Waaahhh...Gue Bertukar Kepada Super Abah...Haha..

Nak dijadikan cerita, mak aku sudah balik ke kampung khamis lepas ni eh, semalam lah kan. Hehe. Ye lah, orang tua kan, terkenang adik aku kat kampung tu tak ada yang ngopeni. Untuk menjadi anak yang baik, aku pun hantar lah dia balik. So, kesimpulannya tak ada siapa lah yang nak jaga wife aku dan anak aku kan. Masa dah sampai kat kampung mak tanya lagi, "boleh ke ko jaga Sue dengan anak ko nanti?" aku selamber jawab, "InsyaAllah boleh mak." Tapi mak mertua aku ganti lah. Tapi tak boleh nak jaga 100% sebab dah agak kurang sihat kan. Buat teman aje lah sementara aku pergi kerja kan. Pun ok jugak. Kira mambantu juga tu kan. Syukur.

So, bermula hari ni aku kena jadi Super Abah lah. Pagi-pagi dah kena kemas rumah bagai then mandi kan Qarin, siapkan mak dia mandi, sapu param bagai. Siapkan sarapan. Pakaikan bengkung. Lagi apa....erm kalau malam tu biasa lah kan, anak lelaki memang kuat minum susu. 1 jam setengah sekali bangun minta susu. Last-last aku yang lambat mandi then opkos lah, lambat masuk opis. Haha. Tidak mengapa, ini lah pengalaman yang menyeronokkan bagi aku. Ingat laki tak boleh buat ke tu semua kerja pompuan. See the leg lah. Hehe. Ini kata-kata untuk semangat diri aku ye, bukan niat nak riak ke apa ke kan. Kadang penat jugak apa.

Tapi sebenarnya aku menggigil juga nak urus kan Qarin, maklum lah tangan kaso kan. Lagi-lagi bab nak memandi kan dia. Waduh takut sangat. Tapi aku nak harapkan siapa lagi kan. Harapkan tulang empat kerat aku ni je lah dan kesihatan aku. Tak apa, orang kata alah bisa tegal biasa kan. So, cuma kena teruskan aje lah. InsyaAllah nanti dipermudahkan perlahan-lahan. Yang penting hati kena ikhlas dan kuat. No merungut-rungut ok. Anak siapa tu? Anak saye juga. Wife siapa tu? Wife saye juga. Kesimpulannya, tiap hari aku akan masuk opis lambat dan yang penting tangan aku bau jamu dan param. Haha. Dan yang lebih penting family aku terurus.



nota kaki cagu : kalau anda faham apa itu maksudnya "rumahku syurgaku" pasti anda akan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk segala apa yang ada dalam rumah anda waimah sebutir debu.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top