Semalam genap usia Muhammad Qarin Rifqi 30 hari. Kalau dihitung dah cukup abis pantangnya lah kan. Tapi ibu dia kena tunggu lagi 14 hari baru abis pantang. Tapi semalam entah apa angin aku dengan wife decided nak keluar pergi jenjalan. Haha. So, decided nak pergi JJ Bukit Indah lah. Alang-alang tu boleh cari barang Qarin kan. Jadinya nak dijadikan cerita lepas Asar baru we all gerak lah. Sampai-sampai je terus pergi tempat baby. Betul lah kata orang kan, bila dah ada anak ni, kira anak mesti didulukan. Dah tak singgah booth baju ke kasut ke untuk ibu abah dia. Haha. So, apa yang dibeli ek??
Yepp..this is Qarin 1st ride. Boleh drift nih, dun play-play. Sebab Qarin dah tambah montoks so abah belikan Qarin ride ni lah. Maklumlah, tangan abah ni kudut nak gendong Qarin lama-lama. Hehe. Bleh??? Ada-ada jek abah ni ek!
Yang ini ibu dia beria-ia nak belikan. So, it's Qarin 1st toys lah. Hehe. Ingat bila dah belikan ni tak lah dia nak 'ngempeng' jek lagi kan, konon nak khayalkan dia lah, tapi tak jalan juga. Yek lah, dia belum pandai main lagi. Hehe. Esok-esok nanti pandai lah dia.
0 comments:
Post a Comment