Akhirnya...

Entah kenapa hari ni idea aku mencurah-curah nak tulis kat blog aku ni. Nak balas dendam kot sebab dah dekat seminggu tak tulis kat blog ni. Hehe. Erm..akhirnya apa yang aku nak makan pada bulan pose ni tercapai juga walaupun aku main redah je booking kat Rumah Limas ni. Tak tengok pun apa menu dia. Dek kerana kelam kabut memenuhi permintaan sahabat-sahabat yang inginkan aku menguruskan majlis berbuka pose ni. Inilah menunya, daging kambing panggang, ayam BBQ, kupang BBQ dan Udang BBQ. Semuanya peberet aku. Rasa macam nak return blek je. Hahaha. Bukan senang nak dapat ni. Apapun kami enjoy makan kat sini. Berbaloi-baloi.






Dan calon seterusnya, En. crab masak black paper. Huhu. I LuV u la. Haha. Aku memang obses dengan En. Crab ni. Pulak tu ada sotong lagi. Yang taugeh tu sampinan je. Abis semua dah makanan laut. Kena la makan sayur jugek. Hehe. Kalau hidangan macam ni aku setel sorang pun tak ada hal. Ada ke membe aku cakap aku bela jin dalam pewut. Mana taknya, badan kudud tapi makan macam bukan orang kudud. Sebab tu la, Allah tu maha adil, walaupun badan kudud perut ku tetap boleh molor untuk menikmati rezeki Allah yang tak terhingga ni. Haha. Boleh gitu.


Terbaaeekk..ni la hasilnya. kan aku dah cakap aku bleh setel semua. Kome tak caya. Hahaha. Nasib baik cengkerang tu tak bleh dimakan, kalau tak aku rasa licin pinggan tu. Jari aku samapai kering nak makan semua ni. Hehe. Wat to do...aku ni kaki makan kaann. Tapi tu la, bertuahnya kita kat sini mewah dengan makanan yang hebat-hebat. Terfikir pula saudara kita yang di sana. Bagaimana agaknya. Syukur bumi kita telah merdeka. Sebab tu kita kena selalu bersyukur. Teringat juga apa agaknya yang mak dan abah makan kat kampung yek. Harap semuanya akan lebih baik. Amin...




0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top