Beraya Di Perantauan...Ceh...

Sebenarnya kali ini sudah 3 kali aku beraya di JB lah sejak kahwin hampir 5 tahun lepas kan. Ikut giliran kan. Apa ada hal. Sebelum ni tak pernah nak post kat blog kan, maklumlah kan, baru pandai nak memblog. Biasanya hari raya ke-3 baru aku akan pulang ke kampung. So, cerita sikit lah ek. Keadaannya memang ada sikit berbeza lah, bukan beza apa, juadahnya lah yang berbeza di pagi raya tu. Yang lain semua sama lah kan. Macam biasa di pagi raya pergi solat sunat aidilfitri then balik ke rumah mertua bermaafan then cari makan. Hehe.

So, ini lah juadah wajib bila aku beraya di JB ni. Laksa Johor. First time dolu macam tak boleh terima je tekak aku ni kan, maklum lah dah 25 kali, pagi raya dapat makan nasi empit dengan kuah lodeh kan. Hehe. Dah lama-lama ni terbiasa lah kan. Tak makan kang lapo. Bedal je. Tunggu raya ke-3 esok baru merasa makan nasi empit dengan aksesori bagai lah. Lepas kenyang semua pergi lah rumah sedara mara. Rutin kan. Tak kan lepas makan tido plak. Haha. tak patut banget lah tu. Persediaan mentel dan fizikal perlu ye.

Ucapan....


"Yoh wes podo-podo lah jaluk ngapuro. Nang kene aku arek jaluk ngapuro lah nek ono kelakuan seng ora genah sejak biyen tekan saiki. Mohon dihalal kabek lah". 


Dan Akhirnya, Siap Juga Tunganganku Sebelum Raya...yeah...

Apapun terlebih dahulu aku nak ucapkan lah, 
"SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi" 
kepada semua umat Islam di seluruh dunia kerana pagi ni kita telah pun di beri kesempatan umur untuk meraikannya lah ye. 

Sebenarnya aku baru sempat nak buka blog aku ni dan dah alang-alang buka nih, aku update la sikit. Baru lepas abis menggosok 'kuda' aku tu, tak tahu nak buat apa, so update lah blog yang dah agak usang terbiar tanpa perkataan nih.

Kalau baca kat entry aku kali ni dah tau lah apa yang nak aku post kan untuk kali ini. Semestinya tentang 'kuda' aku yang dah terbiar lama tak terusik selepas kemalangan kecil pada bulan April (flashback jom) yang lepas. 

Lama tu baru nak betulkan. Wat to do, sibuk dengan tugasan harian dan tugasan peribadi kan. So, kiranya aku ambil kesempatan nak raya ni lah baru betulkan. Lama lah juga kat bengkel tu. Dekat 4 hari la jugak. Aku risau tak dapat siapkan sebelum raya je. Patah kaki aku dibuatnya nanti. Hahaha.

Tapi alhamdulillah, siap juga walaupun agak terlewat sikit dari jadual asalnya. Bukan apa kat JB ni sekarang musim hujan kan, so tauke pun tak berani nak cat 'kuda' aku tu. Aku faham lah situasi tersebut. Malas nak kecoh-kecoh.

Dan, akhirnya : 

Hampir Ke Penghujung...

Ehem, erm...erm...lately ni aku ada blur sikit la. Tak tahu lah kenapa. Nak kata terlebih makan kambeng golek tak jugak. Haha. Ye, nampaknya sekarang ni kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan ni. Tinggal 4 hari jek lagi nak menyambut Bulan Syawal. Time ni lah kena tengok balik check list kan, apa yang belum diselesaikan dan time-time macam ni lah biasanya staff-staff opis aku ni moody semacam je termasuk lah aku sebab tak dapat bonus lagi. Hahaha. Bos aku ni memang suka bagi last minute. Pada aku tak ada masalah. Hikmahnya, tak lah nak perabih sangat. Alhamdulillah ada sumber mengatakan, ada rejeki bonus tahun ni. Tapi tak tahu lah sikit ke banyak. Redho je lah nanti. 

Lagipun tahun ni sambut agak sederhana saja. Baby aku pun dah berusia 5 bulan kan. Malam tadi pergi cek dengan doktor so far semuanya ok. Cuma berat badan wife jek turun 2kg. Sepatutnya makin naik dalam lingkungan 65kg, ni jadi 61kg plak. Hehe. Maklum lah kan, berpuasa. Keadaan kepekatan darah pun pada paras yang ngam-ngam jek. So, kepada wife ku, "makan sayooo...makan sayooo"...haha. Susah orang tak makan sayo ni. Hehe. Yang penting keadan baby sume ok. Pembesaran sempurna. Best tengok baby bergerak-gerak. Siap nganga mulut lagi. Tengah mamam kot. Haha. Ye lah baby pun nak buka puasa juga. Ni namanya pendidikan sejak dalam kandungan. Baby aku dah belajo puasa tu.

Dan lagi baru dapat tahu yang rumah baru aku akan siap bulan Disember ni. Itu lagi lah kan. banyak belanjanya tu nanti. So kena lah berjimat cermat dari sekarang ni. Harap dipermudahkan lah rejekinya tu nanti. Cakap fasal rejeki ni, bila nak raya jek, pastinya kereta aku pun nak raya jugak. So, nak tak nak kena entertain beliau jugak. Rejeki beliau lah kan. Dah lama rasanya aku biokan kesan dari kemalangan yang lepas tu. Kebetulan pulak kompressor air cond pun dah meradang. So, untuk kesejahteraan sepanjang perjalanan semasa berhari raya nanti, kena lah repair kan. Kang sangkut kat mana-mana masa hari raya nanti tak ke laut jadinya. So, sekarang ni kat wad lagi. Still waiting.

