Rentetan Singkat...

Assalamualaikum pembuka bicara pagi ni setelah hampir sebulan lebih tak menjenguk ke jendela hati aku ni. Sememangnya, rutin baru hidup aku sedikit sebanyak mengekang aku untuk terus menulis di sini. Tapi yek la kan, tak kan nak dibiar begitu saja kan. Dulu beria mahu menulis, tak kan panasnya sekejap aje. So, cuba sedaya untuk terus berada di sini mencungkil apa yang berlaku disekeliling aku.


Hmm..ok, sepanjang aku tinggalkan ruang ni sebenarnya banyak yang berlaku dalam hidup aku sebenarnya. Yang baik, yang buruk, yang molek, yang jengkel, yang manis dan yang pahit dan yang sewaktu dengannya. Apa yang berlaku kadang aku terlepas nak simpan dalam thumbdrive otak or benak aku ni. Terlupa lara begitu sahaja. Tapi aku cuba nak ingat balik sebab kalau aku tak tulis mungkin aku akan terus lupa langsung tanpa dapat aku hargai setiap apa yang sudah berlaku. Tak kira baik ke buruk aku rasa kita kena hargai sebab tu semua pengalaman kita.

First of all, semestinya tentang dunia pekerjaan aku. Hmmm...aku rasa inilah tindakan gamble aku yang paling berani aku pernah buat tahun ni. Haha. Berlindung disebalik wajah selamba aku, melepaskan apa  yang telah lama aku bina untuk keselesaan aku. Tapi bila aku fikir, untuk apa semua ini kalau hati meronta-ronta. Tapi itu lah, aku kuatkan hati melangkah keluar dari garisan keselesaan itu. Berserah saja or lebih tepat lagi bertawakkal dengan apa yang dirancang oleh-Nya. Pergi tanpa hujung yang pasti. Dengan keadaan berdolak dalih. Tapi saat itu aku pasti, rejeki adalah rahsia Dia.

Dan syukur alhamdulillah, apa yang aku rancang tidak menjadi dan perkara yang tidak dijangka pula terjadi dan akhirnya aku berada ditempat aku sekarang. Tidak terlalu selesa dan tidak terlalu menekan. Bersederhana. Lama kelamaan aku selesa bila begini. Cuma aku tidak boleh terlalu leka seperti sedia kala. Manusia kan. Aku pun tak pasti rejeki aku di sini sampai bila, tapi selagi mampu dan diperlukan aku akan coba untuk buat yang terbaik. Aku gembira dapat bergaul dengan orang yang hebat rejekinya tapi masih berselipar jepun bila masuk ke tempat cari rejekinya. Banyak yang aku belajar.

Secondly, mestinya tentang dia. Diam tak diam dah 11 bulan lebih umurnya. Hampir setahun. Bulan depan dah boleh potong kek katanya. Ibu dia lah excited kan. Abah dia cool je. Tapi pada masa yang sama mesti lah excited juga. Apa aku nak bagi yek? Tengok lah rejeki nanti macam mana kan. Alhamdulillah sepanjang 11 bulan menjaganya aku rasa aku telah beri apa yang terbaik untuk dia. Juga untuk ibunya cuma kadang kala terculas tu biasa lah kan. Terkenang balik saat aku mandikan dia seumurnya beberapa hari. Air tangan yang mengalir pengerat kasih sayang kami. Beso dah.


Sudah mula untuk belajar melaku sekel. Setapak dua memberi keriangan. Tak sabar melihat dia maju kedepan. Tapi biasalah cara aku biar dia belajar sendiri, tak mahu memaksa. Gigi sudah 4 batang diatas dan 2 batang dibawah. Manis bila tersenyum. Bulu mata lentik persis orang bertnya, "laki ke pompuan?". Haha. Harap bila besar "gagah" seperti namanya. Aku rasa dia ni garang orangnya macam ibunya. Kuat marah seperti abahnya. Abahnya marah, marah-marah  ngada jek. Haha. Tidurnya, sudah tak tentu masanya. Bila tidur tak cukup katil ibu abahnya. So, yang beso biar lah mengalah seadanya kerana dia lah raja di alamnya.

Realitinya, dapat perkhabaran gembira dari kampung yang adik bongsu aku si penggemar komik jepun ntah apa-apa ntah tu yang tak boleh masuk dek akal aku yang dah tua ni, mencipta sejarah dalam family aku when she's got flying color on her PMR result. 8A, great kan. Then apa lagi sesi mengepow abang kakak pun bermula. Hehe. Well, she's the only one. So, gigihkan juga lah untuk tunaikan permintaan. She deserve it kan. Kalau arwah abah ada.......

Adakalanya, perjalanan hidup kita ni susah dijangka dan ya lebih tepat memang kita tidak akan dapat jangka actual scene hidup ni. Semua tu rahsia Dia. Yang kita ada cuma pilihan je kan. Macam yang berlaku sekarang, aku semacam tak percaya adek aku sebijak itu. Mungkin kerana aku berjauhan darinya. Aku tak pasti cara dia belajar. Tapi bila aku balik kampung tu je la kerja dia. Komik..komik..dan komik. Tapi aku tak pernah judge dia dan aku tak pernah memaksa. Sebab pada aku tak kira pandai ke kurang pandai ke yang penting dihujungnya dadi "wong" opo ora? sebab aku pun sedar yang aku pun bukan pandai sangat. Kami cuma anak jawa yang biasa-biasa saje. Let her choice her own way.

Ini adalah perkara besar yang berlaku setakat ini, apa-apa yang yang berlaku dan berlalu yang putus bertaut kembali dan yang bertaut putus kembali ada lah lumrah dalam memilih kisah hidup. Namun family umpama air yang dicincang tak akan putus kecuali air tu jadi air batu kan. Hehe. So, jangan jadi hati batu or batu api. Tahun ini bakal berakhir tahun hadapan sudah mula menjengah. Umur pun dah makin meningkat. Apa yang terlepas cuba untuk kutip kembali. Yang berlalu biarkan berlalu. Macam bait-bait lirik "biarkan ia pergi...jangan dikesalkan...biar saja diriku...seperti yang pernah engkau lakukan dahulu...lalala..." kaann. Haha. Apa tajuk dia ntah. Nanti cari kat youtube.

nota kaki cagu : dun feel to write the kisah-kisah yang menjengkelkan...so be it...

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top