rumah tu.  Tapi rasanya macam makin sakit ni. Rasanya kena urut baru ok kot. Siapa yang nak urut? Kalaulah arwah abah ada, selesai masalah aku. Tak apalah, tak elok aku cakap macam ni kan. Kena redha, bukan apa cuma rindu. Aku urut sendiri aje lah kan. Kata Anang Kesuma kan.


Apa Kes....Senyum Aje Lah...

Apa kes hari ni. Kepala sakit start dari pagi tadi. Tersedar tidur je terus sakit kepala. Tak bagi can langsung. Hehe. Tak apalah kan. Kira kifarahlah tu. Mungkin tersedar dengan cara terkejut kot. Bukan apa, awal pagi tadi sebelum subuh punyalah angin kuat. Berderau-derau bunyinya. Rasa macam nak tercabut bumbung rumah pun ada. Ditambah plak dengan hujan yang segan-segan nak turun. Kejap ada, kejap tak ada. Rasa macam hujan batu pun ada. Berdentam-dentum jatuh atas bumbung rumah. Syukurlah tak ada apa-apa yang buruk berlaku. Start tu lah kepala ni sakit.

 So, rumah aku agak meriah sikit hari ni. Pakcik aku datang kan. Dari melaka ada dan dari KL pun ada. Katanya datang ke JB sebab ada meeting koperasi untuk kakitangan kerajaan. Entahlah meeting apakan. Nasib baik makcik aku yang kat Melaka tu tak join, sebab surirumah sepenuh masa, so dia temankan wife aku kat rumah lah. Nak memasak katanya. So, makan berdamai lah kat rumah aku hari ni. Hehe. Seronok makan ramai-ramai ni. Entah apa menu aku pun tak tahu cuma tadi pagi nampak dah start rebus daging. Belasahlah apa pun. Aku tibai je. Aku kan pewut stokin. Tapi dah tak macam dulu lah.

Lagi satu entah apa kes bos beso nampak hepi je hari ni. Tiba-tiba tegur aku plak. "Ada ok ke ini hari?" "itu Sue macamana, ada sihat tak?" Aku jawab "ok je Mr. Chiang, semua ok." sambil angguk-angguk kepala. Fikir aku, menang loteri ke hapa ni!!! hahah. Ok la tu hepi kan, hope sampai bila-bila lah. Maklumlah nak raya ni kan. Ada can dapat bonus beso sikit. Har..har..harapan lah. Tapi mana tau kan. Doa ni. Rejeki anak ke. Hehe. Nama je rejeki anak, tapi bapak yang bedal. Haha. Biasanya macam tu lah. Ada can beli samsung galaxy tab, ipad2 ke, iGobelL ke. i,,i,,ice kacang pon sodap.



Sepatutnya....

Sepatutnya malam ni aku ada perlawanan bowing mewakili wife aku untuk company dia. Tapi disebabkan keadaan wife yang tidak mengizinkan so, dok kat rumah aje la kan. Itu yang terbaiklah. Kalau tidak mesti aku dah berjaya menang piala untuk kategori longkang. Hahaha. Ala, kalau main pun buat suka-suka je. Training pun tidak. Dan malam ni juga sepatutnya pakcik aku dari melaka akan sampai. Pukul 1 katanya dijangka sampai. So, kena tunggu aje lah. Sok kerja lagi. Tapi apa ada hal.


Dan sepatutnya aku kena balik ke kampung Air Hitam petang esok sebab ada majlis akikah anak kakak aku. Tapi keadaan tidak mengizinkan. So, aku kena stay JB je ikut nasihat doktor. Itu juga yang terbaik. Nasib baik esok makcik aku ada sini. Senang sikit hati nak ke pejabat esok. Ada yang tolong tengokkan wife aku. Kalau tidak memang aku amik coti je esok eh pagi nant. Dah esok dah pun. Haha. Oops pakcik dah sampai. Kena entertaint. Hehe.

Dedo...Jantung...

