Hampir Ke Penghujung...

Ehem, erm...erm...lately ni aku ada blur sikit la. Tak tahu lah kenapa. Nak kata terlebih makan kambeng golek tak jugak. Haha. Ye, nampaknya sekarang ni kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan ni. Tinggal 4 hari jek lagi nak menyambut Bulan Syawal. Time ni lah kena tengok balik check list kan, apa yang belum diselesaikan dan time-time macam ni lah biasanya staff-staff opis aku ni moody semacam je termasuk lah aku sebab tak dapat bonus lagi. Hahaha. Bos aku ni memang suka bagi last minute. Pada aku tak ada masalah. Hikmahnya, tak lah nak perabih sangat. Alhamdulillah ada sumber mengatakan, ada rejeki bonus tahun ni. Tapi tak tahu lah sikit ke banyak. Redho je lah nanti. 

Lagipun tahun ni sambut agak sederhana saja. Baby aku pun dah berusia 5 bulan kan. Malam tadi pergi cek dengan doktor so far semuanya ok. Cuma berat badan wife jek turun 2kg. Sepatutnya makin naik dalam lingkungan 65kg, ni jadi 61kg plak. Hehe. Maklum lah kan, berpuasa. Keadaan kepekatan darah pun pada paras yang ngam-ngam jek. So, kepada wife ku, "makan sayooo...makan sayooo"...haha. Susah orang tak makan sayo ni. Hehe. Yang penting keadan baby sume ok. Pembesaran sempurna. Best tengok baby bergerak-gerak. Siap nganga mulut lagi. Tengah mamam kot. Haha. Ye lah baby pun nak buka puasa juga. Ni namanya pendidikan sejak dalam kandungan. Baby aku dah belajo puasa tu.

Dan lagi baru dapat tahu yang rumah baru aku akan siap bulan Disember ni. Itu lagi lah kan. banyak belanjanya tu nanti. So kena lah berjimat cermat dari sekarang ni. Harap dipermudahkan lah rejekinya tu nanti. Cakap fasal rejeki ni, bila nak raya jek, pastinya kereta aku pun nak raya jugak. So, nak tak nak kena entertain beliau jugak. Rejeki beliau lah kan. Dah lama rasanya aku biokan kesan dari kemalangan yang lepas tu. Kebetulan pulak kompressor air cond pun dah meradang. So, untuk kesejahteraan sepanjang perjalanan semasa berhari raya nanti, kena lah repair kan. Kang sangkut kat mana-mana masa hari raya nanti tak ke laut jadinya. So, sekarang ni kat wad lagi. Still waiting.

Nasib baik en. pegawai bermurah hati nak pinjamkan blackheart dia. Hehe. kalau tidak patah lah kaki juga. Harap cepat lah siap kereta aku tu. Sepatutnya esok siap. Tak sabo plak nak tengok new look beliau. Hehe. Dan yang penting memang segan lah nak pakai kereta en. pegawai ni lama-lama kan. Bimbang terjadi apa-apa. "Bini" en. pegawai tu. Di tatang bagai minyak yang penuh. Nanti saye kasi minyak penuh ye en. pegawai. Dun wori lah. Hehe. Dah dekat seminggu juga lah aku merono merene dengan kereta en. pegawai ni. Risau-risau. Harap semuanya berjalan dengan lancar lah. Tapi musim ujan ni, macamana agaknya nak cat kereta aku tu ek. Huu. Pandai-pandai lah ye en. pomen. Dah janji esok siap kan.

Apa-apapun, di minggu terakhir bulan puasa ni, kena lah lebih berhati-hati dalam semua perkara yang kita lakukan kan. Tak kira lah apa benda. So, selamat lah membuat persiapan terakhir yek, aku pun tak abis kemas rumah lagi ni. Nanti tiba-tiba tuan rumah sampai tak kelam kabut jadinya. Aduhh. Biasa lah kan, rumah hotel. Hehe. Tapi hari ni, aku mood pening + mim aliff lam sim. Ingat nak coti jek dah ni. Haha.


0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top