Kaedahnya...

Seronok sungguh hari ni mengemas rumah. Menyapu, mengelap, memvakum (ada ke bahasa ni???), mendekorasi dan sebagainya la. Sungguh puas hati dan sungguh penat sekali. Huhu. Namun kaedahnya bila aku terkena habuk, semput la jawabnya. Aduyai. Terpaksa beb. Tak kan nak tengok wife buat kerja sorang-sorang kan. Apa kaedahnya plak kaaaannn. Sampai la ke malam ni semput aku tak hilang lagi. Sob...sob...meleleh. Ni yang aku tak gemar ni. Kalau semput je aku ok lagi, tapi bila bab selsema ni memang aku tak boleh blah. Asik sedut-sedut je sampai terlebih oksigen ke otak aku. Pening jadinya. Macam nak cuti terawih je. Huhu. Tak mungkin. Sayang.


"Apapun aku enjoy mengemas tadi. Minggu depan mengemop plak. Hahaha. Ada sapa-sapa nak tolong tak?"




nota kaki cagu : huk aloh...ada lagi yang tak siap ke?
jawapan - banyak lagi pak, disebabkan tadi tak boleh nak handle semput ni kena la stop jap. Ahad ni sambung balik kasi licin itu rumah. sikit je lagi.

Salam Kemerdekaan Yang Ke-53...


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53
1 MALAYSIA 1 TRANSFORMASI





nota kaki cagu : merdeka!...merdeka!...merdeka!..awat lewat bagi ucapan kemerdekaan ni?
jawapan - wooo...semangat tu, baru sempat buka p.c. wak...

Apa Plan Untuk Esok Ye?...

Kata wife aku "bang, esok kita kemas rumah nak? minta tolong Arni jagakan stall kita macam base. Petang nanti kita sambung la.." Hehe.. Aku jawab seperti biasa "orait" tanda tanpa halangan. Huhu. Setelah bertanya kepada yang punya badan a.k.a staff aku akhirnya esok aku akan memulakan misi mengemas rumah. Haha. Nasib baik esok dia menyudikan diri bekerja dan bernasib baik juga memang esok cuti hari merdeka kan. Tapi masa pun singkat juga. Ye la tak tau esok boleh bangkit pukul bape kan unless tak sambung tido lepas sahur. That's the great way la. Tak apa la, kemas bahagian dalam je. Bahagian luar aku dah setel. Apapun yang paling aku "jeleh" masa nak buka langsir & pasang langsir. Boleh gaduh. Apapun apa yang penting, "kerjasama". Tinggi tu. Sakit tengkuk aku ni. That's the plan la.




nota kaki cagu : ala...alon-alon tor...nanti sok dah start, pandai la arrange nanti. macam tak base plak.
jawapan - baaeekk laahh...tak mau tolong kah???

Terima Kasih...

Terima kasih la kepada rakan-rakan niaga aku Pn. Dewi dan Cik Saloma (macam tak caya je nama dia Saloma..betul...mula-mula aku pun tak caya. Hahaha) yang sudi tengok-tengokan kedai aku ni sementara ketiadaan aku tadi. Kalau tak ada meka ni susah juga. Hmm...mana taknya sampai je tadi kena hantar staff aku ke kilang dia, maklum la part time. Dah perjanjiannya macam tu. So kena la kotakan. Hari ni aku kena jaga stall sorang-sorang la plak. Wife aku ada date dengan kawan-kawan sekolah dia. Kira reunion la. Tapi kejap lagi sampai la tu kaaannn. Kat sini sekarang ni aku cuma bertemankan nasi goreng kampung dengan teh O gelas beso. Hehehe.





nota kaki cagu : sebab tu la kita kena berbaik antara satu sama lain...ye tak?
jawapan - ye la, tak rugi berbuat baik sesama insan...

Nak Cat Ke Tak Ek...