Hmm...hidup ni penuh dengan perkara yang kita susah nak jangka. Kadang membawa kepada kebaikan or membawa kepada perkara yang sebaliknya. Pagi tadi, aku menjalankan rutin seperti biasalah. Hantar wife ke pejabatnya dan aku terus menuju ke pejabat aku. Terdetik dalam hati, hari ni kalau boleh malas nak ke mana-mana. Nak duduk kat pejabat aje, paperwork kat atas meja pun dah agak meninggi. 

Then dalam pukul 9.ooa.m. tadi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari wife aku yang mengatakan dia mengalami pendarahan. Berderau darah aku. Macam panik sekejap. Nasib baik En. Wan, office mate wife sedia menolong hantar wife ke klinik berdekatan dan menunggu di sana sementara aku belum sampai. Terima kasihlah banyak-banyak pada beliau. Allah aje yang boleh balas jasa baik beliau. InsyaAllah.

Sepanjang perjalanan menuju ke klinik, berserabut kepala aku memikirkan kemungkinan yang akan berlaku. Then aku sedar, sepatutnya aku tidak berfikir begitu. Memikirkan perkara yang tak tentu. So, sepanjang perjalanan berdoa dan istighfar aje banyak-banyak. Coba melawan bisikan-bisikan yang merungsingkan. Sampainya aku ke klinik tersebut terus menuju ke bilik doktor dan rawatan telah pun selesai. Doktor Habsah tenang je menyuruh aku supaya jangan risau tentang apa yang telah berlaku.

Menurutnya, perkara seperti ini adalah normal bagi sesetengah ibu mengandung. Ada kelegaan sikit dalam hati aku. Kandungan pertama ni kan, jadinya dia belum berapa kuat lagi so kenalah hati-hati. Doktor nasihatkan supaya wife aku dikenakan CRIB iaitu complete rest in bed. Bangun hanya untuk solat, makan dan ke bilik air sahaja. Jadinya aku yang kena jadi surirumahlah. Tak ada hal. Bukan tak biasa pun kan. Tak ada apa yang perlu dirisaukan dan dikeluhkan. Alang dah kat klinik tu teruslah buat kad merah.

Senyum...Tak Perlu Kata Apa... :)

Ehem...Aku rasa dah hampir 12 tahun lah aku tak buat cuci gigi. Yelah kan, seingat aku lah last aku cuci gigi masa form 5 dulu lah. Itu pun sebab free. Haha. Kan dah lama tu. Lepas tu nak jumpa doktor gigi macam bercinta je. Eh, rasanya 2 tahun sudah aku ada pergi klinik gigi gov. lah. Buat checking. Tapi perkhidmatan cuci gigi tak ada plak waktu tu. Kena hari lain. Ada plak macam tu kan. Memang tak pergi lah jawabnya nak tunggu hari lain tu. Memang tak pun sampai lah hari ni. Hikmahnya wife aku sakit gigi secara tiba-tiba dek kerana baby nak amik sikit kalsium dari induknya iaitu wife aku lah. So wife aku tak boleh tido malam tadi. So pergi lah kat 1 klinik gigi swasta ni kat BBU. Jalan terus. Macam aneh plak pergi klinik gigi.

Nampaknya doktor kata gigi wife aku kena cabut. Tapi waktu ni tak boleh sebab kandungan belum cukup 4 bulan. Selepas tu baru boleh cabut bimbang ada komplikasi pada baby nanti. Erm...aku follow je mana yang baik. So for time being ni terpaksalah wife aku bertahan. Wat to do, sapu minyak geliga je lah. Buat kurangkan sakit tu kan. Sian. Jadi oleh kerana wife tak jadi cabut gigi, alang-alang dah kat situ baik aku buat cuci gigi aku yang dah agak berkarat ni. Betul. Kadang nak senyum pon sogan. Maklumlah, gigi berlapiskan. Ada susah sikit nak jaga ditambah plak "rajinnya" aku nak pergi ke klinik gigi. Apeda. So, amik masa 45 minit jugalah nak bersihkan segala karat dan kotoran degil macam tuannya ni.

