Minggu lepas agak sibuk dengan rutin dan "habitat" biasa sepanjang hari dan sepanjang minggu. Biasalah kan, kerja dan masalah tidak boleh dipisahkan. Tak kiralah masalah peribadi ataupun masalah kerja yang boleh membawa ke masalah peribadi. Yang ini harus dielakkan demi kerukunan. Hehe. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya jika dipertimbangkan dengan sebaiknya. Tak gitu. Apapun cubalah sedayanya.
Apapun minggu lepas juga membawa perkhabaran gembira untuk aku dan juga orang-orang disekelilingku. Mana tidaknya kan, penantian selama 4 tahun akhirnya, masa tu tiba juga untuk giliran aku merasai panoramanya. Petang Sabtu lepas masa aku kat bengkel yang sedang jengkel dengan kereta aku, wife aku seperti tidak sabar nak jumpa aku kerana waktu itu dia di Angsana. Saja aku tinggalkan dia kat sana bersama kembarnya kerana bimbang dia bosan plak tunggu kat bengkel tu. Sampai je kat bengkel terus dia panggil aku.
Terusan dia tunjukkan aku menda dalam gambar tu la. "Bang, ayang pegnen" huh, aku macam terkaku sekejap "Alhamdulillah" aku membelek-belek pegnen test kit tu macam ye tak ye. Hehe. Itulah rejeki yang tidak terjangka. Kesabaran kami selama ni telah terbalas dengan anugerah dari Allah ini. Petang tu juga aku ke klinik berdekatan untuk mendapatkan kepastian. Alhamdulillah, semua test positif. Puan doktor mengesahkan kandungan wife aku dah 5++ minggu dan dijangkakan akan lahir pada 24hb Januari 2012. Hmm...waktu tu dan sampai hari ni aku tak berhenti tersenyum dalam hati. Orang pertama yang aku bagitau mestilah mak aku. "Wahh, meriah mak kali ni, dapat cucu 3 bulan berturut...." katanya. Mana taknya akak aku dijangka bulan November dan adik aku bulan Disember tahun ni dan aku bulan Januari 2012.
nota kaki cagu : mudahan dipermudahkan sehingga selamat semuanya...
jawapan - syukur...cuma kalau lah arwah abah ada...hmm...
0 comments:
Post a Comment