Jadi Suri Rumah Lagi Malam Nih...Apa Ada Hal...

Malam ni sementara menunggu En. mesin basuh aku tu basuhkan baju terasa sunyi plak. So cari ilham la ek. Erm, sian wife aku. Tak larat sangat dah tu. Kandungan dah masuk 8 bulan lebih. Petang tadi pergi check up dan Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan ok. baby pun sangat aktif. Cuma tu lah, lepas kena inject tadi tiba-tiba gigi sakit plak. Plak tu dah kena inject sure lah tangan kebah. So, kasi dia rest cukup-cukup lah kan.

Esok 1 Muharam, dalam waktu petang nak bergerak ke kampung lagi sebab mak aku nak buat kenduri doa selamat arwah abah untuk yang ke-1 tahun. Cepat betul masa berlalu. Sebenarnya tarikh yang sebetulnya tu 3 Muharam, tapi mak cepatkan sikit sebab kebetulan hari cuti kan. Cuma aku je yang tak coti. mencikss. Macam nak cilok coti jek. Haha. Eh tak boleh, kerja menimbun atas meja tu. Nak external audit pulak tu bulan depan. Internal audit pun masih kelam kabut. Apeda. Cakap banyak pun tak guna, redah je lah.

Kalau tak ada jemputan esok sepatutnya aku dah kat kampung sekarang ni. Wat to do. Orang dah jemput kan. Kena lah datang. Datang tunjuk muka...bla...bla..bla...then terus gerak ke kampung lah. Masa sangat tight sekarang ni. Kena balik malam esok juga. Lama dah tak bergerak malam. Hope selamat lah semuanya kan. Alangkah bahagianya kalau isnin tu coti kan. Boleh lah rest lebih sikit. Tapi tak apa lah kan, yang penting balik selagi badan ni masih kuat. Bimbang nanti menyesal tak sudah. Sekian terima kasih. Harap maklum.


1 comments:

Marribel V9 said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top