Alhamdulillah sekali lagi. hari ni 11hb Januari 2012 bersamaan 17 Safar 1433H, pada pukul 1.15 petang aku telah menjadi seorang abah dengan lahirnya anak pertama kami setelah hampir 5 tahun hidup bersama. Lambat laun Allah beri jua, dan hari ni tertunai lah sudah. Mungkin bukan doa kami yang Allah makbulkan. Mana tau doa-doa ibu bapa kami, adik beradik, sahabat handai, rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang mendoakan kami. Terima kasih. Pengalaman menyambut bayi kali ini memang tak akan dilupakan.
Pengalaman yang cukup berharga. Nak describe pun susah. Kena laluinya baru tahu susah senangnya melahirkan seorang insan ke dunia ini. Pada mulanya aku agak seram sejuk juga. Ye lah, takut terpengsan ke hapa kan bila tengok darah bebanyak. Tapi Alhamdulillah sepanjang proses tersebut aku seolah-olah diberi kekuatan untuk membantu wife aku. Aku rasa macam aku yang terberanak. Walaupun memberi sokongan moral dan sentuhan kasih sayang, akhirnya wife selamat melahirkan baby kami yang pertama nih. Syukur.
Terima kasih juga pada Dr. Isa dan mak bidan iaitu Mak Misah serta staff nurse di Perdana Maternity Specialist yang bertungkus lumus memberi kekuatan kepada kami. Nama-nama ni tidak mungkin aku akan lupakan. Lega rasanya bila semuanya selamat dan urusan berkaitan dapat dilangsaikan dengan segera. Cuma belum daftar lagi jek. Tengok lah satu, dua hari nih. Erm...esok aku akan ke kampung untuk menjemput mak aku. Nampaknya mak aku lah yang akan jaga wife nanti. Disebabkan mak mertua aku sudah agak tidak awas matanya.
Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi ni. Badan terasa begitu penat dan longlai rasanya. Kepala pun dah start sakit. Tapi aku puas. So, sekarang nih aku dah menjadi "abah" lah kan. Alhamdulillah. Nampaknya kena kerja lagi kuat untuk besarkan hero aku tu lah kan. InsyaAllah rejeki Allah yang tentukan. Kita hambanya berusaha je lah kan. Mudahan dipermudahkan lah segala urusan kami dan anak ini adalah anugerah dan juga dugaan. Semoga "dia" menjadi seorang anak yang menyenangkan hati kami nanti. InsyaAllah.
Assalamualaikum....inilah dia putera kami...Tomei tak? Musti lah kan, like father like son. hak..hak...Termenitiskan air mata sewaktu mengazankan kamu. Alhamdulillah, syukur yang amat. Yang penting kamu tak gembeng. Hehe.
nota kaki cagu : hari ni, 11hb Januari hari lahir Dato' Siti Nurhaliza rupanya...
jawapan : wife aku peminat setia Dato' Siti plak tu...suka lah dia...