Saya Batuk n Selsema Lah Abah....


Kesiannya anak abah ni. Abah berdoa Qarin cepat sembuh ye. Abah n ibu risau ni tau. Tok mama kata semalam qarin tak ada senyum pun, kecewa katanya tengok Qarin monyok je. Nasib baik petang semalam sempat berlari ke klinik. Alhamdulillah lepas makan ubat malam tadi Qarin tido agak lena sangat. Tak kisah nak susu. Ke kesan ubat tu kot. Kena kejut bagi susu. Tu pun dah pukul 5 pagi. Abah risau tengok Qarin tak bangun-bangun. Selalu dah kejut abah minta susu 2-3 kali. Pagi tadi Qarin dah boleh tersenyum dan ajak berborak. Lega rasanya. Hope cepat lah sembuh.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top