Dah 2 hari sebenarnya aku tahan sakit belakang aku ni. Sah, nak kena lagi lah ni "bisik aku" Ingat semalam nak m.c jek, tapi dapat call dari subcon kata barang tak cukup kat site. Gagahkan juga drive ke Muo semalam. Nak bersandar kat seat pun macam terasa ada paku kat tempat duduk kete aku ni. Aissshhh, macam lain je rasa ni. Tak pernah sesakit sampai macam ni rasanya. Aku tak tunggu lama kat site, aku terus meluru drive ke JB semula, kang ada apa-apa susah plak. Seram sejuk je rasa badan ni. Alhamdulillah selamat sampai dan petang tu terus ke klinik tempat biasa.
Doc. kata dia bimbang mungkin ada satu yang tak kena dengan saraf kat tulang belakang aku ni. So dia juz boleh bagi ubat dan nasihat kan aku supaya buat x-ray dalam masa beberapa hari ni ni bergantung kepada kondisi aku. Aku dan wife berpandangan. Haish!! x-ray plak. Risau pun ada. So, we all decide isnin ni nak pergi buat x-ray la, for time being bergantung pada ubat tahan sakit yang doc. bagi je. So, akibatnya malam tadi tak lena nak tido. Baring serba tak kena. Sakitnya tuhan je yang tau. Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena, meniarap pun tak kena, nak baring lagi tak boleh. Nasib baik dapat m.c hari ni. Lepas makan ubat lega sikit rasa. tak tau lah nanti kalu kesan ubat tu dah hilang. Waduh.
fyi : ubat doc bagi ni..ni...ni....buat aku ngantuk lah.......nmpk bintang plak........