Aduss...sempat ke kalau aku nak catkan rumah ni? Tinggal seminggu lebih je ni. Bukan setakat cat rumah apa persiapan hari raya pun aku tak prepare lagi la. Memang macam tak cukup masa ni. Upah orang je la suh cat. Tapi sapa yang nak beli cat tu ek? Aduyai...mumet-mumet. Tengok la nanti. Bila dah cat nanti, pastu tolak sewa. Hahaha. Idea yang bernas ni. Hmm..boleh dipraktikkan. Lagipun rumah sewa aku tu nampak dah huduh sangat kalau tengok dari luar. Hehe. Tapi dalam kira ok lagi. Ermm...rumput dah potong. Tinggal kemas dalam je la ni. Esok cuti merdeka pagi tu buat kejap la sebelum jaga stall. Bisa-bisa. Kang silap-silap tak cat juga.




nota kaki cagu : haa..jangan lupa plak servis kete tu? penting tu...
jawapan - ermm...ketenya udah di service ye pak...huhu...

Jaga la kesihatan...










Masa berbuka pose bersama sahabat-sahabat di rumah limas hari tu, kawan aku (emu) ada bagitau yang bekas majikan aku dulu sudah bertambah serius sakitnya. Khabarnya kedua-dua kaki beliau telah dipotong. Tahun lepas masa aku pergi melawat sebelum kaki kanannya masih belum dipotong. Tapi sekarang, beliau sudah kehilangan kedua-dua kakinya. Macamana agaknya dia menghadapi duagaan yang sebegitu. Umur muda lagi, sian kat wife & anak dia. Kencing manis, hmm...itu la kan. Antara penyakit yang seringkali menyerang orang-orang kita terutama yang kurang menjaga pemakanan yang sihat. 



Watuk-Watuk...Oh gigi ku..

Adakah? Apakah? Mengapakah? Huhu. Tiba-tiba je kena batuk-batuk ni apa kes plak? Semalam elok je. Ni mesti sebab selalu mandi malam banget ni. Ye la sampai rumah dah kul 11++p.m. Aku ni plak jenis pantang kalau tak mandi. Tak kira kul bape mesti aku mandi kalau lepas kuar. Kalau petang aku tak mandi la. Tapi kadang-kadang aku mandi juga walaupun petang dah mandi. Sebab tak selesa kuar peluh. Tu yang kena batuk ni kot. Aisey, wat to do. Kira kifarah la ni yek. Think +ve la.


"Gigi Oh Gigi..."

Pulanglah...

Tengah dok melilau mata memerhati keadaan sekeliling, telinga pula dingurat oleh lagu Aisyah "pulanglah" huhu. Begitu touching sekali. Tiba-tiba sayu pulok hati mendengarkan bait-bait senikata lagu ni. Hehe. Malam-malam cenggini plak tu. Hahaha. Apa kaedahnya aku merepek ni. biasalah, manusia sering tertarik dengan lagu-lagu yang boleh membawa mereka melayang-layang. Boleh gitu. Apapun dari dulu kini dan selama nya lagu ni la jadi penyedap halwa telinga aku bila menjelang aidilfitri. that's me.




nota kaki cagu : mula la tu nak feeling...kueng...kueng...kueng...
jawapan - mana ada pak..huhu..ojo torr..

Tidak Seperti Dulu...

Hmm..petang-petang macam ni kat sini memang kurang orang. Boleh dikira orang yang lalu lalang depan stall aku ni. Tu pun macam kenal je, patut pun orang yang sama. Haha. Jiran niaga dan orang maintainance je. Senyum je lalu depan, "tumpang lalu bang.." Huhu. Tapi ada la juga. Harap menjelang malam nanti ramai la. Amin. Tengah dok boring lepas beli juadah buka pose, teringat plak kisah-kisah zaman muda remaja dulu. Haah ek, kalau dulu, masuk minggu ke-3 pose orang dah sibuk nak pos kad raya la kan. Tak kurang juga yang dah menimbun dapat kad raya. Haha. Lagi-lagi yang jadi kasanova junior masa sekolah dulu la. Aku memang tak la. Eh ye ke. Huhu.

"Zaman dah berubah, dunia dah maju"

Terkena Juga...