Ngeee...ngeee...pergh...linu ke nyilu ek gigi aku. Terjegel-jegel juga badan aku nak menahan sakit plus nyilu tu. Nasib baik awek yang buat. Kalau tak dah kena terajang jer. Haha. Gurau. Doktor kata gigi aku ok, tak ada yang berlubang cuma tu lah kan, karat banyak. Doktor pun faham keadaan gigi aku. So dia nasihatkan setiap 6 bulan kena datang buat pemeriksaan. Bio maintain ok lah. Apapun aku puas hati lah dengan hasil kerja doktor ni. So lepas ni, aku akan tersenyum dengan penuh keyakinan lah. Haha. Wife pon jeles ok. Cuma sekarang ni masih terasa kurang selesa lagi. Lidah ni dok meraba-raba gigi je sampai melecet. Gusi pun ada yang bengkak. Biasa lah tu kan. Kena mesin gerudi tadi. Rasakan. Haha.






nota kaki cagu : sayangi gigi anda setiap hari...
jawapan - ye tor...nanti lum 4 series dah gongak...tak encem lah...hahaha...

Pagi Yang Hujan...

Hmm...awal pagi ni dalam pukul 3.30a.m nampaknya hujan turun mencurah-curah. Susah rasanya nak berpisah dengan selimut dan bantal. Tapi kuatkan juga untuk bangkit menyiapkan diri dan melangkah bagi melaksanakan sunat yang dituntut kerana fenomena seperti ini jarang berlaku iaitu gerhana bulan. Oleh kerana hujan mengiringi perjalanan tersebut maka tak ada rejeki nak tengok gerhana bulan tu. Gelap. 

Tahun sebelum ni rasanya 2 tahun lepas kot dapatlah juga tengok proses tu kan. Tak apalah, macam dalam khutbah tadi, kenalah ambil iktibar dengan qada dan qadar yang telah ditentukan ini. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada rahsia dan hikmah jika difikirkan bagi orang-orang yang berakal. Sebab selepas ini, pasti ia akan kerap berlaku memberi tanda. Ya Rabb, aku mohon agar aku sentiasa dikalangan orang-orang yang bersyukur. Mudahanlah ye. 

Sebenarnya mata terasa mengantuk sangat tapi tak elok nak sambung tido lepas subuh ni kan so berjaga sementara tunggu nak ke tempat kerja ni. Hari ini, kena out station so macam tak masuk opis je rasanya. Hehe. Hujan-hujan ni nak memandu keluar macam mim aliff lam sim plak kan. Tapi dah tanggungjawab kan. Kenalah juga. Karang tak setel masalah, aku juga yang susah. Apapun harap perjalanan hidup hari ni lebih baik dari semalam yang hangat.

Gerhana Bulan...


Malam ni or lebih tepat lagi awal pagi esok dalam lingkungan pukul 1.00a.m sehingga pukul 7.00a.m 16hb Jun 2011 dengan izin Allah akan berlaku gerhana bulan. Kat Masjid Muttaqin belakang rumah aku akan mengadakan solat sunat (yang dituntut) gerhana bulan secara berjemaah. So aku harap dan berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadirkan diri seperti tahun yang sebelumnya.

juz wanna share n for my reference :

60 Ways To Win Your Husband's Love

How to Love your Wife as a Muslim [HD]

Khas Buat Isteriku...Doa Untuk Ibu Mengandung...

nota kaki cagu : kredit n thanks to cik kini sakina...
jawapan - sharing is caring...hehe...

Pengalaman...

