Sudah 6 hari berlalu pada tahun ni baru la ni aku sempat nak menulis kat sini. Apapun, pastinya tahun baru ni pasti akan lebih mencabar untuk diri aku. Ye lah, insyaAllah jap lagi nak jadi abah dah. Last check up Isnin lepas Dr. bagi tempoh 10 hari je lagi untuk prepare. Then, Isnin ni kena check up lagi. Rasanya cepat kot baby keluar. Apa yang baik lah ye En. Doc. Saya sign jek. Hehe. Nak jadi abah ni bukan senang. Anak adalah anugerah dan juga satu dugaan. Pandai-pandailah aku & wife kena mencorak warna di atas sekeping hati yang suci tu. Dengan keadaan sosial zaman sekarang ni lagi. Memang bukan tugas yang enteng. Oops, lupa nak kena jaga wife lagi kan. Hmm...meriah hidup aku tahun ni. Dah boleh buka akaun SSPN ni. Haha. Untuk masa depan.
Lagi satu, Isnin ni dah boleh ambil kunci rumah baru aku tu. Nampaknya, aku kena kerjakan sorang-sorang lah rumah tu. Kemungkinan besarnya, wife aku tengah dalam keadaan berpantang masa kerja-kerja pengubahsuaian rumah tu nanti. Mana nak cari askar tolong cuci rumah ni nanti ek? Hehe. Alah, wat sorang pun tak apa lah kan. Bukan tak biasa. Jadinya, pengaliran keluar wang dari akaun bank aku akan berlaku dengan begitu mendadak sekali. Wang masuk tak nampak lagi. Aduyai...eh! tak baik mengeluh. InsyaAllah ada lah tu nanti. Adalah nak kena tambah tolak bahagi kali kat rumah tu. Nak kena bagi lebih selesa lah. Maklum lah, rumah kecit je kan. Nak beli yang beso aku bukan lah dalam golongan intelektual. Ceh!!!.... bahasa. Ado malam. Ado lah sikit.
Dari segi pekerjaan plak. Hmm..macam mana nak cakap ek. Akceli semua ok, cuma staff akan semakin berkurang. Bulan ni jek 2 orang staff nak angkat kaki. Engineer dengan QS aku. Sorang nak balik KL dan sorang lagi anak dara tu nak menamatkan zaman daranya. Huk..huk..then ikut husband dia ke KL jugak. Secara tak langsungnya, aku telah diberi wasiat oleh en. bos ambil alih tugas engineer tu. En. bos, saya ni lulusan rendah je ye. Harap maklum. Kalau macam tu takat ni ada 7 projek dalam tangan aku nak kena jaga. Gila ke apa? Nak handle 2 projek yang ada ni pn kempas kempis perut gue. Bila nak gomok macam ni? Wat to do, gue cuma kuli batak je. Manot jek lah. Mudahan tambah pengalaman dan rejeki nanti. Yang pasti akan lebih sibuk dari biasa. Redah.
nota kaki cagu : bos!!! kasi up la gaji macam nih...
jawapan kasih : kalau tak bagi up, saye cari yang lain...bleh???
0 comments:
Post a Comment