Hmm. buat julung kalinya, aku tersasar terus daripada mendapat hikmah bersahur. Huhu. Terkilan betul la. Nak buat macamana memang tak larat nak buka mata. Wife aku pun memang tak sedar. Seteguk air pun tak sempat. Tersedar pun terdengar azan subuh masjid belakang rumah aku tu. Jam loceng kat handphone aku tu dah tak makan dek telinga aku dah. Selamba je walaupun handphone aku tu sebelah meja telinga aku je. Dua-dua handphone bunyi pun tak memberi kesan langsung. Di tambah plak dengan alarm handphone wife aku. Pun tak jalan. Hahaha. Sadis-sadis. Tak apa la, baru first time terlajak. Hopefully lepas ni jangan la tak sedar lagi. Nasib baik malam tadi dah back up dengan GCB kat McD. Boleh la.






nota kaki cagu : haa..kaaannn..nape tak tepuk bantal 3 kali diikuti dengan selawat masa nak tido?
jawapan - dah buat dah pak. tapi rasanya memang kepenatan banget nih. tapi mulai esok dah 10 malam terakhir. harap diberi kekuatan seperti tahun-tahun sudah. ye pak. amin.

Malam Yang Hangat...

Wachaaa...Hehehe...Meriahnya malam ni kat sini. Maklum la ramai dah sibuk buat persiapan hari raya. Hmm...bernafas la ckit walaupun di dalam lumpur. Alhamdulillah. Tengok orang ramai macam ni baru seronok dan meriah sikit. Plak tu dengan lagu raya berkumandang. Baru feel. Hahaha. At least kalau tak beli pun tak apa. Tengok dulu. Mana tau next time terbeli plak ke, kaaannnnn. Mudahan la. Mesti balik lewat malam ni. So kena sahur dulu kat McD la nampaknya. Takut esok tak bleh bangun sahur. Dah seminggu ni bangun sahur sempat minum air & makan kurma beberapa biji je. Ngam-ngam kul 5.30a.m. baru tersedar. Hehehe. Dapat la juga amik berkat bersahur ni. Kunci jam pukul 4.00a.m. pun tak larat nak buka mata. hehe. Penat banget.





nota kaki cagu : Jangan terlajak solat subuh sudah. memang la cari rezeki tapi jangan lupa tiang agama k.
jawapan - Huhu..yang itu tiada kompromi pak. wajib. insyaAllah memang tak tinggal.

Yang Berat...

Bila berada di stall ni macam-macam ragam manusia aku tengok. Memang memerlukan kesabaran. Nak layan kerenah pelanggan lagi. Huhu. Kalau ada yang cerewet tu. Pergh. Yang tunjuk lagak lagi. Ye la, kata "cutomer is alwayzz right" kaannn. Memang tak la. Kata budak-budak sekarang " tak bleh blah" rasa nak...eeee... Haha. Sudut positifnya, untung ada pelangan masuk daripada tak ada langsung orang datang kan. Lagi rasa berat. Apapun adat berniaga. Yang berat dijinjing bersama. Ringan la jadinya. Bak kata mak aku "kalu nak berniaga kena la ikhlas". Baik la mak. Hehe.






nota kaki cagu : baru ko tau susah nak berniaga kan..
jawapan - ye la..chaiyuk!!!

Bonus...Oh Bonus...

Sudah kedengaran bahawasanya pihak atasan sedang berbincang tentang pembahagian bonus RaYa kepada staff. Hehehe. Harap-harap ada la kan. Tak banyak sikit pun syukur la (Tapi Kalau Banyak Lagi Bagus) kaann. Itu la yang dinanti oleh setiap pekerja a.k.a kuli macam aku, kita dan yang seangkatan la. Maklum la, asal raya je musti pakai duit lebih. Orang kata setahun sekali. Asasnya jangan la terlalu membazir dan menyimpan. Mana la tau ada kecemasan nanti. Sapa nak tolong?. Betul tak?. Yang penting puasanya dulu. Hehe. Mengingati diri sendiri juga la ni. Apapun zakat fitrah jangan dilupa. Huhu.





nota kaki cagu : ko pun belum bayo lagi kan. ingat, bukan zakat fitrah je. yang len?
 jawapan - ye..ye memang belum bayo. aku try bayo hari ni k. tocey2 kerana  mengingatkan.

Sabtu Yang...apa ek....


