Berbuka...Bonding...Great...

Sahabat Sejati
Inilah waktu yang aku suka bila bersama kawan-kawan lama yang sejak dari zaman sekolah rendah sampai la ada diantara mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Aku je belajar tak tinggi, sebab malas. Hahaha. Tapi jadi manusia juga la. Mungkin memang telah ditakdirkan kami menjadi sahabat yang boleh berkongsi masalah, berkongsi makan, berkongsi bantal dan lain-lain la. Kadang-kadang sampai wife aku pun bengang dengan aku dek kerana melebihkan kawan dari dia. Tapi pada aku bukan macam tu. Cuba fikirkan. Hehe. Tapi alhamdulillah la, lama kelamaan wife aku pun faham.

Masing-masing kekenyangan

kalau di fikirkan semula, asal berjumpa je berbangkit kisah yang sama. Kisah-kisah kenakalan dan pengalaman zaman persekolahan pasti diulang semula. Setiap kali berjumpa itu lah juga ceritanya. Tapi kami masih boleh ketawa terbahak-bahak bila kisah itu dibangkitkan semula. Kisah apa tu? Biarlah menjadi rahsia antara kami. Hehehe. Dan pastinya kami akan tetap ketawa bila kisah itu diceritakan semula. Mungkin menjadi bahan cerita untuk anak-anak kami atau cucu-cucu kami kelak. InsyaAllah la kalau panjang umur kaaannn...




Kemesraan Walaupun Baru Melalui Perkenalan Yang Singkat





















0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top