Sebegitu pantas masa berlalu
Tiada tinggalkan sedikit pun rasa belas kasihan kepadaku
hari dilalui dengan dugaan sebegitu liku
Ada yang senang dan ada yang dibiarkan lalu sebegitu
Namun, itulah yang seadilnya bagiku
Kerana Dia Pencipta tidak pernah zalim pada diriku
Kerana aku sedar, bahawa akulah yang menzalimi diriku
Rasa syukur seringku panjatkan kepada-Mu
Apakah aku ketahui apa yang bakal ku temu
hari yang mendatang tidak akan ku lalu dengan melulu
Kerana takdir-Nya tiada siapa yang tahu
Akan ku redha dengan setiap dugaan-Mu
Aku yakin akan setiap yang berlaku
Pasti ada rahmat menanti dalam kehidupanku
Setiap kesabaran akan ada ganjaran buat diriku
Aku pasrah dengan Kun Fayakun-Mu
Ya Rabb, kasih-Mu pada ku bukan saja beribu
Dari segala hala Engkau mambantu
Hanya aku yang sering buntu
Engkaulah yang maha pengasih dan penyayang terhadap hamba-Mu
Alhamdulillah, syukur...syukur...syukur kehadrat-Mu
Rejeki-Mu datang dikala hati sayu
Membentangkan dada luas setiap penjuru
Mengerat kasih bersama insan sekelilingku
0 comments:
Post a Comment