I Do Colbie Caillat Lyrics ♥


...just like to hear this song...

Sheikh Mishary Al afasy, Surat Al Mulk...





Selain membaca Surah Yasin pada Malam Jumaat ni, digalakkan juga membaca Surah Al-Mulk ni. Dan juga la surah-surah yang lain. Apapun sekadar berkongsi untuk siapa yang membaca blog ni dan juga untuk diri sendiri.

Antara PRU Sarawak Dan Rancangan Realiti....

Aku nak cakap banyak fasal PRU ni pun tak boleh sangat sebab aku pong masih belum mendaftar lagi kan. Haha. Tahun ni aku daftar la ok. Demi menjalankan tanggungjawab pada negara la kan. Pada persepsi aku, selagi yang mentadbir Melayu dan Islam serta yang penting, aman sudah cukup. Aku bukan hardcore politik, tapi tetap ada kerisauan juga disitu tentang siapakah atau parti mana yang akan mentadbir negara kita ni. Cuma harapnya janganlah sampai jadi macam kat negara Islam yang lain macam kat Libya or etc. Menentang kerajaan hingga mengorbankan nyawa. Jauhkan. Syukur sangat. 


Lain pula ceritanya tentang rancangan realiti. Aku pun bukan hardcore sangat rancangan macam ni kan. Raja Lawak boleh layan lagi. Hehe. Sebabnya dah banyak sangat rancangan yang sebegini. Lalai jadinya. Cuma difikir, anak bangsa lain berusaha menjadi golongan intelektual. Anak bangsa kita berebut nak jadi artis or tak keterlaluan kalau aku cakap nak "gelemer". Ye la, memang bukan semua begitu kan. Ini cuma pandangan peribadi aku. Juga ada kerisauan disitu. Nak cakap banyak pun tak guna, sebab aku pun belajar tak tinggi mana. 




nota kaki cagu : fikirkan mana yang lebih penting la kan...
jawapan - belajar tak kemana bukan penamat segalanya...tetap berusaha melalui pengalaman...

Steps : Mengapa Sepi Tanpa Berita (HQ Audio)

Lama dah cari lagu ni...layan je la.


Mengapa Sepi Tanpa Berita 

Sejak kepergian mu
Fikiran ku sering terganggu
Perasaan makin rindu pada mu
Saban malam ku terkenang
Saban hari terbayang
Setiap saat ku menunggu
Hati ku tertanya-tanya
Apa khabar kau di sana
Mengapa sepi tanpa berita
Kirimkanlah berita mu
Walau sebaris ayat
Buat penawar rindu ku

( korus )
Masihkah kau ingat diri ku di sini
Seorang insan yang pernah kau sayangi
Bagi diri ku tak mungkin melupakan mu
Kerana ku masih menyintai mu
Masihkah kau ingat
Suatu masa dahulu
Betapa indahnya percintaan kita
Lupakah engkau pada peristiwa itu
Kini kau berubah hati


Mandi Bunga?...

Huargh...bila badan dah mula sengal-sengal ubi ni. Ditambah pulak dengan kejadian kemalangan Jumaat lepas. Makin sakit badan plus sakit hati pun ada. Hehe. So, jom la mandi bunga kasi segar sikit badan ni. Jadinya, atas nasihat orang atasan, aku kena cari sendiri 7 jenis bunga. 3 daripadanya wajib bunga ros warna merah, kuning dan putih. Erm..yang warna pink tu aku saje amik tapi aku tak guna pun. Kebetulan plak ia sesuai untuk cousin aku. So, aku bagi kat dia la. 

2 lagi bahan wajib adalah, limau nipis 7 biji dan daun pandan 3 helai. So, bunga-bunga yang lain macam bunga kenanga dan yang lain tu sampingan la ek. Orang kata penambah perisa dan warna. Nasib baik mak aku jenis yang rajin tanam pokok bunga. So, aku tak ada masalah nak cari bahan-bahan yang diperlukan ni la. Bila khasiat dari setiap bahan ni bergabung, maka kesegarannya memang sukar digambarkan. Kesimpulannya, tak payah la pergi spa, buat sendiri je. Puas.




nota kaki cagu : best...
jawapan - bukan sekadar mandian biasa...

Malang Memang Tak Berbau....


Inilah yang dikatakan takdir penentu segala. Hehe. Macam lagu Jamal Abdillah plak kan. Kejadian ni berlaku petang semalam sejurus aku keluar dari opis nak balik ke rumah la. Wat to do, malang memang tak berbau kan. Tengah syok-syok layan lagu kat radio tiba-tiba selang 2 kereta depan aku brek mengejut plak. Ntah kenapa dia brek aku pun tak tahu. Sebab ada treler bawa menatang apa ntah beso gajah aku tengok besi-besinya. Takut agaknya, tengok yang drive pun wanita "P". Aku maafkan lah. 