Hehe, tercerita apa yang berlaku pada hari Ahad dulu pulak. Cerita hari Sabtu macamana pulak? Kira macam langkah bendul la ni kan. Haha. Yela, before this kan post entry "i've got nothing to say...but imaging is enough" kan. Pagi tu memang boring giler kentang. Tapi belah petangnya macam-macam perkara berlaku pulak. Nak dijadikan cerita, memang aku sedar kalau ibu mengandung ni macam-macam kompilasi dia kan, tapi ikut bawaan masing-masing kan. Wife aku boleh dikatakan tidak mengalami mabuk yang teruklah. Cuma kalau makan tu kadang-kadang terkeluar balik. Nak buat macamana kan, dah adat kot. Yang penting makan selera. Belah petang, selepas pergi majlis kenduri kahwin, kitaorang decide nak buat pemeriksaan lagi lah, selain nak tanya Pn. Doc. apa-apa yang patut kan, lagilah awal bulan Julai ni kitaorang nak berangkat ke Bandung, Indonesia. So nak minta pendapat Pn. Doc. lah. Sebelum tu kita scan dolu. Tapi tak berapa nampak lagi. Kecit lagi lah.

Hmm..nampak tak? Kalau ikut scan ni, baby dah berusia 7 minggu 2 hari dan plus la. Dan dijangka akan lahir pada 26hb Januari 2012. Sebelum ni dijangka due dia 24hb Januari 2011. Tak jauh larilah kan. Yang penting pada aku semua selamatlah. Macam best je kan tengok waktu ni. Hmm...ye lah, lama juga tunggu kan. Sampai juga giliran aku. Syukur. Tapi yang best wife aku belum buat kad merah lagi. Dia pun konfius nak buat kat mana. Aku tak naklah mendesak sangat. Biar dia yang pilih sendiri. I follow jer. Haha. Apapun doc. kata memang ada risk la kalau naik plane sebab waktu berangkat tu baby lum masuk 3 bulan lagi. Tapi wife yakin yang dia kuat. Hasrat dia kan. Tak apalah.


Wahh...untunglah baby dah dapat melancong ke Bandung walaupun masih dalam pewut. Hehe. Apapun cuma mampu berdoa agar semuanya selamatlah ek. Ada rejeki boleh jumpa 'tetamu' kat sana nanti, ek bukan tetamu, tapi tuan rumah. Mudahan. Erm, tu cerita part happy lah kan. But suddenly, something was happened. Sorenya dalam lepas maghrib gitulah. Pewut wife tetiba je terasa sakit yang teramat. Memang risaulah kan, bimbang keadaan baby dalam pewut tu. So tak nak ambil risiko, kitaorang pun pergi ke klinik yang sama semula. Doc. pun agak terkejut juga. "Muka meka lagi" mungkin terdetik dalam hatinya lah kan. Agaknya lah. Mandai je aku ni. Periksa punya periksa Pn. Doc. sahkan yang wife aku diserang gastrik. Pulak. Wat to do. Lepas ni kena lah hati-hati.

Kata doc. tu normal bagi sesetengah bakal ibu lah. Apabila over excited badan akan mengeluarkan jus gastrik secara berlebihan, then kena gastrik lah. Doc. kata lah lebih kurang macam tu. Doc. suruh admit masuk hospital, tapi wife tak mahu. Aku tahu dia takut. So, ambil ubat aje lah. Tengok keadaan macamana dulu kan. Sampailah semalam keadaan masih belum sembuh sepenuhnya. So kena ke klinik lagi. Tapi kembar dia yang tolong hantar. Aku terpaksa ke site di Muo sebab ada masalah yang perlu diselesaikan di sana. Kali ni doc. bagi masa sampai hari ni jer, kalau tak elok juga kena juga masuk wad. No excuse. Jadi dapat rehat sampai hari ni la. Harapnya, sembuhlah. Sian baby dalam pewut tu. Dapat makan bubur je selagi ibu dia tak ok. Hehe. Tak apa.

Pertama Kali...

Pertama kali, aku diberi kepercayaan untuk 'membawa' tahlil untuk majlis doa selamat yang diadakan Ahad lepas di rumah abang ipar aku yang baru saja pindah ke rumah sewa barunya. Maklumlah kan, pengantin baru. Rumah pun kena baru, tak kan nak dok rumah mak kan. Hehe. Line tak clear. erk!! gurau. Bukan itu tujuan sebenarnya kan. Ianya salah satu tanggungjawab suami menyediakan tempat perlindungan untuk si isteri selain memberi keselesaan pada pasangan tersebut. 