Urgghhh...sungguh boringnya. "Nape la sabtu keje half day je, baik tak payah keje". Hehe. Tu la perkataan yang selalu diungkapkan bila sabtu menjelma. Tapi tu la hakikatnya. Bila fikir dari sudut positifnya pasti sesebuah organisasi tu ada alasan yang tersendiri dan dah tentu kukuh untuk memutuskan sesuatu. Company dia, dia punya fasal la kan nak suh keje ke tak. Dia yang bayo gaji. Hehe. Kita ni selalu merungut, jadi kurangkan la rungutan tu ye. Setiap detik masa tu terlalu berharga bagi setiap organisasi bagi menentukan untung ruginya. Bila kita berniaga baru kita tahu betapa pentingnya masa itu. Jadi tolong la hargainya k. Kira untung bagi half day. Petang boleh buat xtvt lain. Kalau full day lagi la merungut. Haha. Tolong la. 





nota kaki cagu : bes yang ko tulis blog hari sabtu tu macamana. curi tulang ek. kata hargai masa. hehe.
                                   jawapan - kata mood raya (alasan) hehe.

Tutup Kedai lagi...


Erm..semalam dah tutup hari ni pun kena tutup la. Baru petang tadi dapat berita yang staff aku tu tak buka kedai tengahari tadi. Kurang sihat pulok. Tak apa la. Dah sakit, tak kan nak paksa buka kan. Tapi petang baru dapat tahu tu yang tak best. Pasti ada hikmahnya ni. So sempena dgn tutup kedai lagi hari ni wife aku ajak berbuka di rumah ibunya a.k.a ibu mertuaku. hehe. Ok la, minggu lepas buka kat kampung so hari ni buka kat rumah mertua pulak. Adil bukan. Lagipun dah bertanya-tanya bila nak buka sana kan. Biasa la. Hati orang tua.

Akhirnya...

Entah kenapa hari ni idea aku mencurah-curah nak tulis kat blog aku ni. Nak balas dendam kot sebab dah dekat seminggu tak tulis kat blog ni. Hehe. Erm..akhirnya apa yang aku nak makan pada bulan pose ni tercapai juga walaupun aku main redah je booking kat Rumah Limas ni. Tak tengok pun apa menu dia. Dek kerana kelam kabut memenuhi permintaan sahabat-sahabat yang inginkan aku menguruskan majlis berbuka pose ni. Inilah menunya, daging kambing panggang, ayam BBQ, kupang BBQ dan Udang BBQ. Semuanya peberet aku. Rasa macam nak return blek je. Hahaha. Bukan senang nak dapat ni. Apapun kami enjoy makan kat sini. Berbaloi-baloi.




Berbuka...Bonding...Great...

Sahabat Sejati
Inilah waktu yang aku suka bila bersama kawan-kawan lama yang sejak dari zaman sekolah rendah sampai la ada diantara mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Aku je belajar tak tinggi, sebab malas. Hahaha. Tapi jadi manusia juga la. Mungkin memang telah ditakdirkan kami menjadi sahabat yang boleh berkongsi masalah, berkongsi makan, berkongsi bantal dan lain-lain la. Kadang-kadang sampai wife aku pun bengang dengan aku dek kerana melebihkan kawan dari dia. Tapi pada aku bukan macam tu. Cuba fikirkan. Hehe. Tapi alhamdulillah la, lama kelamaan wife aku pun faham.

Aku..Bukanya Superman..


Aku bukanya superman...aku juga bisa penat...huhu.. Kadang-kadang kita fikir yang kita ni boleh buat semua benda apa yang kita mahukan juga memenuhi kehendak sesuatu. Tapi tu la, aku ni manusia biasa yang kudud (tetap bersyukur...ada juga yang sayang walaupun...keh..keh.. - "ala-ala ketawa riak" "Astagfirullahalazim"). Tapi penat tak penat kena la harungi juga. Dengan harapan penat lelah kita ni akan terbalas dengan senyuman. Mudah-mudahan la ye. Sekarang ni, aku cuma berdoa, berusaha dan akhirnya bertawakal....... Amin Ya Rabbalalamin.


Terasa Lembek...

Badan terasa tersangatlah amat sengal dan sakit-sakit. Tetap nak manulis juga. Huhu. Ni disebabkan lepas je kawin hilang semua xtvt sukan ataupun riadah. Kalau bujang dulu, waaa..rajin ni pergi joging. Main ping pong ke, main badminton ke. Sekarang stamina pun dah hancus. Dah lebih 3 tahun juga la tak bersenam. Macamanalah badan tak sengal kaaann. Kata nak pakai lama. Huk-huk. Dari hari ke sehari kata "ahh hujung minggu g joging la", last-last, hampeh. Pergi sarapan melantak roti perata adalah. Haha. Ni lagi la bulan posekan. Lagilah tak dan nak bersenam (alasan). Zaman Nabi dulu siap pergi berperang. Menang plak tu. Apa nak jadi dengan aku ni.



