Bila Qarin Dah Pandai Ajak Borak...

Kadang-kadang penat nak melayan Qarin berborak. Tak layan karang pandai majuk plak. Hehe. So, layan kan aje lah walaupun 1 hapa pun tak faham kan, dia je faham kita. Lagi-lagi kalau pergi keluar makan. Kadang aku sampai tak sampai hati nak makan depan dia. Mana taknya, bila dia tenung kita makan sambil mengunyah-ngunyah mulut dia. Hadoooi, lepas tu tegur-tegur kita plak kan. So,aku cuma boleh kata :

"adek lum boleh makan apa yang abah makan lagi ni ok, nanti kalau dah beso sikit baru boleh hokey, nanti adek minum susu je ye."

Entah dia faham ke tidak agaknya kan. Terkebil-kebil tengok ibu dan abah dia makan. So secara tak langsung aku kena makan lajuk-lajuk lah. Haha. Owh, lagi satu perangai dia sekarang ni dah tak nak duduk or baring. Letak je majuk, letak je majuk. Mencebik mulut jek. Bila angkat diri kan dia, amboi ketawa terbahak-bahak terjerit-jerit suka. Hai anak lah anak. Itu belum citer bab berjalan dalam kete, ada ke patut setiap berhenti kat trafic light dia boleh ngamuk. Aduyai, bila lampu hijau, kete bergerak je tersenyum. Ni ikut ibu dia lah ni suka berjalan. Hahaha. Sabar aje lah.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top