Hehe, tercerita apa yang berlaku pada hari Ahad dulu pulak. Cerita hari Sabtu macamana pulak? Kira macam langkah bendul la ni kan. Haha. Yela, before this kan post entry "i've got nothing to say...but imaging is enough" kan. Pagi tu memang boring giler kentang. Tapi belah petangnya macam-macam perkara berlaku pulak. Nak dijadikan cerita, memang aku sedar kalau ibu mengandung ni macam-macam kompilasi dia kan, tapi ikut bawaan masing-masing kan. Wife aku boleh dikatakan tidak mengalami mabuk yang teruklah. Cuma kalau makan tu kadang-kadang terkeluar balik. Nak buat macamana kan, dah adat kot. Yang penting makan selera. Belah petang, selepas pergi majlis kenduri kahwin, kitaorang decide nak buat pemeriksaan lagi lah, selain nak tanya Pn. Doc. apa-apa yang patut kan, lagilah awal bulan Julai ni kitaorang nak berangkat ke Bandung, Indonesia. So nak minta pendapat Pn. Doc. lah. Sebelum tu kita scan dolu. Tapi tak berapa nampak lagi. Kecit lagi lah.
Hmm..nampak tak? Kalau ikut scan ni, baby dah berusia 7 minggu 2 hari dan plus la. Dan dijangka akan lahir pada 26hb Januari 2012. Sebelum ni dijangka due dia 24hb Januari 2011. Tak jauh larilah kan. Yang penting pada aku semua selamatlah. Macam best je kan tengok waktu ni. Hmm...ye lah, lama juga tunggu kan. Sampai juga giliran aku. Syukur. Tapi yang best wife aku belum buat kad merah lagi. Dia pun konfius nak buat kat mana. Aku tak naklah mendesak sangat. Biar dia yang pilih sendiri. I follow jer. Haha. Apapun doc. kata memang ada risk la kalau naik plane sebab waktu berangkat tu baby lum masuk 3 bulan lagi. Tapi wife yakin yang dia kuat. Hasrat dia kan. Tak apalah.
Wahh...untunglah baby dah dapat melancong ke Bandung walaupun masih dalam pewut. Hehe. Apapun cuma mampu berdoa agar semuanya selamatlah ek. Ada rejeki boleh jumpa 'tetamu' kat sana nanti, ek bukan tetamu, tapi tuan rumah. Mudahan. Erm, tu cerita part happy lah kan. But suddenly, something was happened. Sorenya dalam lepas maghrib gitulah. Pewut wife tetiba je terasa sakit yang teramat. Memang risaulah kan, bimbang keadaan baby dalam pewut tu. So tak nak ambil risiko, kitaorang pun pergi ke klinik yang sama semula. Doc. pun agak terkejut juga. "Muka meka lagi" mungkin terdetik dalam hatinya lah kan. Agaknya lah. Mandai je aku ni. Periksa punya periksa Pn. Doc. sahkan yang wife aku diserang gastrik. Pulak. Wat to do. Lepas ni kena lah hati-hati.
Kata doc. tu normal bagi sesetengah bakal ibu lah. Apabila over excited badan akan mengeluarkan jus gastrik secara berlebihan, then kena gastrik lah. Doc. kata lah lebih kurang macam tu. Doc. suruh admit masuk hospital, tapi wife tak mahu. Aku tahu dia takut. So, ambil ubat aje lah. Tengok keadaan macamana dulu kan. Sampailah semalam keadaan masih belum sembuh sepenuhnya. So kena ke klinik lagi. Tapi kembar dia yang tolong hantar. Aku terpaksa ke site di Muo sebab ada masalah yang perlu diselesaikan di sana. Kali ni doc. bagi masa sampai hari ni jer, kalau tak elok juga kena juga masuk wad. No excuse. Jadi dapat rehat sampai hari ni la. Harapnya, sembuhlah. Sian baby dalam pewut tu. Dapat makan bubur je selagi ibu dia tak ok. Hehe. Tak apa.

0 comments:
Post a Comment