Nasib baik en. pegawai bermurah hati nak pinjamkan blackheart dia. Hehe. kalau tidak patah lah kaki juga. Harap cepat lah siap kereta aku tu. Sepatutnya esok siap. Tak sabo plak nak tengok new look beliau. Hehe. Dan yang penting memang segan lah nak pakai kereta en. pegawai ni lama-lama kan. Bimbang terjadi apa-apa. "Bini" en. pegawai tu. Di tatang bagai minyak yang penuh. Nanti saye kasi minyak penuh ye en. pegawai. Dun wori lah. Hehe. Dah dekat seminggu juga lah aku merono merene dengan kereta en. pegawai ni. Risau-risau. Harap semuanya berjalan dengan lancar lah. Tapi musim ujan ni, macamana agaknya nak cat kereta aku tu ek. Huu. Pandai-pandai lah ye en. pomen. Dah janji esok siap kan.

Apa-apapun, di minggu terakhir bulan puasa ni, kena lah lebih berhati-hati dalam semua perkara yang kita lakukan kan. Tak kira lah apa benda. So, selamat lah membuat persiapan terakhir yek, aku pun tak abis kemas rumah lagi ni. Nanti tiba-tiba tuan rumah sampai tak kelam kabut jadinya. Aduhh. Biasa lah kan, rumah hotel. Hehe. Tapi hari ni, aku mood pening + mim aliff lam sim. Ingat nak coti jek dah ni. Haha.


Dah Sampai Fasa Terakhir Ramadan...

Hmmm..lama tak update blog...ada sibuk sikit dengan urusan duniawi dan sibuk memenuhi jemputan berbuka puasa. Mewah kita ni kn. Hmm, patutnya...renungkanlah, orang dah jemput. Rejeki tu. Hehe. Cepat betul masa berlalu. Hari ni dah 20 Ramadan. Dah sampai fasa terakhir untuk kita cuba merebut peluang yang diberikan oleh-Nya. Cubalah cari kekuatan yek. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. 10 malam terakhir kan. Pesanan untuk diri sendiri dan sesiapalah yang terbaca blog aku ni. 

Ramadan tahun ni pastinya tidak seperti tahun-tahun yang sudah. Ye la kan, biasanya kalau dah masuk ramadan fasa ni pastinya arwah abah aku dah start masuk kebun cari kayu untuk dibuat tiang nak letak lampu sentir a.k.a lampu pelita. Arwah abah memang rajin bab-bab macam ni dan pastinya raya tahun ni pasti tak seceria seperti tahun-tahun yang lepas. Aku cuma rindu dengan arwahnya dan terkenangkan mak je nanti. Macamana agaknya mak nak lalui raya pertama nanti. Hope mak kuat.

sob...sob...:( gue sedey...

Xtvt Tahunan Bulan Pose Sepillow frens...10 Ramadhan 1432H...

Setiap tahun bila tiba bulan Ramadhan ni antara xtvt wajib bagi aku dan my sepillow frens adalah berbuka puasa bersama. Kebetulan dengan izin-Nya, kebanyakan kami mencari rejeki di JB. So, hubungan tu memang tak pernah putus dari zaman sekolah sampailah beranak pinak sekarang ni. Itulah keistimewaan kami. Air yang dicincang tak akan putus. Kami seperti adik beradik dah. Susah senang kongsi bersama. Kutuk bertampar perkara biasa. Tak ada amik hati punya. Masing-masing dah faham. Gasak.

So tahun ni, seperti tahun sudah, macam biasalah aku dilantik sebagai organizer tak bertauliah untuk mencari tempat yang sesuai untuk berbuka. Pada aku bukan tempat yang mahal atau murah. Apa yang penting dapat berkumpul. So, aku pilih untuk berbuka di JGCC yang dulu dikenali sebagai RJCC. Aku pun baru tau. Haha. Murah je, rm29.90/pax. Kanak-kanak bawah 5 tahun, FOC. Makanan kampung yang sesuai dengan citarasa kami yang memangnya asal dari kampung. Jawa plak tu. Hehe.

7 Ramadhan sudah...

Cepat sungguh masa berlalu. Seminggu sudah berpuasa. 7 Ramadhan hampir berlalu. Esok dah masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Nampaknya setakat ni semuanya berjalan dengan lancar dan wife aku pun tiada masalah untuk berpuasa. Harap wife dapatlah berpuasa penuh tahun ni. Dan aku, mula rasakan yang.....

Kenapa Kita Diuji?...سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu dengan-Mu, Ya Allah"

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam Al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambNya  ini tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi.


Sambut !st Day Ramadhan Di Kantor...


Ingat dok kat JB dan kerja kat JB dapat lah coti bila sambut puasa, tapi sayang seribu kali sayang. Kena kilije jugak. Huissh. Wat to do. Rejeki-rejeki. Aku ingat hari ni aku berseorangan kat opis ni sebab minggu lepas masing-masing dah kata nak coti sendiri je. Baru nak layan lagu raya...(erk, gurau k), sekali muncul plak anak-anak dara ni. Hehe. Tapi diaorang kata nak 1/2 day je. Hehe. Pandai-pandai lah bawak diri ye nak. Aku pong rasa macam nak join sekaki je lah. Bisa enggak? Bisa aja doink!!!. Hmm...terasa amat lah boring hari ni, tapi kalau kat rumah lagi terasa kot. Tak kan nak membuta je kan. Baik aku tenang-tenang je kat kantor ni. tapi kalau agak-agak bosan tahap cipan nanti aku pulang ke pangkal jalan lah. Haha.

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top