Entah macamana tiba-tiba kereta aku bergegar. Alamak, kena dah aku. Tengok cermin pandang belakang kereta Viva biru dah melekat kat kereta aku. Nasib baik aku sempat tekan brek. Kalau tak aku plak rempuh kereta depan. Naya. Hmm...yang pandu pun wanita juga. Mary namanya. Sempat la juga berkenalan. Nak marah-marah pun tak guna. So bincang je la elok-elok kan. Nasib baik dia setuju bayar ganti rugi. So, masing-masing pun puas hati. Tak ada gaduh-gaduh. Setel tepi sudah. Aku pun malas nak panjang-panjangkan cerita. So, cool je la. Walaupun dalam hati ada taman. Haha. Sedih ok tengok kereta terpeleot. Malam tadi juga aku pergi betulkan atas bantuan En. Pegawai. Tapi still tak sama. Shape dah lari. Huhuhu. Nak buat macamana kan. Nanti bikin lagi la.




nota kaki cagu : kita dah hati-hati pun kena juga...
jawapan - kita yang hati-hati, tapi orang lain cuai pun memang tak bleh buat apa kan...

Keutamaan Hari Jumaat Dan Sunnahnya...


Segala puji hanya bagi Allah subhanahu wata'ala, shalawat dan salam semoga tetap tercurahkan kepada baginda Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam, dan aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi -Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan -Nya.. Amma Ba’du:
Sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala telah mengkhususkan umat Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam dan mengistimewakan mereka dari umat-umat yang lainnya dengan berbagai keistimewaan. Diantaranya adalah Allah subhanahu wata'ala memilihkan bagi mereka hari yang agung yaitu hari jum’at.

Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Hurairah dan Hudzaifah radhiallahu anhum berkata:  Allah subhanahu wata'ala telah merahasiakan hari jum’at terhadap umat sebelum kita, maka orang-orang Yahudi memiliki hari sabtu, orang-orang Nashrani hari ahad, maka Allah subhanahu wata'ala mendatangkan umat ini, lalu Dia menunjukan kita hari jum’at ini, maka Dia menjadikan urutannya menjadi jum’at, sabtu ahad, demikian pula mereka akan mengikuti kita pada hari kiamat, kita adalah umat terakhir di dunia ini namun yang pertama di hari kiamat, yang akan diputuskan perkaranya sebelum makhluk yang lain”.
(Shahih Muslim no: 856 dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari  dengan maknanya dari Abi Hurairah ra no: 876).

Malam Jumaat Yang....

Malam tadi punya angkara. Last minute punya plan, menjadi juga. Bukan apa, petang semalam tiba-tiba dapat sms dari wife yang kata tiba-tiba teringin nak makan steamboat. Eh, ngidam ke apa? Tak ada la. Saje je dia tiba-tiba macam nak makan steamboat ni la. Aku ni pulak jenis yang kalau wife aku meminta sesuatu, akan menjadi terasa kesalahan yang besar kalau aku tak dapat nak tunaikan. Tapi tengok keadaan la kan. Kalau yang bukan-bukan sangat memang tak la. Kalau bab makan, aku no hal. Haha. Bukan apa, selagi celik ni kan. Buat la yang termampu.


Mula-mula wife kata tak jadi, dah tak terasa sangat nak makan steamboat. Aku tahu, dia saje tak nak susahkan aku. Padahal dah bergelojak dalam hati tu nak pekena steamboat. Kenal sangat perangai dia. Hehe. So, aku pun mula la "mengcontact" membe-membe yang pakar dalam tempat-tempat makan kat area JB ni la kan. Dah tahu dah orangnya. Kalau sebut fasal makan memang dia la orangnya. Siapa lagi En. Pegawai la. Haha. So, En. Pegawai kata Onn je aku terus sms kat wife. Aku dah booking. So, dia pun tak boleh kata apa la kan. Jalan terus. Jom layan. Eh, sempat tu pagi-pagi update blog. Malam tadi ingat nak update, tapi sebab dah kekenyangan kan so bantal lebih utama. Waka..waka...

Lagi...

Kala Hujan, Pasti Teringat Dia...


Sekarang ni. Bila awan mula mendung, pasti aku teringat kan dia. Lagi-lagi bila hari hujan tersebut adalah di pagi hari Khamis. 
Moga tenang arwah abah di sana. Anakmu ini selalu mendoakan mu di sana agar ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.

Yaya Demam Plak....Suspen je..