Apapun azam lepas raya ni nak kenalah menjaga kesihatan dengan beriadah ke, apa-apa xtvtlah yang bleh menyihatkan badan ni. Dah la kudud. Kena tiup angin gerenti melayang. haha...sedar diri ni. Musti kena buat ni dari sekarang, bukan apa dah terasa simptom-simptom semput aku dah nak singgah balik ni. Aduyai...harap-harap jangan la bertambah teruk nanti. Aku tak nak makan ubat, pizza aku nak makan la. hik..hik.. So kena la cari membe yang rajin dengan xtvt-xtvt sebegini. Hmm..siapa ye. Haa..tau dah siapa. Tak lain tak bukan wife aku la (uik, rajin ke). Haha..buat teman je la. Harap-harap dapat la dilaksanakan ye. 

Bila...



Ermm...tak menyempat nak menulis kat blog aku ni sejak kebelakangan ni. Tapi hari ni aku gagahkan jua menggodek-godek apa yang patut. Nasib baik tak karat lagi blog aku ni macam "wall E". Hehehe.. Biasalah, sibuk dengan stall dan macam-macam lagi. Apapun rasa tak sedap hati bila aku tak jengah kat blog ni. Macam dah jatuh chenta plak. Hahaha. 








Diam Tak Diam....

Rasanya lama juga aku tak "memblogkan" diri. Bukan apa, cuma tak berkesempatan dek kerana sibuk dengan urusan dunia. Hehehe. Diam tak diam sudah seminggu lebih berpuasa. Pantasnya masa berlalu. Persiapan raya pun tak ready lagi. Tak start apa-apa pun. Sibuk dengan stall. So, tak ada masa nak fikirkan tu semua. Tak apalah, buat je apa yang sempat nanti.

Bacaan Al Quran Yang Sangat Merdu...

Merdunya...

AMARAN JAKIM - Hadith Palsu Solat Terawikh

AMARAN JAKIM - Hadith Palsu Solat Terawikh

KUALA LUMPUR: Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadilat solat Tarawih bersandarkan hadis palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadan.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.





“Hal berkaitan hadis seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Baru-baru ini, akhbar ini menerusi ruangan Surat & Emel menyiarkan rungutan pembaca, Rahman Ariffin dari Shah Alam yang bimbang kerana masih ada jawatankuasa masjid dan surau yang mengumumkan kepada jemaah fadilat solat Tarawih bersandarkan hadis palsu.

Rahman yang dukacita dengan tindakan sesetengah pihak yang menghebahkan kelebihan solat Tarawih mengikut giliran malam itu, meminta Jakim atau Majlis Agama Islam negeri supaya mengingatkan umat Islam mengenai perkara ini. 

Kelebihan solat tarawih mengikut hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya.


Tazkirah Jumaat - Batalkah Puasa Jika...

Perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati terlebih dahulu. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah:-

1. Menahan nafsu syahwat dengan menanggung lapar dan dahaga. Melanggarnya dengan sengaja adalah membatalkan puasa.
2. Menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Melakukannya adalah membatalkan puasa.

Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, selain itu WAJIB juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun beberapa perkara yang tidak disepakati, ia masih boleh diperbincangkan, cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramadhan sehingga menyimpangkan kita dari objektif Ramadhan.



Cik Muda Sofia Melawat Stall...

...Siapakah Lebih Kiut?...
Tentunya Sofia lah


...Terpaksa Pegang Tangan Ci Pya Coz Suka 
Sangat Masukkan Jari Dalam Mulut...



Bila Sofia Mula....


Hai...Sofia la Sofia...

HuK aLoH...Dah Kuar Lagu Raya...

Ada ke patut baru pose 2 hari dah kuar lagu raya kat Festive Street Mall tempat aku niaga ni. Huhu. Wat to do. Layaaaannn. :)

Ke..Ke..Kedamaian Yang Ku Cari...

