Sekali Lagi cuba untuk memanfaatkan ruangan ini setelah agak lama meninggalkannya...haha... Patut la gegel semacam je. Erm...apa nak mula ye, rentetan dari perjalanan aku sepanjang menyembunyikan diri dari dunia blog yang hanya orang tertentu je yang baca. Biarkan....
First of all, inilah my new partner. So far tak ada nama lagi coz baru jadi ahli keluarga aku. Hehe. En. Lappy with no name. Boleh gitu. Ingat nak letak nama Pn. Brown coz faham-faham je la. Warna dia coklat kan. Whatever la kan, janji dia boleh bantu aku dalam melaksanakan kerja-kerja part time aku dengan jaya nya. Hehe. Amin. Mudahan lah. Sebenarnya dah lama dah aku cari menda alah ni, tapi belum beno-beno ada keperluan kan.
So, sekarang keadaan mendesak dan start dah dapat job, maka kenalah dapatkan juga kann. Cari yang heavy duty sikit. Tak kan asik nak nyeleh wife punya kan. Lagipun netbook wife aku tak sesuai untuk kerja-kerja yang aku nak kerjakan. So, gedebak gedebuk plus kena racun dengan promoter tu lagi maka terbelilah si lappy ni. Apapun agak puas hatilah dengan performance dia ni. Anyway selamat datang ke duniaku. Ok, start working and working.
Duniaku dipenuhi dengan pelan, pelan dan pelan. Dah lebih 10 tahun aku berkecimpung dengan dunia ni. Kadang nak termuntah pun ada. Tapi itulah punca rejeki aku setakat ini. Syukur. Kalau tak tahan boleh berbuih mulut. Haha. Apa yang agak mampu aku buat aku bedal buat je. Yang penting boleh buat dan ada hasil. Hidup sekarang tak boleh terlalu memilih kerja. So, sendiri mau ingat la bro. Selagi ada kudrat, jalan terus. Tak gitu. Tu la kan, belajo pun tak pandai. Erk.
Hmm...bila mengadap kerja je lama-lama mata boleh jadi rabun kan, so online la sekali-sekala kan. Orang kata buat iklan sat. Taklah tension sangat masa buat kerja kan. Kadang-kadang iklan lebih lama dari buat kerja. Apeda da...biasalah tu kan. Jangan diamalkan. Hehe. (berapa banyak 'kan' le). Indahnya teknologi sekarang kaaannn. Harap-harap pelaburan yang aku buat ni akan berbaloi la. Nampaknya macam tu la. Macam dah balik modal je. Alhamdulillah.
nota kaki cagu : selagi belum tutup mata, kerja...kerja...kerja...
jawapan - bio kita kerja, jangan dikerjakan, tak gitu...
0 comments:
Post a Comment