Pertemuan Pertama Dan mungkin Yang Terakhir...

Pada malam raya ke-6 lepas (Sabtu malam Ahad - 3hb September 2011/5 Syawal 1432H) Kedatangan tetamu yang dinanti telahpun tiba. Ketidaksabaran menanti telah pun berbalas. Mana tidaknya memang sudah lama tidak bertemu. Kali ini istimewa sedikit. Aku diberi tahu oleh orang yang pertama turun bahawa 7 akan menyusul dan yang ke-7 adalah yang tidak pernah turun. Tertanya-tanya kami. Tapi aku sudah merasa siapakah dia. Kuat instinct aku. Dan kali ini juga yang turun adalah yang jarang turun. Salam perkenalan.


Seingat aku selepas mereka pulang ke halaman mereka 2-3 bulan lepas, memang aku langsung tidak berjumpa mereka. Lain lah orang yang di kampung, ada juga lah bertemu walaupun sebentar. Mereka mempunyai misi mereka sendiri dan mereka berpuasa di halaman mereka. Dan sekarang kami berasa berbesar hati mereka pulang ke mari untuk berhari raya. Ingat lagi mereka pada kami. Rasa lega. Tapi kunjungan kali ini ada lah mungkin yang terakhir. Mereka akan terus pulang ke sana. Sungguh sedih rasanya.

Mungkin akan datang kami berhubung dengan cara yang berbeza, itu jaminan mereka. Tapi tidak akan kerap. Jadi lah...cukup lah...asal terlepas rindu. Asal bisa bertanya-tanya. Asal bisa rujuk merujuk. Selepas ini, apa yang akan terjadi, penyelesaiannya adalah atas dasar kesatuan dan kepaduan kami sekeluarga. Itu pesan mereka. Mereka juga amat berat untuk meninggalkan kami. Tapi tugas mereka jauh lebih penting. Dari yang pertama, hingga lah yang ke enam. Ketawa gembira, ujian diberi. Gagal, diberi peluang lagi. Cetek aku.

Mendalamnya maksud kata-kata, memang sukar difahami. Nasihat dijunjung, Hanya angguk dapat dibalas. Saat ke-7 akan datang yang ke-6 menjeling aku dengan penuh makna. Nah, aku kenal benar jelingan itu. Rasa seperti ingin mengalir air mata ni. Dan akhirnya, penantian aku tiba juga. Yang ke-7 datang memberi salam lembut. Menepuk-nepuk bahu aku dan mengusap umbun-umbun ku. "Sudah, jangan menangis, alhamdulillah dengan izin-Nya bersatu antara 2 alam, terima kasih kerana diberi peluang." Masa begitu pantas.

Tak terkeluar kata-kata dari mulut aku. Katanya, "Masa tidak begitu mengijinkan dan ini pertemuan pertama, dan mungkin yang terakhir" Tidak mengapa asal aku tahu dia sudah berada. Meniggalkan kami dengan segenggam buah tangan yang tidak dapat dilihat tapi cukup merasa kasih sayangnya. Aku cuma berharap agar dapat diketemukan lagi. Tidak puas rasanya berbicara dengannya. Apapun banyak yang perlu dipelajari. Tentang hidup dan tujuannya. Tapi aku tetap manusia biasa yang agak lemah. Mungkin 1 hari nanti.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top