Kadang-Kadang...


Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita semacam mengharap keajaiban dari Dia. Tapi itu lah yang pipih tak akan datang melayang dan yang bulat tak akan datang bergolek.


Bila Qarin Sudah Pandai Tidur Meniarap...

Ala tomei-tomei, petang ni Qarin dah pandai tidur meniarap lah. Tapi bukan lah dia meniarap sendiri. Tapi ibunya lah yang tiarapkan dia kan. Hmm..lena pulak dia tidur macam ni.

Wah..bam-bamnya dia..makin hari makin mok nampaknya. Tak kan makin kurus kot kan. Nanti orang kata tak pandai jaga plak. Hehe. Apapun Alhamdulillah, yang penting Qarin sihat je lah.

Didik Anak Sebelum Dan Selepas Tidur...

Juz want to share this article...

1. Bersihkan diri sebelum tidur.
i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum  tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).


2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah : 
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.


Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.


“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

Owh..5 Tahun Sudah...


Alhamdulillah, hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Tu pun aku hampir terlupa, biasa lah kan, lelaki ni cepat lupa tentang perkara-perkara penting macam ni. Maklum lah, aku bukan jenis lelaki romantis idaman malaya. Hak..hak. Pagi-pagi tadi wife aku wish dolu sementara aku dok godek-godek laptop nak menyiapkan projek aku tu. Nasib baik wife aku memang faham sangat perangai aku ni. Pelupa pulak tu sekarang. Apa nak jadi ntah. Kalau tak, mau muncung sedepa. Hehe.

Tahun ni, Alhamdulillah dapat hadiah yang cukup bermakna bagi kami. Kini muncul Muhammad Qarin Rifqi bin Roysofian sebagai teman pendamping dalam hidup kami. Sesuai lah dengan maksud namanya. 4 tahun lepas dok berdua je, sekarang dah bertiga menjadi teman pendamping kami. Memberi keceriaan dalam hidup kami. Apapun kami selalu berdoa agar dia dapat membesar dengan sihat dan dalam keadaan sesempurna mungkin. Sebagai ibu dan abah kami akan cuba yang terbaik untuk manfaat hadiah kami tahun ini dari pencipta-Nya. Syukur.

SeLaMaT HaRi UlAnG TaHuN PeRkAhWiNaN YaNg Ke-5
(16-02-2007 - 16-02-2012)

(: abah sayang semua :)

Bila Balik Dari Kerja...

Hari ni berpusu-pusu mengejar appointment. Cari rejeki lah katakan. Dok bincang-bincang sambil pekena kopi O ais. Borak-borak, ketawa-ketawa tengok jam dah pukul 1. Cepat betul masa berlalu. Nak kena bekejar ke Pontian pulak ni. Sebelum tu tapaukan nasi ayam dolu untuk wife. Dapatlah jenguk Qarin jap. Lepas tunaikan apa yang patut terus meluru ke Pontian. Hmmm..perut tak isi lagi tapi tak apa lah, selesaikan kerja dulu then baru makan. Kalau pergi Pontian ni masa on d way balik aku suka pergi 1 gerai cendol ni. Kedainya bobrok je tapi cendol dan nasi lemak singgit dia memang ada kelas ko jah! Hari ni rekod makan nasi lemak 3 bungkus. Haha. Memang penat rasanya hari ni. Panas terik plak. Tapi bila sampai rumah je..........

Wife tunjuk gambar Qarin tido macam ni. Lasak betul dia tido. Tak cukup tilam sampai. Hehe.


Dan yang ini paling best. Pandai pulak dia tido beralaskan tangan dia. Bijak betul lah anak abah ni. Hehe. Shupper Shomell Lah.

Hilang terus rasa penat bila dapat tengok anak. Menambah kan lagi aura kekuatan untuk aku memberi yang terbaik untuk mereka. So, kena kerja lebih keras dari biasa. Alhamdulillah, appointment tadi membuahkan hasil. Rejeki Allah ada di mana-mana. Malam ni kita kerja overtime lah. Kejor due date nampaknya.

Apa Nak Letak Entry Ye?...

Hmm...hari ini bermula dengan agak begitu ketat jadualnya. Pagi-pagi seawal 7.ooa.m. dah siapkan Qarin untuk appointment dengan doktor hari ni. Ye lah, dah sebulan kan kena lah cocok hari ni. Ibu abah dia pulak yang risau macamana agaknya keadaan Qarin nanti ek kena cocok? Pukul 7.30a.m gerak keluar ingat dapat lah setel awal kan. Sekali bila sampai dalam pukul 7.40a.m lah kat klinik gomen tu dapat no giliran 21. Mak aih, pukul berapa agaknya mereka ni keluar rumah ek? Berangan lah nak dapt no. 1 kan. Hehe. Gedebak gedebuk pukul 9.3oa.m. baru selesai semuanya. Kira lama juga di situ. Tapi yang penting Qarin juz menjerit bila jarum suntikan tu tembus dikulit pehanya yang semakin gebu tu. Lepas tu dia terus senyap. Terperanjat agaknya. Baru lah hero namanya kan.