Huuu..sian Yaya. Kena demam panas. Termuntah-muntah plak tu. Tiba-tiba aku terasa bersalah kerana pada petang tu aku dan wife bagi dia makan nata de coco a.k.a jeli mangga. Ibu dia pergi hospital jengguk mertuanya. So, aku dan wife jaga la sat kan. Mula-mula berat la juga nak bagi kan. Tapi aku tak sampai hati bila dia asik meminta je. "Nak...nak...dap...dap.." terpaksalah bagi 2-3 ketul kan. "Ok..dah abesss" "Nak...nak agi..." Aduss... aku pun main bagi selagi ada kat tangan aku. Aku suap sekali dia suap tiga kali. "Nak agi...dap.." "Dah banyak ni Yaya...tipu ni...kunyah tak? tengok mulut?" "Ngaa...bes..bess..nak agi.." Siap ikut aku tunggu depan peti ais. Haha. So aku cari jalan la nak tipu sunat budak ni. Kena tunjuk kan bekas kosong. Nasib baik menjadi. Huhu.

So, aku pun nak alihkan perhatian dia, pergi la main guling-guling dengan dia. Macam ok je kan. Cergas seperti biasa. Sekali tiba-tiba muntah plak. Sudah. Risau aku. So, aku buat-buat cool la kan. Abis keluar nata de coco tu. Masa tu tengok dia ok lagi. Siap mandikan semua tunggu ibu dia datang. Dah nak susu plak. Nak korek celah mana susu ni ek. So, merengek je la dia sampai la ibunya sampai. Nasib baik dah call ibu dia suh prepare kan susu siap-siap. Sekali tengah menonggak botol susu tu, termuntah lagi. Adus lagi aku risau. Berketul-ketul jeli tu keluar. Huhu. Ibu dia lagi la. Ayah dia rilek je faham tak nak kasi aku dan wife gelabah. Hehehe. Ye la kan, baru sat jaga anak orang dah termuntah-muntah. Macamana?. Masa kat tempat makan kat luar pun dia muntah lagi. So, terpaksa la pergi klinik. Doc kata kembung perut. Esoknya terus demam. Sian Yaya. So aku lega la bukan sebab jeli aku tu. Badan dia memang nak demam. Lega....Cik Yaya jangan serik dok umah cik Pyan n Cik La la ye. Hehe.

Agi Idup Agi Ngelaban Bhgn. Akhir

Jadinya, hari ke-3 berada di Sarawak tidak banyak xtvt yang dilakukan selain makan, makan aje. Sempat juga la kami berjalan-jalan berjalan kaki ke Waterfront. Kira macam pekan Parit Sulong juga la tempat ni kan. Cumanya mungkin hari Ahad so banyak juga kedai yang tak buka. So singgah mana yang ada je la kan. Bila dah singgah tu terbeli la juga menda-menda yang boleh dijadikan buah tangan untuk orang Semenanjung nanti. Flight pukul 6.45 petang, jadinya kitaorang berjalan la sampai tengah hari. Dan yang tak bestnya kita orang kena check out pukul 12. Flight pukul 6.45. Apa nak buek yo?

nyambung lagi ke muka sebelah...

Agi Idup Agi Meraban...Haha...

Selingan dari Agi Idup Agi Ngelaban la ye. Bukan apa la kan, Sabtu lepas tak ada buat apa, wife pun ajak la pergi cari kain untuk baju raya puasa akan datang la kan. Wahh..awalnya, cebik aku la kan. Tapi memang la kena awal. Katanya nanti tukang jahit dah tak nak amik plak. Lagi haru. Betul juga tu kan. So, ..."so lagi", macam biasa Jakel menjadi pujaan la. Sekali punya la ramai manusia. Memang betul la kena cari kain awal. Kang habis. So, pusing punya pusing aku terkenan kat kaler macam baby purple gitu la. Cari kain aku dulu then baru cari wife punya plak. Nak matching katanya. Sekali nak cari matching punya fasal, haaa hambikk ko...6 pasang dia belasah. Aku sepasang je. Patot ke? Hahaha. Faham-faham.




nota kaki cagu : erk..sila abaikan serpihan kaki tu ye?
jawapan - nak enterframe jugak kaki ownwer ni...

Agi Idup Agi Ngelaban Bhgn. 2

Fuhh...sibuk betul minggu ni. Penat pun ye. Balik rumah nampak bantal je la. Tak sempat nak update blog ni. So sekarang ni baru la sempat. Dan kesinambungan Agi Idup Agi Ngelaban pun diteruskan la. Walaupun dah agak basi ni kan. Satu sebab lagi asbab lambat update blog ni tidak lain dan tidak bukan, disebabkan "berukband" aku yang lately ni selalu buat hal. Ntah kenapa. Asik hang jer. Erm...ni pun penat juga tunggu ni. Baru boleh berblog. So kita sambung balik cerita fasal ke Sarawak la ye. Kali ni hari ke-2 pulak. Hehe. Macam mengarang cerita kanak-kanak plak. Haha. Hari ke-2 di Sarawak adalah hari yang agak memenatkan. Mana taknya, kena ikut schedule orang tourist guide kan. Lepas tu masa fix sangat. Nak kejo kan majlis makan malam pada belah malamnya plak. Jadi, layan la ye.

sambung di muka 2 ye...
 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top