Jalan...


Kini dan akhirnya aku melepaskan semua jawatan aku berkuatkuasa hari semalam. So, akan bermulalah rutin baru aku mulai awal bulan depan. Ingat minggu depan dapatlah bersantai seminggu melapangkan dada dan mententeramkan fikiran. Sekali En. Bos minta aku datang lagi minggu depan untuk serah tugas. Hehe. Walaupun aku dah beri amanat pada officemate tapi En. Bos nak aku beri amanat tu di hadapan dia so baru puas hati dia kot. Tak apalah, bukan apa pun kan. Sehari dua je, lepas tu lepas lah.

Lepaskan Penat So kita Ke Legoland..

So, majlis kenduri pun dah selamat selesai semuanya, sedara mara pun dah bergegas balik ke tujuan lain masing-masing. Adik dan abang ipar aku pun dah balik awal pagi, kena kerja petang katanya so tinggal lah mak dan adik aku. So, mana nak bawak dia orang ni berjalan ye. Tak kan nak dok rumah aje kan. Pada mulanya aku just start kereta dan memandu tanpa arah tujuan yang pasti. Ikut je stereng kete aku. Kalau ke kanan, kanan lah. Kalau ke kiri, kiri lah. Tiba-tiba sampai plak kat Legoland, tersenyum lebo lah wife aku. mana taknya dah berapa kali ajak aku wat dono je kan. Kira rejeki mereka lah ni.

Majlis Aqiqah Untuk My Buchuk Muhammad Qarin Rifqi...

Alhamdulillah seperti yang dirancang majlis Doa Selamat dan Aqiqah MQR telah selamat disempurnakan. Kali pertama buat majlis untuk diri dan anak sendiri plus di taman yang baru memang agak seram juga. Maklum lah belum kenal sangat dengan jiran-jiran kan. Jumpa pun masing-masing angkat kepala dan tangan je. Jiran muda belaka kan. Haha. Sangat lah muda!! Tapi syukur sangat-sangat kerana segala urusan dipermudah. Dengan izin-Nya taman ni dah sediada kumpulan yasin wanitanya yang tersendiri. So, grab the change lah kan. Orang kata nak eratkan silaturahim. Kena lah jumpa dengan tok ketua taman. Hehe. Bereh. So, cerita macam tangan kosong pun tak seronok kan. Jom cerita bergambar. Baru ada feel.

Lihat lah Dia...

9 bulan telah berlalu. Kini kamu semakin meniti alam dewasa.

Kamu sedang belajar mengenal apa itu dunia. Akal kamu semakin ligat berputar.

Abah cuma cari jalan yang terbaik untuk kamu. Agar kamu bisa terus tersenyum.

Untuk Dia...

Assalamualaikum. Lama menyepi kini kembali memenuhkan ruang-ruang kosong yang telah lama aku ditinggalkan. Sayang kalau terus ditinggalkan sebab 'nilainya' tinggi. Pada aku lah. Kesibukan dan ketepuan otak menyebabkan segalanya yang ada di sini aku tinggalkan. Merenung nasib mencari ilham mana yang silap. Mana yang salah. Mana yang perlu dilalui dan mana yang perlu ditinggalkan. Mungkin jalan dah nampak cuma aku jer yang takut untuk melaluinya sebab apa? Mungkin kerana "selesa" berada di takuk lama atau bimbang jalan yang dipilih itu membawa bencana. 

Cepat-cepat aku kata dalam hati "rejeki itu Allah tentukan" dan atas sebab itu aku patut berani membuat keputusan. Natijah daripada keputusan itu biasanya akan membawa dua situasi samada lebih baik atau sebaliknya. Kalau nampak yang buruk je so tak ke mana lah aku. Aku sedar setiap keputusan yang aku buat akan membabitkan 2 insan yang begitu hampir dengan aku. Tapi semuanya bergantung pada aku dan juga restu izin dari-Nya. Aku cuma berharap dan berdoa serta berusaha agar setiap langkah yang aku akan ambil akan membawa lebih kebaikan, keafiatan dan keberkatan kepada kami dan juga mereka yang berada disekeliling kami.

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top