Anak abah makin bam-bam. Dolu keluar 2.8kg dan sekarang lepas sebulan berat badan dah naik 4.1kg. Wahh...suka-suka.

Agak serik juga di situ sebenarnya. So, lepas ni kitaorang decide nak buat check up Qarin kat Perdana Maternity jek. Tak apalah berbelanja lebih sikit yang penting kualiti masa tu agak terjaga sikit. Sebenarnya kalau diikutkan appointment dengan Doktor Isa kat Perdana Materity tu 11hb Februari tempoh hari. Ni kira xperimental lah nak tengok kondisi macamana kan kat klinik gomen. Bukan aku kata klinik gomen tak bagus. Sangat bagus, perkhidmatan percuma, doktor pun baik, nurse baik cuma tak salah kan pergi swsata kalau ada sedikt kemampuan. Nak jaga kualiti masa tu je. Terpulang pada mereka dan keluarga mereka lah kan. Kompeni kami bukan suka-suka boleh keluar ikut suka. Semua ada time frame yang agak ketat. Dan yang penting aku dah tak ada coti.

Then lepas je selesai semua urusan kat klinik tu aku pun terus bergegas ke KDN Taman Setia Tropika untuk ambil Mykid Qarin lah. Kebetulan siapnya hari ni. Nasib baik dekat je dengan klinik yang  kami pergi. Punya lah ramai manusia kat KDN ni. Tapi nasib baik urusan aku ni cepat sebab tinggal nak ambil je kan. Tak sampai 10 minit pun. Cuma penat berjalan je lah sebab kena parking agak jauh. Full house memanjang. Then masa untuk pulang sebab Qarin dah terkebil-kebil matanya tahan ngantuk. Hehe. Tapi urusan aku masih belum selesai. Ada satu lagi tugasan yang perlu aku selesaikan hari ni. Apapun  sediakan apa yang patut then hantar wife dan Qarin balik dolu.

Then, aku teruskan misi aku sendirian ke TNB Pasir Gudang untuk langsaikan deposit meter elektrik untuk rumah baru aku tu. Hehe. Cuaca hujan pulak hari ni setelah hampir 2 minggu hujan tak turun. Alhamdulillah lah kan, sejuk sikit bumi JB. Dekat 1 jam juga aku kat TNB ni. Wat to do. Kena ikut prosedur kan. Yang penting selesai semuanya. InsyaAllah 2-3 hari lagi dapat lah bekalan elektrik kat rumah aku tu. Hmm, rasa tak sabar pulak nak pindah. Tapi apapun kena buat renovation dulu then bila dah siap baru lah pindah. Cuma kewangan agak ketat sikit buat masa ni. Laju je keluarnya. Kadang-kadang risau juga kan. Tapi harapnya adalah sumber rezekinya tu nanti. Mudahan lah dipermudahkan.

Selesai juga akhirnya. Mykid Qarin dah dapat dan deposit bekalan elektrik dah bayar. Next stage to be continued. Hehe.


nota kaki cagu : penatnya rasa badan malam ni...beradu dolu lah...kang malam nak kena entertaint Qarin. Hope malam ni dia tido lena lah.

Qarin 1st Ride N 1st Toys...Hehe...

Semalam genap usia Muhammad Qarin Rifqi 30 hari. Kalau dihitung dah cukup abis pantangnya lah kan. Tapi ibu dia kena tunggu lagi 14 hari baru abis pantang. Tapi semalam entah apa angin aku dengan wife decided nak keluar pergi jenjalan. Haha. So, decided nak pergi JJ Bukit Indah lah. Alang-alang tu boleh cari barang Qarin kan. Jadinya nak dijadikan cerita lepas Asar baru we all gerak lah. Sampai-sampai je terus pergi  tempat baby. Betul lah kata orang kan, bila dah ada anak ni, kira anak mesti didulukan. Dah tak singgah booth baju ke kasut ke untuk ibu abah dia. Haha. So, apa yang dibeli ek??

Yepp..this is Qarin 1st ride. Boleh drift nih, dun play-play. Sebab Qarin dah tambah montoks so abah belikan Qarin ride ni lah. Maklumlah, tangan abah ni kudut nak gendong Qarin lama-lama. Hehe. Bleh??? Ada-ada jek abah ni ek!

Yang ini ibu dia beria-ia nak belikan. So, it's Qarin 1st toys lah. Hehe. Ingat bila dah belikan ni tak lah dia nak 'ngempeng' jek lagi kan, konon nak khayalkan dia lah, tapi tak jalan juga. Yek lah, dia belum pandai main lagi. Hehe. Esok-esok nanti pandai lah dia.

Owh...HaPpY BiRtHdAy To My Wife...


JuZ WaNnA SaY HaPpY BiRtHdAy To My WiFe Or SeLaMaT HaRi UlAnG TaHuN YaNg Ke-31.

