Marathon 2 - Wachaaaa...Breakdown!!!...Salah Saye...

Kali ni nak cerita dengan nada yang agak marah lah kekononnya. Hari ni 25hb Nov. 2011 gue dengan penuh semangat nak ke site Muo sana disebabkan dah janji dengan consultant dan gue punya sub-con yang dah kira berjanji lah nak turun site hari ni. So, cadangnya nak bergerak awal lah kan. Kan hari Jumaat. Masa agak singkat sikit. Sekali pagi-pagi dah dapat sms dari consultant "Sorry Pyan, tak dapat pergi site hari ni, ada hal last minit" Gue tenang je baca sms ni sebab gue emang udah agak macam ni. Bukan sekali dua macam ni. Masak benar dah. Tak ada hal lah. Gue teruskan niat jugak. Sub-con fire protection gue dah janji nak ke sana so kena teruskn juga lah kan.

Tenang-tenang je gue meredah lebuhraya dengan perasaan yang tanpa memikirkan masa depan. Padahal takut kena saman lagi. Keh..keh.. Jadinya macam rutin biasa lah bila gue ke site kan. Pusing-pusing...ronda-ronda...amik gambo...tengok jam dah nak kul 11. Gue punya sub-con tak sampai-sampai lagik. Dah janji dengan main-con yang tangki bomba nak sampai hari ni. Dah janji 4-5 kali dari bulan lepas. Sekali bila call, cakap tak jadi lagi plak atas sebab yang tertentu lah. Tapi entah kenapa, aku terlepas marah jugak. Gue macam tak dapat tahan gue punya marah plus malu dengan main-con ditambah dengan hasutan dari suara-suara jahat. Ada termaki sikit. tapi sebenarnya saye kesal sangat dengan perkataan yang saye keluarkan. Betul, kesal dan kesal sangat. Gue rasa mula tak sedap rasa. Bersalah pun ada. Sebab di luar kebiasaan gue. Beristighfar banyak-banyak.



Bila dah tenang sikit, aku fikir nanti jumpa kat JB nak minta maaf lah kan. Memang dia salah tak tunaikan janji yang dah berkali-kali, tapi aku lagi salah sebab mengeluarkan kata yang tak elok walaupun bukan di hadapan dia dan tanpa pengetahuannya. So, saye admit saye salah. Sebab selalunya saye tak macam ni. Kenapa lah. Aku cakap dalam hati "Ni kang ada yang dapat "cash" nanti ni". Jadinya, aku singgah ke rumah mak jap, mandi dan pergi Jumaat then hati mula tak tenang. Aku kuatkan semangat juga. Apa yang nak jadi aku redha jek. Selesai semua, aku terus meredah balik ke JB. Then, tiba-tiba...rasa tak kena...then...it's happening...breakdown!!!...

Secara tiba-tiba kereta aku loose power then tidak berfungsi then bulb!!! macam hilang nyawa. Lokasi jalan Parit Sulong - Yong Peng. Kat area ladang kelapa sawit. Aku secara jujurnya tenang sebab dah terasa. So, aku redha je. Jangan panik, think and take action. Aku fikir "Inilah dia". Dugaan dari-Nya.

Mujur sempat ke side table dan kebetulan ada ruang di situ. takdirnya ke situ. Capai HP then try contact sapa yang berdekatan. Call 2-3 orang tak dapat nak bantu. Mujur teringat kat Wak Kisom (bapak odi) foreman kat kampung sebelah. Then dapat call akhirnya atas bantuan anaknya. Nasib baik ada simpan no phone. Lega.


Setelah sabar menunggu hampir 1 jam sampai lah juga Wak Kisom. Alhamdulillah. Hari pun dah makin gelap nak hujan. Boleh lah Wak Kisom belek-belekkan then akhirnya tahu lah apa puncanya. Alternater kong sebab aku layan banjir kelmarin. Itulah suratan dan jalannya atas kejadian menimpa aku hari ini. Sebagai pedoman. Yang penting kereta dapat dihidupkan semula dan terus ke bengkel spare part di Parit Sulong so, kena patah balik. Tak apalah, dah itu saje caranya.


Syukur selamat sampai ke Bengkel Spare Part Ah Sai dan lebih melegakan ada stok so tak nak cakap banyak pasang terus. Sebab aku kena balik JB hari ni jugak. Karang sian wife aku. Sepatutnya ada check up baby hari ni. Nampaknya tunda hari Sabtu lah. Kung kang kung kling....sabar menunggu. Nasib baik bawa cash lebih. Hehehe.


Hujan pun mula turun, syukur sekali lagi dipermudahkan segala urusan hari ni. Ini baru dugaan kecil. Sesungguhnya Dia tak kan memberi sekiranya kita tidak mampu memikulnya. Ini pun pemberian juga. Yang baik atau yang buruk datang dari-Nya. Cuma cara kita menerimanya. Mana ada hidup tenang jek.





0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top