Huuu..sian Yaya. Kena demam panas. Termuntah-muntah plak tu. Tiba-tiba aku terasa bersalah kerana pada petang tu aku dan wife bagi dia makan nata de coco a.k.a jeli mangga. Ibu dia pergi hospital jengguk mertuanya. So, aku dan wife jaga la sat kan. Mula-mula berat la juga nak bagi kan. Tapi aku tak sampai hati bila dia asik meminta je. "Nak...nak...dap...dap.." terpaksalah bagi 2-3 ketul kan. "Ok..dah abesss" "Nak...nak agi..." Aduss... aku pun main bagi selagi ada kat tangan aku. Aku suap sekali dia suap tiga kali. "Nak agi...dap.." "Dah banyak ni Yaya...tipu ni...kunyah tak? tengok mulut?" "Ngaa...bes..bess..nak agi.." Siap ikut aku tunggu depan peti ais. Haha. So aku cari jalan la nak tipu sunat budak ni. Kena tunjuk kan bekas kosong. Nasib baik menjadi. Huhu.
So, aku pun nak alihkan perhatian dia, pergi la main guling-guling dengan dia. Macam ok je kan. Cergas seperti biasa. Sekali tiba-tiba muntah plak. Sudah. Risau aku. So, aku buat-buat cool la kan. Abis keluar nata de coco tu. Masa tu tengok dia ok lagi. Siap mandikan semua tunggu ibu dia datang. Dah nak susu plak. Nak korek celah mana susu ni ek. So, merengek je la dia sampai la ibunya sampai. Nasib baik dah call ibu dia suh prepare kan susu siap-siap. Sekali tengah menonggak botol susu tu, termuntah lagi. Adus lagi aku risau. Berketul-ketul jeli tu keluar. Huhu. Ibu dia lagi la. Ayah dia rilek je faham tak nak kasi aku dan wife gelabah. Hehehe. Ye la kan, baru sat jaga anak orang dah termuntah-muntah. Macamana?. Masa kat tempat makan kat luar pun dia muntah lagi. So, terpaksa la pergi klinik. Doc kata kembung perut. Esoknya terus demam. Sian Yaya. So aku lega la bukan sebab jeli aku tu. Badan dia memang nak demam. Lega....Cik Yaya jangan serik dok umah cik Pyan n Cik La la ye. Hehe.
0 comments:
Post a Comment