Ermm...nampaknya tahun ni tak dapat nak celebrate sangat lah kan coz wife masih dalam pantang lagi. Apapun sempat lah juga cari hadiah untuk wife tadi. Cilok-cilok masa yang singkat tu. Tapi tak tahu lah dia suka ke tak. Hehe. Tak apa lah, For me, i'm juz wanna be a gud husband. Kira gamble je lah beli hadiah kan. 
Hope she really like it lah. XoXo.

Owh...Baru Aku Tau...

Masuk umur aku 31 tahun baru aku tau yang hari ni lah sebenarnya Tahun Baru Cina diraikan. Masa aku belek-belek pesbuk petang tadi ada kelik aku berbangsa cina dok upload gambar susun telur yang berdiri. Aku pun torai lah kan. Mula-mula tak jadi. So aku pun chatting lah dengan Ms. Tan tu. Nak kan kepastian apa sebenarnya yang mereka ni buat kan. So, dia cerita lah serba sedikit. Dalam Kalender Lunar sebenarnya hari ni lah perayaan sebenarnya untuk sambut Raya Cina di mana medan magnet bumi sangat kuat. So, nak uji kesahihannya tu maka diaorang pun "mendirikan" telur. Aku pun nak lah torai kan. Biasanya bila ada gerhana jek orang buat macam ni. Ye tak?


Ms. Tan kata kena ada "kungfu" baru dapat diri kan telur tersebut. Kena sabar sikit lah then akhirnya aku berjaya "mendirikan" sebutir telur. Yeah!!! Ms. Tan siap call aku tanya berjaya tak. Dia kata sejak kecik lagi nenek moyang diaorang ajar mereka tentang perkara ni, kira jadi permainan diaorang lah bila waktunya  tiba dan aku baru tau la ni. Haha. Itu kepercayaan bangsa dia lah. Bagi kita umat Islam, ini lah salah satu kebesaran Allah. Rahsia alam. Subhanallah. Kita tengok tahun depan berjaya ke tak ye. Owh Ms. Tan kata masa untuk dirikan telur ni start dari pukul 11.oo pagi tadi sampai lah pukul 11.oo malam nanti. Ms. Tan dirikan 13 biji telur. Aku sejibik je. Haha. So, kiranya pukul 11.oo malam nanti ni dengan sendirinya telur tu akan rebah. Ni yang aku dok tunggu ni. Hehe.

FYI ; mata saye dah ngantuk, lambat plak nak pukul 11.oo ni. Baby Qarin dengan ibu dia dah lena dah. Akhirnya jam 11.oo pun berlalu dan telur itu masih belum rebah dengan sendirinya. Wallahualam. Tengok esok je lah. Jom teman Qarin tido lagi best. Hehe.

Bila Qarin Semakin Mok...I Loikee...


Erm...semakin sihat nampaknya anak abah ni. Geram tengok peha dia. Macam nak geget jek. 2-3 hari lepas kena selsema, sian tengok susah nak bernafas. Tapi dapat petua dari internet kena sapu kunyit hidup kat hidung dia. Then sapu lah kan, abis sarung tangan dia kekuningan dek asik menggaru hidung je. Nak bedung sure menjerit. Alhamdulillah mujarab nampaknya. Lega rasa. Mana taknya kan, baby selsema mana lah tau nak buang lendir kat hidung tu. Hopefully lepas ni tak kena lah lagi kan. Mudahan sihat lah yek. Cuma sekarang ni nak tido kena pok-pok dolu. Betul-betul lena baru boleh letak kat cort dia. Kalau tidak bulat balik lah mata dia. Manja betul anak abah ni. Mana tak nya, mak aku cakap dolu-dolu aku masa kecik macam tu lah. Asik nak ngempeng je kerjanya. Like father like son kata sepupu aku. Haha. Redha je lah. Kaannn.


Then petang tadi si Qarin ni dah kuat angkat kepala. Wahh!!! cargas anak abah ni. Tapi masih agak bergoyang-goyang lagi lah. Belum nak kuat sangat. Tak apa lah, hope dia akan jadi kuat lah yek, jangan lembek macam abah dia ni. I mean, kudut. Haha. Kadang-kadang rasa tak sabar nak tengok dia membesar. Tapi kena lah sabar kan. Yang penting lepaskan  masa berpantang ni dolu. Dah sebulan lebih esok usianya lagi lah seronok. Budak dah kuat kan. So, boleh lah gurau-gurau kasau sikit. Kata anak lelaki, kena lah gurau kasau sikit kan. kata orang tetua lah. Tapi tak lah sampai nak lambung-lambung macam Mail Lambung kan. Agak-agak sesuailah kan. Dan yang penting cepat-cepat ye Qarin tumbuh rambut depan tu. Hehe. Baru lah lagi hencem. Sekarang pun dah hencem kan. Bila rambut depan tu dah lebat lagi lah hencem nanti. Boleh???

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top