Ni la akibatnya, saman lagi. Padan muka aku. Oh...tidak...Panas lagi ni beb, baru 10 minit lepas kena kat Jalan Bayu Puteri, Bakar Batu. Time ni la dia wat operasi plak. Dan time tu la subcon aku si Zakaria tu call dan time tu la kena tangkap dek teropong ajaib polis trafik. Masuk selekoh je trus jumpa road block. Sah-sah la kena. Dah takdir tertulis gitu. Redha je la. Bertambah la koleksi saman aku. Tak apa la kira kifarah la ni. Hehe.
Nak cerita sikit la ni, Balik dari mengadap jumpa engineer JKR tu la. Dah kompom dapat NCR 5-6 keping untuk Sekolah Pasir Gogok. Nak menjawab lagi nanti. Plak tu nak kuar kena tahan plak dengan technician projek lain plak. Kali ni untuk Sekolah Simpang Renggam. Dah kena sekolah lagi. Aku wat dek je. Tapi kepala otak aku ni ligat berjalan nak cari penyelesaiannya. "Tu la bos, sapa suh amik subcon degil" jawapan singkat aku la tanpa memikirkan masa depan.
Hehe. On d way balik kena saman fasal guna telefon semasa memandu dok gara-gara wat discussion dengan subcon aku si Zakaria tu la dalam telefon je untuk projek JKR juga. Kali ni projek Jabatan Meteorologi Senai. Humangaih....sume kerana JKR...haha. tak ada la kan. Itu takdir aku untuk setakat ini pada hari ini. Yang akan datang tak tau lagi la. Terima seadanya je la k En. Sofian Misdan. Haaa...ni baru dapat call dari JKR kena pergi TNB Kota Tinggi amik surat cas sambungan untuk projek Pasir Gogok. JKR juga. Waaaaaa...
nota kaki cagu : sebenarnya ini la apa yang kamoo lalui setiap hari...
jawapan - cuma hari ini agak mencabar sikit je kan...
0 comments:
Post a Comment