Untuk Dia...

Assalamualaikum. Lama menyepi kini kembali memenuhkan ruang-ruang kosong yang telah lama aku ditinggalkan. Sayang kalau terus ditinggalkan sebab 'nilainya' tinggi. Pada aku lah. Kesibukan dan ketepuan otak menyebabkan segalanya yang ada di sini aku tinggalkan. Merenung nasib mencari ilham mana yang silap. Mana yang salah. Mana yang perlu dilalui dan mana yang perlu ditinggalkan. Mungkin jalan dah nampak cuma aku jer yang takut untuk melaluinya sebab apa? Mungkin kerana "selesa" berada di takuk lama atau bimbang jalan yang dipilih itu membawa bencana. 

Cepat-cepat aku kata dalam hati "rejeki itu Allah tentukan" dan atas sebab itu aku patut berani membuat keputusan. Natijah daripada keputusan itu biasanya akan membawa dua situasi samada lebih baik atau sebaliknya. Kalau nampak yang buruk je so tak ke mana lah aku. Aku sedar setiap keputusan yang aku buat akan membabitkan 2 insan yang begitu hampir dengan aku. Tapi semuanya bergantung pada aku dan juga restu izin dari-Nya. Aku cuma berharap dan berdoa serta berusaha agar setiap langkah yang aku akan ambil akan membawa lebih kebaikan, keafiatan dan keberkatan kepada kami dan juga mereka yang berada disekeliling kami.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top