Kecil atau besar bukan ukurannya. Apa yang penting memberi keselesaan. Selain itu nur juga adalah aspek yang sangat penting. Maksudnya bila kita masuk sesebuah rumah tu terasa amannya. Apa yang penting perkara asas perlu diberi penekanan. Barulah berseri rumah tu kan selain dari kebersihan. Pun penting juga tu. Apapun, aku cuba menunaikan hasrat tuan rumahlah. Dah beria-ia minta tolong. Aku pun cuma bawa tahlil ringkas je. Sebab 1st time, rasa menggigil juga. Tapi insyaAllah akan diperbaikilah. Nak jadi abah ni kan, so kenalah menambah ilmu untuk mendidik. Tapikan, kenapa ek sejak dari dulu kenapa mesti aku? Kalau bab baca doa mesti adik beradik, sepupu or yang lain pandang aku. Ada rupa ustaz ke?

Tak apalah kan, rejeki aku. Secara tak langsung memberi sedikit kelebihan pada aku. Tersedar jugalah. Betapa pentingnya perkara macam ni kan. So, nampaklah aku ni cetek ilmu lagi. Sikit-sikit lah ek. Aku pun bukannya baik sangat or arif sangat dalam hal-hal sebegini. Tapi atas sebab tulah kena bermula ek. Kalau tidak bila lagi. Harap bila aku mendoakan orang, orang pun turut mendoakan aku. Lagipun apa yang kita ada? Nak harap siapa lagi kalau tak diri sendiri kan. Untuk menjadi abah pada zaman sekarang ni memang banyak dugaannya. So, aku kenalah bersedia untuk menjadi seorang abah yang baik pada bakal anak aku kelak, insyaAllah. Coba yang terbaik untuk diri dan mereka yang berada disekeliling aku.

Mood Hari Ni...

Mood hari ini atau lebih tepat untuk pagi ini ialah : 
sejuk + adem + lapo = tepu kering

Sometime, sampai ke satu tahap tu aku susah untuk berfikir. Macam tepu gitu la. Bila fikir tentang perkara ini, terselit plak perkara itu dan ini. Senang cakap susah nak fokus la. Apa ubatnya ek? Ke ini kesan sampingan sebab lately ni aku selalu tido lewat. Malam tadi dekat kul 3 baru masuk tido. Malam semalam pulak pukul 2 lebih. Ditambah pulak dengan hari yang bertambah gelap ni kan. Hujan turun lagi. Bertambah sejuk dan bertambah tepu. Aku dah nampak bantal je ni sebenarnya. Tapi petang ni ada majlis kenduri kahwin kat BBU. Adik kepada kawan membe wife aku je yang berlangsung tu. Orang dah jemput kan. So terpaksalah extend plan aku nak jumpa dengan bantal petang ni. Hehe. Apapun keep thinking +ve la walaupun berat sudah kepala ni. Rasa macam nak hantuk kat bantal berkali-kali sambil berganti-ganti. Haha. Peace!!!

I've Got Nothing To Say...But Imaging Is Enough...

Waduh-Waduh!!!...

Malam ni agak keletihan. Sebenarnya bukan malam ni je, tapi sejak minggu lepas. Kadang-kadang soal kerja susah nak berkompromi. Aku memang bergerak bebas ke sana dan ke mari tanpa pengetahuan tuan bos pun. Tapi aku pasti tuan bos faham dengan kerja aku dan tahu macamana cara aku bekerja. Agak aku lah. Sebab selama ini, dia tidak banyak soal kalau-kalau aku tak ada kat pejabat. Tanya pun tidak. Tahu-tahu kerja kat site dah setel. Macamana aku setelkan, dia jarang nak amik tahu. Yang penting payment masuk. Hehe. Aku kena maki dengan client ke, aku berpanas berhujan ke, apa ada hal. Bila dia tanya ok ke tak? aku jawab ok je. Dah kerja aku macam tu kan. Rejeki-rejeki.

