Majlis Aqiqah Untuk My Buchuk Muhammad Qarin Rifqi...

Alhamdulillah seperti yang dirancang majlis Doa Selamat dan Aqiqah MQR telah selamat disempurnakan. Kali pertama buat majlis untuk diri dan anak sendiri plus di taman yang baru memang agak seram juga. Maklum lah belum kenal sangat dengan jiran-jiran kan. Jumpa pun masing-masing angkat kepala dan tangan je. Jiran muda belaka kan. Haha. Sangat lah muda!! Tapi syukur sangat-sangat kerana segala urusan dipermudah. Dengan izin-Nya taman ni dah sediada kumpulan yasin wanitanya yang tersendiri. So, grab the change lah kan. Orang kata nak eratkan silaturahim. Kena lah jumpa dengan tok ketua taman. Hehe. Bereh. So, cerita macam tangan kosong pun tak seronok kan. Jom cerita bergambar. Baru ada feel.


Hari Jumaat bermula lah pemasangan khemah. Datang mengejut plak orang khemah ni. Nasib baik opis dekat bleh la lari sat.

Kejo masa sebelum Jumaat nih. Hari pun dah mendung. Risau hari esok hujan ke tidak masa majlis nanti.

Dah nak siap tapi aku tak boleh tunggu la kan. Kena kerja. Nasib baik dah pasang owning sebab musim hujan sekarang ni kan. Persediaan. Harap khemah, tak cukup.

Malamnya plak sibuk packing goodies bag untuk para tetamu yang datang esok. Nak tau apa isinya kena lah datang. Hehe. Yang simple-simple jek.

Ermmm..yang ini idea ibu dia lah kan. Ada 2-3 design so, i choose this one lah. i kan like blue colour. Haha. Saje wat kenangan terindah kan.

 Sementara tunggu mata mengantuk layan TV dulu sambil memikirkan apa yang akan jadi esok. Ngalahkan macam nak terima menantu plak.

Oleh kerana majlis ni hari sabtu so ramai yang kerja. Nasib baik ada membe sorang ni yang memang rajin menolong kemas kerusi meja sofa semua. Berdua lebih baik. Hehe.

Alhamdulillah selesai mengemas. Tinggal tunggu orang catering je nih. Macam dah mendung awan berarak je. Dalam hati doa banyak-banyak.

Belah dalam pun dah clear. Hati semakin dup dap, waktu Zohor pun dah semakin hampir. Langit gelap pun semakin hampir.

Semuanya dah sedia. Eh! Sofia macam lentok plak kat sofa tu. Minta makan sebenarnya tapi catering tak sampai lagi. Hehe. Bagi nasi goreng je dulu.

Catering pun dah sampai akhirnya. Lega lah rasa. Semua seperti yang dirancang. Pakai catering je lah senang kan dok bandar ni.

Datang dengan siap pelayan sekali. Membe aku kata. Nape tak hantar awek jadi pelayan. Hahaha. Dasar......biasa lah.

Dan bila sampai waktunya hujan pun turun dengan lebat. Apa yang dirancang harus diteruskan. Tapi orang tak sampai-sampai kecuali sedara mara lah. Risau.

Tapi Alhamdulillah. KRT memang menurut janji cuma lewat sikit. Tapi syukur lah majlis dapat diteruskan berteman hujan rahmat yang sangat lebat.

Kira penuh juga lah rumah. Yang lain terpaksa menunggu kat luar. Hujan tak menghalang. Suasana jadi semain meriah, hati pun senang. Baru diuji sikit kan. Sabar. Eh, mak.

Hidangan sudah sedia untuk diratah. Aku tuan rumah cuma tengok je lah kan. Merasa sikit-sikit je. Pun Alhamdulillah. Yang penting kasi habis.

Tukang golek kambeng pun bertambah semangat nih. Golek jangan tak golek. Aik...macam dah nak abes je? Sapa yang makan? Hehe.

Yasin dan doa selamat dah pun selesai. Jemput lah makan. Aku? jemput tengok je. Kuk krak kuk krak perut. Tapi tengok orang berselera makan aku jadi kenyang.

Baru aku perasan kebetulan baju kumpulan yasin ni sangat kena dengan tema majlis ni. Diaorang dah sekodeng dolu kot. Hahah.

Wah kena lah dengan hari hujan ek. Perut lapo kan. Apa menu kita ni yek? Lupa nak bagi tau la plak. Ermm...kita ada..

Kita ada...2 orang aweks tengah "peace" eh..eh..nasi bukhari, daging kurma, ayam masak merah, laksa johor, rojak petis, kuih muih, buah-buahan & kambing golek + acc.

Yang kat dalam tengah berebut nak amik makanan, yang kat luar plak? Sabo je la yek tunggu giliran, tak sangka kena serbu serentak. Rejeki hujan.

Ada tempat kosong siapa cepat dia dapat. Cuma aku je lah yang tak dapat dok lagi. Agaknya kalau terima menantu macamana agaknya ye???

Sebab hujan sangat lebat so, 1 meja terpaksa di bawa masuk untuk memboleh kan kambeng terus bergolek dengan jayanya.

Beratur lah sampai penat nih. Budak 2 orang ni tak sudah-sudah makan agaknya, badan kecit je. Hehe. Joking-joking.

Sukanya bila tengok majlis berjalan lancar. Tengok semua orang enjoy makan. Hilang rasa penat, hilang rasa duka.

Kalau ada rejeki next year boleh buat lagi. Tahun ni sekor then tahun depan lagi sekor. Cukup syarat kan. Mana tau tambah lagi. Hehe.

Erm..yang tu kembar wife aku ye. Wife sibuk melayan orang makan kat dalam aku plak kat luar. MQR mana plak? time ni dia tido kot.

Kat luar dah penuh belasah makan at dalam pun boleh.Yang penting balik perut mesti kenyang. Kalau lapo sedih lah hati tuan rumah.

Seperti dijangka, kambeng golek meme laris, so orang catering ni simpankan untuk family aku sikit, so tak kempunan lah kan.

Owh...baru sempat nak amik gambo wife & orang yang dirai, MQR. Nampak tak? Masih renyai-renyai sebab tu agak gelap.

Bila majlis selesai memang terasa sangat bahagia, so kemas lah rumah balik seperti asal kan. Kena setel hari tu juga tak boleh tangguh. Biar penat sekali.

Apapun aku ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga aku yang datang dari kampung, cuma abang aku je yang tak datang, Sama macam arwah abah, susah nak ajak berjalan. Kalau arwah abah masih ada kan best. Mesti dia datang. Tapi tak apa lah. Dia tahu. Juga kepada keluarga belah wife yang menyokong majlis ni. Tak sangka sanggup datang dari jauh kan. Kepada membe yang menolong dari awal pagi, kimie namanya. Kira sub aku lah kalau ada nak add apa-apa kat rumah dia lah yang aku panggil. Baik budaknya. Juga kepada sahabat-sahabat yang datang. Tak lupa juga jiran-jiran yang datang. Memang tak sangka lah. Nak snap gambo pun dah tak larat. Banyak momment yang terlepas. Tapi tak apalah ia pasti segar dalam ingatan ni. Yang tak dapat datang dengan alasan tersendiri tidak mengapa lah. InsyaAllah ada rejeki jumpa lagi dalam majlis yang lain. So, kesimpulannya majlis berjaya dan syukur alhamdulillah atas kurniaan rejeki dari-Nya. Yang penting sabar dan doa.


0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top