Dalam hidup ini semua orang sukakan kedamain dan ketenangan. Termasuklah aku. Pada golongan yang tak termasuk tu aku tak tahulah nak kata apa, kan. So apa yang aku suka buat untuk dapatkan ketenangan tu ek? Salah satunya, menulis kat blog nilah. Tak ramai yang tahu fasal blog aku ni. Tak kisahlah, tujuan utama aku buat blog ni juz suka-suki. Tulis apa yang aku rasa dan apa yang aku alami. Lagipun baru belajo-belajo (orang muo) hehehe. Erm..lagipun netbook ni pun wife aku punyer, pinjam, huhuhu. Nak tunggu aku punya tunggu bizz aku masyuukk la kan. Yang penting aku rasa aman bila menulis or meluahkan apa yang aku rasa terbuku. Ya la, masing-masing ada cara tersendirikan. Kira kt sini macam diari aku la. Diari maya. Bleh ke? Biasanya diari rahsia ek. Tapi tak apa la. Siapa nak baca pun baca la. Siapa je pun. Hehehe. Ada ke? Paling tidak pun diri aku sendiri n wife aku. Haha.



Selain Dari memblog, aku juga suka mengeteh or mengopi. Lepak kat kedai mamak or mana-mana yang sesuai la. Secret Recipe ke, tapi jarang-jarang la. kalau ada keperluan baru la jumpa secret recipe ni. Bukan apa, jimat kos. Hehe. Tempat yang paling layak untuk aku adalah, restoren mamak. Aku pun tak tahu kenapa aku suka nak hanging out kat restoren mamak ni. Mungkin sebab restoren mamak ni selalu ramai orang lepak. So, nampak la meriah kan. Suka tengok gelagat manusia. Lagi satu restoren mamak ni la port orang buat biz MLM la..networking la..macam-macam lagi la. Haa..kan macam-macam ragam tu. Juz suka tengok je. "Kesungguhan" Mereka-mereka ni. Erm..lagi satu menu kat kedai mamak ni banyak. Ala..paling tidak aku order megi sup or megi goreng je + kopi O. Hehe. Hmm..aku pun tahu ramai juga yang tak suka kat restoren mamak ni. Salah satunya wife aku, dulu la. Tapi sekarang dah ok. Aku ajo. Hehehe. Bukan apa, yang penting kebersihan tempat kita nak menjamu selera la kan. Kalau bersih, jalan terussss.




sTaLL GuEnn...

...Antara Koleksi Handmade Bag Yang Ada Kat Kedai Aku...

...Dan Lagi...

...Inilah Stall Aku, Cute Tak?...


Pertama Kalinya Berbuka Di Stall...

...Sementara Menunggu Waktu Berbuka...

...Macam Makin Lentoq...

...Hampir Terlelap, Hehehe...


Idamanku...

...Sekadar Inspirasi...



...hmmm..menjadi idaman...





Antara Fakta Menarik...





1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. 

2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya  bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune. 

3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'. 

4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. 

5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman. 

6. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan. 

7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km. 


PeNaWaR HaTi....


NuRiRdInA SoFiA
- Semakin Nootty Dia Ni -

Semua Cuti...

Huhu...hari ni dalam sejarah aku berseorangan di tingkat bawah opis..second bos pn cuti..kerani pun cuti..aku n wife aku je yang tak cuti..ehem n bos beso..ikut hati memang nak cuti..tapi sebab nak spare cuti untuk raya kan..hehehe..kesabaran..hopefully dapat balik awal bulan pose ni..so tak lah aku terkejar sangat..mana nak "buka" n mana nak buka stall..

Adab Berpuasa dan Solat Tarawih

Adab Berpuasa dan Solat Tarawih

SeLaMaT MeNyAmBuT BuLaN RaMaDhAn Al-MuBaRaK...

Salam Ramadhan....

Salam, sila hafal dan sebarkan. Terima kasih. :) Aku cuma nak kongsi je, mane tau ada yang terlupa niat puasa. Ye la, puasa pun setahun sekali…
Niat puasa ramadhan :
niat-puasa
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat berbuka puasa :
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
niat-berbuka-puasa
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Kepada umat Islam, muslimin dan muslimah sekalian selamat menjalani ibadah puasa.:)

Alhamdulillah...Ramadhan Bersua Lagi...

Esok bermulalah 1 Ramadhan...moga aku dan keluarga sempat melalui bulan yang penuh dengan keberkatan ini...dan bersua lagi Ramadhan tahun hadapan...amin...

Hijjaz- Ramadhan Bulan Berkat

UNIC & In-Team - Kemuliaan Ramadhan

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top