Apa Dia!! Nak Pau???

Di sebabkan gue merajuk dengan abang polis trafik yang tanpa kebenaran suka-suki meng"snap" gambar kereta gue masa kat hi-way 3 bulan sudah sampai gue kena saman, gue pun tak ada mood nak menulis kat blog ni. Ngerti!!!. Hahaha...tak adalah, tu semua alasan belake. Opkos lah itu bukan punca utama blog aku agak bersawang jap. Bukan apa, lately ni kurang ada mood ditambah pulak dengan kesibukan keluyuran merono merene nyambil cari ilham, jadinya tak berkesempatan nak menulis. Lagipun tiada apa yang agak super menarik berlaku. Yang menarik tak ada, yang menolak adalah. Tak nak cerita tentang menolak tu. Tak membina langsung. So full stop. Sekian terima kasih. Tapi aku tengah cari apa puncanya. Hehe. Hmmm....arrr....kira kifarahlah ni.

Nak dipendekkan ceritalah kan, dalam minggu lepas wife aku ni kira macam super mengidam nak makan pau daging yang macam Pau Ahmad tu. Ingat lagi tak? Ala...Pau Ahmad lah. Kalau tak ingat jugak, wes karepe lah yek. Pada mulanya aku fikir, "alah setakat pau daging, celah gigi je nak cari" Haha. Kira agak berlagak sombong lah gayanya. Sekali aku pusing punya pusing tak jumpa jugak. Ha! tu lah, berlagak lagi. So tak dapat nak tunaikan hasrat wife aku tu lah. Sian dia, kecewa agaknya tapi control cun lagi. Macam aku tak tahu. Haha. Esoknya pesan lagi, lusa pesan lagi. Tak dapat juga berjumpa dengan en. pau ni. Dah pupus ke apa en. pau ni? So, pada hari Khamis lepas aku kena out station ke Muo. Baru aku ingat kat Hentian Sebelah  Simpang Renggam ada orang jual pau kukus ni. Harap-harap meniaga lagilah adik pau tu. Hehe.

So lets cekidaut!!! cek..cek...cekidaut....(gonjol aku ni)


So masa on d way balik ke JB dari Muo aku pun dah set kat kepala otak aku ni misi mencari pau kukus kat Hentian Sebelah Simpang Renggam harus diteruskan. Kalau tak set nanti aku lupa. Maklumlah dah agak tua ni kan. Dan dah dekat dah ni. Jom singgah. Masa dah time ni. Harap-harap ada lah.

Bila sampai sini je aku dah tersenyum dah. Hah! ada orang berniaga. So kebarangkalian en. pau pun mesti ada kat sini. Dulu masa jaga projek kat Simpang Renggam aku selalu lepak sini kalau balik dari site. Menu aku kat sini mestilah pau kacang dan jambu batu potong 2 bungkus. Wajib tu. Kalu tak menggigil. Haha.

Itu dia, kenal benar aku dengan budak yang jual pau tu. Selamatlah aku. Alhamdulillah, tak lah ngences lagi baby R aku. Hehe. Dengan tak membuang masa aku pun beli dan terus memecut kereta tapi dengan sopan ye untuk mengelakkan dari disaman lagi. Hoho. Time is running out this time. Mesti sampai JB sebelum pukul 6 lah.

Erk!!! mana gambar pau yang hensem tu? tak sempat nak snap lah plak. Wat to do. So tersenyumlah my wife. Hoho. Lega.


0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top