Whoooppp...tetiba plak!! akceli baru lepas tiba dari Muo Bandar Di Raja, so faham-faham aje lah aku kat mana sekarang ni kan. Hehe. Tiba-tiba je terasa nak menulis kat sini. Ermm...sambil menahan sakit kepala aku cuba memerah otak yang agak kering ni untuk menulis. Kat Muo hujan agak lebat tadi so secara automatiknya aku bermain dengan hujan lah kan. Tu yang sakit kepala ni. Sekarang pantang kena hujan sikit dah sakit kepala. Apakah tandanya itu? Sendiri mau ingat lah.
So, berkisar tentang hari minggu yang berlalu semalam bermula dari awal pagi keluar sampai lah ke malam baru nampak jalan pulang. Macam biasa lah, hari minggu je can aku nak pergi tengok rumah aku yang tak siap-siap tu kan. Haish!! bila nak siap ni? cenggitu juga rupanya. Nak snap gambar pun tak ada sun lah orang cakap. Macam tak ada progress plak. Bio betul ini kontraktor??? Tak apa, kita tengok lagi 2 minggu apa dia mau buat dengan itu rumah. Gue dah plan nak pindah hujung April ni.
Hati pun ada panas sikit tapi aku bukan lah jenis yang suka nak bising-bising kan. Dah alang-alang kat area Pasir Gudang ni so amik keputusan ziarah kawan-kawan lah. Bila dah agak berumur ni rasa lain macam sikit. Hubungan tu kena tambah lagi erat. Macamana nak cakap ek? Kalau kita tak ada esok, selain harap anak isteri, kawan-kawan lah yang tolong sampaikan doa nanti kan. Kawan-kawan lah yang boleh tengok-tengokan anak isteri kita nanti. Aku berfikir begitu. Orang lain tak tahu lah.
Kebetulan pulak 2 orang sahabat ni baru menambah bilangan cahaya mata kan. So agak tepat waktunya lah kan nak ziarah ni. Tengok orang baru bakal kawan-kawan Qarin kan. Hehe. Yang seangkatan dengannya nanti. Mana tau pergi sekolah yang sama nanti so boleh lah tengok-tengokan each other. Betul lah kata orang kan, besarnya hati bila ada orang ziarah kita, begitu lah sebaliknya. Ziarah dengan niat meanjangkan silaturahim lah. Kalau ziarah ada udang sebalik mee? Gimana sih?
Seronok berborak sakan sampai terleka putaran jam kat tangan. Sekejap aje dah lewat petang. Hujan pulak turun agak lebat. Memikirkan dah seperti berjanji dengan sahabat aku Md. Zulhaimi a.k.a Emu yang baru touch down dari Mekah Jumaat lepas setelah berjaya menunaikan ibadah umrah, aku gegerkan juga memandu ke rumahnya. Tak pergi karang rasa bersalah plak. Dah cakap kan. lagi satu, kalau tak hari ni bila lagi nak sampai. So teruskan aje lah niat tu. Qarin pun tak buat perangai.
Steady je dia walaupun asik "uk-uk" je dari semalam. Kembong agaknya. Bimbang juga hati tapi dia ok je, so jalan terus aje lah. Sekarang perangai lain pulak. Kalau nak tido tu mesti mengamuk dulu. Alahai anak lah anak. Botol susu tak boleh pisah. Haha. Haish tetiba rindu plak kat dia. Malam tadi bangun nak susu dah tak nangis dah. Pandai dia kejutkan abah yek. Entah bahasa apa dia pakai, tapi aku boleh terjaga. So, sebagai abah aku kena lah peka dengan bahasa dia kan. Tak gitu?
Apapun seronok berjalan semalam walaupun keadaan agak lembap basah. Yang penting Qarin pun kaki jalan macam ibu dia. Hahaha. So mudahan tak lah susah kalau nak berjalan jauh nanti. Perancangan macam dah berderet je ni. Bila dah bertiga ni macam ada satu perasaan baru. Perasaan apakah? Nak bercuti!!! yepp...nak coti je rasanya bawa Qarin jalan-jalan. Haha. Kalau ibu dia baca ni mesti berbunga je hati dia. Wink-wink. Tapi bergantung pada rejeki lah kan. Mudahan murah lah rejeki kami bertiga.
Ini cenderahati dari mekah. En. Emu bagi. Hehe. Harap ada lah plak rejeki aku dan family nak ke sana satu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment