Bila Luka Lama Berdarah Kembali...

"Entah mengapa...ku rasa tak menentu...semenjak aku...mengenali diri mu...sayang...terbayang bayang...wajahmu di mata ku"...lalala...hahaha...ni lirik lagu kumpulan apa ek? Scoin ke sapa ntah? Zaman - zaman belia remaja dulu time keje kat UNijoh. Berdiri sambil nyanyi - nyanyi. Time nak belajar jiwang karat lah dolu. Erk!!! Apa kena mengena ini cerita dengan entry yang aku pahatkan kat atas nun? Haha. Bukan apa, saje jek nak kasi havoc sikit. Havoc ke??? ke hancusss. Hehe.

Pedih kan bila luka lama berdarah kembali. Asik terkena jek, berapa kali dah asik benda yang sama yang rosak. Bengong. Apa kena ntah. Buat hati ni tak senang rasa. Rasa macam nak..........ehhhh sebut kan...sebut kan!!!. Karang sebut kan merajuk lagi. Haha. Sabo je la. Macam ni lah bila pakai kereta second hand. Nasib dapat yang baik berbahagia lah kamu. Kalau tidak, merana lah kamu asik nak kena repair jek. Lain kali kalau nak sambar kereta second sila bawa pihak yang pakar ye. Mekanik ke lagi elok.

Genap Setahun...


Hari ni, 3 Muharam 1433H, genap setahun pemergian arwah abah kembali ke rahmatullah. Cepat sungguh masa berlalu. Bayang-bayang tubuh abah terkujur kaku masih lagi pekat dalam ingatan ku. Walaupun abah pergi tak kan kembali tetapi semangat abah tetap hidup dalam hati anakmu ini. Semoga arwah abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan saleh di sana, amin.


Baru Sampai....

Oh..Oh..Oh..baru sampai dari kampung terus sambar lap top. Bukan apa, tetiba je nak menulis. Alhamdulillah, kenduri doa selamat kat rumah mak tadi berjalan dengan lancar. Selesai gedebak-gedebuk dalam pukul 9.30 lah tadi. Mentong-mentong lagi kan. Cekiki'an lagi dengan sepupu sepapat kan. Ada yang nak minta tolong urut lagi. Hahaha. So, pukul 10.oo lebih tadi baru gerak balik ke JB, sebelum tu terkejut dengan tetamu yang tak dijangka. Aku sememangnya dah terasa kehadirannya cuma tak pasti. Di hujung majlis tadi baru munculkan diri. Membawa perkhabaran gembira. Alhamdulillah, jodoh pertemuan masih panjang. Nanti bisa ketemu lagi doink!!!. 

Dah lama sebenarnya tak memandu pada jarak yang jauh memalam macam ni. Aku bukan apa, cuma takut tak dapat kawal ngantuk jek. Tapi Alhamdulillah, cerah je mata ni. Hi-way pun lancar jek. Banyak kereta tapi meluncur dengan baik sekali. Tak ada sangkut-sangkut. Jadinya secara tak langsung aku sampai ke depan pintu rumah aku ni tepat pukul 11.30 malam kalau ikut jam kat kereta aku la kan. Hehehe. Hmm, lagi 1 yang aku perasan cuaca kat kampung tadi agak luar biasa cerahnya. Langit juga begitu indah dipandang dan bulan tersenyum mengiringi majlis. Harap, permualaan tahun baru kali dan hari-hari yang seterusnya ni membawa sinar dan rejeki.


Jadi Suri Rumah Lagi Malam Nih...Apa Ada Hal...

Malam ni sementara menunggu En. mesin basuh aku tu basuhkan baju terasa sunyi plak. So cari ilham la ek. Erm, sian wife aku. Tak larat sangat dah tu. Kandungan dah masuk 8 bulan lebih. Petang tadi pergi check up dan Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan ok. baby pun sangat aktif. Cuma tu lah, lepas kena inject tadi tiba-tiba gigi sakit plak. Plak tu dah kena inject sure lah tangan kebah. So, kasi dia rest cukup-cukup lah kan.

Esok 1 Muharam, dalam waktu petang nak bergerak ke kampung lagi sebab mak aku nak buat kenduri doa selamat arwah abah untuk yang ke-1 tahun. Cepat betul masa berlalu. Sebenarnya tarikh yang sebetulnya tu 3 Muharam, tapi mak cepatkan sikit sebab kebetulan hari cuti kan. Cuma aku je yang tak coti. mencikss. Macam nak cilok coti jek. Haha. Eh tak boleh, kerja menimbun atas meja tu. Nak external audit pulak tu bulan depan. Internal audit pun masih kelam kabut. Apeda. Cakap banyak pun tak guna, redah je lah.

Kalau tak ada jemputan esok sepatutnya aku dah kat kampung sekarang ni. Wat to do. Orang dah jemput kan. Kena lah datang. Datang tunjuk muka...bla...bla..bla...then terus gerak ke kampung lah. Masa sangat tight sekarang ni. Kena balik malam esok juga. Lama dah tak bergerak malam. Hope selamat lah semuanya kan. Alangkah bahagianya kalau isnin tu coti kan. Boleh lah rest lebih sikit. Tapi tak apa lah kan, yang penting balik selagi badan ni masih kuat. Bimbang nanti menyesal tak sudah. Sekian terima kasih. Harap maklum.


Macam Sedetik Masa Berlalu...


So petang ni mari ramai-ramai ke masjid or surau baca Doa Akhir Tahun sebelum Maghrib dan Doa Awal Tahun Hijrah 1433H selepas Solat Maghrib ok. Doa akhir tahun ada di sini dan Doa Awal Tahun ada di sini juga. Sekadar perkongsian bersama.


Marathon 3 - Mandi Bunga Setelah Berpenat...Untuk Kesegaran...

Dengan apa yang berlaku di sepanjang perjalanan hidup aku sejak minggu lepas. Penat, lelah dan sesak dengan bermacam situasi dan keadaan. Yang gembira dan duka, itu lah laluan hidup aku. So, secara kebetulannya singgah ke kampung siang tadi kan, so aku petik beberapa kuntum bunga untuk meyudahkan pesanan orang sana. Jalannya berliku tapi Alhamdulillah sempat juga melaksanakannya sebelum sampai waktu tamatnya. 

Salah satu cara untuk kesegaran dan kelegaan maksimum. Itu lah rupanya, bermacam warna. Pak kal tak boleh makan. Macam sedap je kan. Yang dicari adalah khasiatnya. Apapun kesegarannya buat aku celik sampai la ni. Tapi otak dan jari jemari aku tak dapat nak memberi kata-kata lagi. Apa pun, syukur sangat dengan perjalanan hari ni. Wasalam, sekian terima kasih. 


Marathon 2 - Wachaaaa...Breakdown!!!...Salah Saye...

Kali ni nak cerita dengan nada yang agak marah lah kekononnya. Hari ni 25hb Nov. 2011 gue dengan penuh semangat nak ke site Muo sana disebabkan dah janji dengan consultant dan gue punya sub-con yang dah kira berjanji lah nak turun site hari ni. So, cadangnya nak bergerak awal lah kan. Kan hari Jumaat. Masa agak singkat sikit. Sekali pagi-pagi dah dapat sms dari consultant "Sorry Pyan, tak dapat pergi site hari ni, ada hal last minit" Gue tenang je baca sms ni sebab gue emang udah agak macam ni. Bukan sekali dua macam ni. Masak benar dah. Tak ada hal lah. Gue teruskan niat jugak. Sub-con fire protection gue dah janji nak ke sana so kena teruskn juga lah kan.

Tenang-tenang je gue meredah lebuhraya dengan perasaan yang tanpa memikirkan masa depan. Padahal takut kena saman lagi. Keh..keh.. Jadinya macam rutin biasa lah bila gue ke site kan. Pusing-pusing...ronda-ronda...amik gambo...tengok jam dah nak kul 11. Gue punya sub-con tak sampai-sampai lagik. Dah janji dengan main-con yang tangki bomba nak sampai hari ni. Dah janji 4-5 kali dari bulan lepas. Sekali bila call, cakap tak jadi lagi plak atas sebab yang tertentu lah. Tapi entah kenapa, aku terlepas marah jugak. Gue macam tak dapat tahan gue punya marah plus malu dengan main-con ditambah dengan hasutan dari suara-suara jahat. Ada termaki sikit. tapi sebenarnya saye kesal sangat dengan perkataan yang saye keluarkan. Betul, kesal dan kesal sangat. Gue rasa mula tak sedap rasa. Bersalah pun ada. Sebab di luar kebiasaan gue. Beristighfar banyak-banyak.

Marathon 1 - Jalan-Jalan Lepas Konvo...


Sejak malam sebelum majlis konvo hari tu adik aku asik tanya jek. Tak jalan-jalan ke? Kalau ikut aku yang mempunyai perangai seperti arwah abah aku, kalau ke satu destinasi tu mesti terus nak balik. Yang penting tujuan telah sempurna. Itu lah aku. Tapi biasanya aku ni fleksibel lah kan. Ikut keadaan. Jenis yang senang nak absorb keadaan sekeliling. Kadang tak sampai hati juga kan. Kita bawa orang so, tak kan nak ikut cara kita jek. So, tak ke mana lah, pergi pusing-pusing Putrajaya jek. Bagi "kita" macam dah biasa tapi cuba fikir yang "tak biasa" kan. Yang penting dapat buat orang tersenyum cukup lah. Ada juga kenangan. So, belajar untuk menerima cara orang. Ada kelebihannya di situ. Renung-renungkan dan selamat berfikir sejenak. Jom balik hari nak hujan. Huhu. Jalan balik ikut signboard jangan ikut suka.



Marathon - Tahniah To My Sis a.k.a TiTin...

Testing..testing...1..2..3..erm, hari ni or malam ni aku akan sedaya menulis di blog aku ni secara marathon sebab dah lama tak upgrade atau perkataan yang lebih sesuai lagi ialah tak "UPDATE" dengan jumlah hari yang agak banyak sama dengan "lama". Hehe. Apakemenda bahasa yang aku merepek ni? Aku pasti bahasa aku yang agak tonggang terbalik adalah disebabkan kepenatan selama 2 minggu ni dengan pelbagai xtvt dan juga kekerapan berada di bangku kereta aku secara pukalnya. Sesuailah dengan aku yang kaki bangku. Ada kena mengena ke???. Terasa macam skema plak ayat aku ni. Tak boleh blah!!! Apapun super duper tired bangeten. 

Ok, First sekali nak ucapkan tahniah lah kat adik aku iaitu TiTin a.k.a Mahawarni Binti Misdan kerana Majlis Konvonya berjalan dengan lancar pada 19hb nov. 2011 lepas kat German Malaysian Institute. Walaupun aku tunggu sampai tertido-tido dalam kereta. Tak ada hal lah. Yang penting dapat perkenankan hajat mak aku nak tengok anak dia yang degil sorang tu berkonvo. Maklum lah dalam family aku so far sekarang ni dia je lah yang merasa konvo. Nak harap aku? Hmmm...konvoi aku adalah. Haha. Wat to do, suruh belajar dolu main-main kan. Orang belajar nak periksa aku pergi mandi manda kat Air Terjun Bekok Sana. Tension katanya. Pigi dah...alasan jek tu. Tu yang banyak dapat cangkul. Sengal ubi!!!

Tulis banyak pun tak guna kang aku akan merepek dengan lebih 'dalam' lagi. Tetiba mencurah-curah plak jari ni nak menekan keyboard laptop aku ni mengikut kehendak dia di luar kotak pemikiran aku. Haishhhh!!! jom layan gambo lah. Jom...jom..matun...

Disaat Aku Mencintaimu by Dadali Band with Lyric's



Sesaje macam best plak dengar lagu nih. Lalala.

[GALAXY Note] Introducing Samsung GALAXY Note...Meleleh Gue Tengok Lah!!!



Macam nak sambar satu jek!!!...kenot...kenot...tapi...

Aidiladha...

Memang sudah lumrah manusia, bila beraya di kampung halaman sendiri memang mengujakan. So tahun ni aku beraya di Ngaritem. kampung aku lah kan. Memang seronok mana tidaknya dah lah dapat anak buah baru yang tomei. Ditambah pulak dengan xtvt kemasyarakatan yang sukar diperoleh di mana-mana pun. Tak kira tua ke muda. Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Macam tu lah lebih kurang. Tahun ni begitu bersemangat sekali rasanya. Ye lah mewakili keluarga kan. Abah dah tak ada jadinya kenalah ada penyambung dan untuk menjadi anak yang baik kenalah juga berkawan dengan kawan-kawan arwah abah. Betul tak? dan secara amnya, bercampur lah dengan masyarakat. Aku ni dok jauh sikit lah dari mak kat kampung tu. Jadinya harapkan orang-orang kampung lah dok jenguk keadaan mak aku kat sana selain dari adik beradik dan sedara kat sana kan. So, jangan sombong-sombong ek!! tak ke mana nanti.

Jom layan gambo lah :

Hari Raya Aidiladha Yang Bermakna...

Huargghhhh...seperti terasa baru bangun dari tidur yang panjang. Bermimpi yang tak diketahui hujung pangkalnya. Last-last termenung sendiri. Hehe. Apapun hari raya haji yang lepas begitu bermakna bagi kami sekeluarga sebab pada sabtu (9 Zulhijjah 1432H) lahir lah seorang puteri yang sangat comel sekali. Erm, bukan anak aku ye tapi bertambah anak sedara aku. Hoho. Kakak aku telah selamat melahirkan seorang baby gurl. Sebelum ni dah 2 orang hero kan. Alhamdulillah kali ni dapat baby gurl, mustilah happy bukan kepalang. Bulan depan plak dijangka adik aku pulak akan bersalin. Tapi tak tahu lagi girl or boy. Tak nampak katanya. Wife aku plak bulan seterusnya. Hmmm...anak mak usu plak bulan Februari. Wah, meriah lah raya tahun depan boleh lawan anak siapa nangis paling kuat. Haha. So, cerita panjang pun tak guna sebab ide aku tidaklah melimpah ruah seperti dulu sebab lately ni aku asik diserang sakit kepala. Hari-hari ok. Tak tahu lah apa sebab. Cekidaut.

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top