Start dari awal minggu ni sampai la sekarang aku tak masuk pejabat lagi pun. mundar mandir kat luar selesaikan apa yang patut. Pergi site sana sini. Gaduh dengan subcon, lepas tu baik balik, gaduh lagi, baik balik. Macam tu la. Subcon plak dah tak boleh nak tukar-tukar. Anak buah bos juga. Ok ke tak ke, perform ke tak ke, kena layan juga. Susah macam ni. Tadi pergi ke site kat Muar, ronda-ronda site. Then patah balik semula ke JB. Jumpa hujan, panas, mendung then panas balik. Hangit dah badan. Ikut rentak hati aku je. Esok pun kemungkinan besar aku tak melekat lagi kat pejabat. Banyak lagi perkara kena settle dengan consultant yang agak lembap bagi respond. Waduh-waduh.

Namun dalam masa kesibukan aku melalui jalan-jalan ke pintu rejeki yang yang aku lalui ini, kadang-kadang terbuka pintu rejeki lain yang aku tak sangka-sangka. Begitu. Aku selalu berpegang teguh pada setiap yang diaturkan oleh-Nya pasti, aku ulangi pasti ada hikmahnya. Cuma kadang-kadang kita sedar atau tidak je. Then kita ni kena selalu bersangka baik pada Pencipta kita. Tapi ye la, aku ni cuma manusia biasa kan. Kadang lupa. Derita, tidak selamanya kita akan derita. Begitulah sebaliknya. Hidup mati, jodoh dan pertemuan, satu jalan dan satu pegangan pastinya Dia yang menentukan. Kita, usaha dan doa je. Doa kan senjata orang-orang mukmin dan mukminat. Saje luah. Kuatkan hati.


Nak Itu...Nak Ini...Tapi....







Aku rasa macam nak IP4 or LG Optimus 2x dengan alasan bateri handphone yang aku pakai sekarang ni dah start makan karen kuat. Sekejap je dah abis baterinya. Aku rasa nak rembat Ipad2 or Samsung Galaxy Tab, so senang la nak online kat mana-mana yang mana bleh online la. Nak ikut peredaran zaman katanya. Aku rasa nak tukar rim sukan kereta aku sebab 3 darinya dah bengkok coz aku bawa keta kan ganas. Sebab masuk site sana sini. Agak bleh klim dengan kompeni tak ek kalau tukar? Aku rasa nak letak DVD Player kat dalam kereta aku kononnya nak bagi khidmat masyarakat kat sesiapa yang tompang keta aku. Ye la, boring dengo muzik bleh tonton wayang dvd cetak rompak kat dalam keta. Itu dan ini bersarang kat dalam benak aku ni. Kalau ikutkan, semua nak. Nak...nak...nak...tak ada orang nak bagi ke?

Tapi, aku kena lupakan semua tu buat masa ni kerana ada yang lebih penting menanti. Mulai sekarang kena la kumpul duit untuk persediaan menyambut orang baru tahun hadapan. Hehe. Ditambah pulak mungkin besarnya rumah baru aku akan siap pada tahun hadapan. So rejeki berganda la ni kan. Banyak nak kena pakai tu. So dah jadi tanggungjawab aku untuk melangsaikan semua itu. Kalau wife dapat tolong-tolong back up pun dah alhamdulillah. Wife dah pesan awal-awal yang kalau bleh dia tak nak bersalin kat GH. Huhu. Akan diusahakan la ye. Ye la kan, 4 tahun tunggu so kena sambut ditempat yang lebih selesa la ek. Sebolehnya aku akan coba usahakan. Mudahan bertambah murah la rejeki, insyaAllah. Apapun bersiap sedia melalui hari yang mendatang kerana ianya pasti mencabar. Permudahkan Ya Rabb.




nota kaki cagu : pesanan telah disampaikan...
jawapan - persediaan dan bekalan perlu dikukuhkan... 
 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top