Agi Idup Agi Ngelaban Bhgn. Akhir

Jadinya, hari ke-3 berada di Sarawak tidak banyak xtvt yang dilakukan selain makan, makan aje. Sempat juga la kami berjalan-jalan berjalan kaki ke Waterfront. Kira macam pekan Parit Sulong juga la tempat ni kan. Cumanya mungkin hari Ahad so banyak juga kedai yang tak buka. So singgah mana yang ada je la kan. Bila dah singgah tu terbeli la juga menda-menda yang boleh dijadikan buah tangan untuk orang Semenanjung nanti. Flight pukul 6.45 petang, jadinya kitaorang berjalan la sampai tengah hari. Dan yang tak bestnya kita orang kena check out pukul 12. Flight pukul 6.45. Apa nak buek yo?

nyambung lagi ke muka sebelah...

Sebelum memulakan perjalan kena la amik gambo dulu kat kucing-kucing gadut ni. Menandakan 
kita ni kat Kuching. Hehe. Patung ni letaknya depan hotel je. Kalau perasan baju putih tu aku 
pakai malam tadi. Haha. Malas nak kotorkan baju, recycle je la. Bukan pakai lama pun kan malam tadi.

Tomey tak orang utan tu? Ada sama macam tuan dia tak? Haha. Tang tomey sama kot. Hik.
Jadi ini aje la barang yang aku beli untuk diri aku sendiri kat Waterfront tu. T-shirt. barang yang lain 
 dah letak name tag orang lain. Huhu. Saje memang aku kenan kat orang utan tu.
Nampak lain sikit kan. Best.
 
Semasa on d way balik ke hotel berjalan la di sepanjang Sungai Sarawak ni. Sempat juga la
berposing kan nyambil pegang plastik kesek yang dalamnya ada baju orang utan gue. Hehe.
Sakit lutut juga ek jenjalan lelama ni. Waduh. Tahan je la.
 
 Bergegas balik ke bilik hotel then mandi gedebak gedebuk ngam-ngam kuar kul 1.
Nasib baik pengurusan hotel tu ok la kasi kita orang kuar kul 1. Dapat la memandikan diri.
Jadinya sementara menunggu bas sampai pukul 4 dok melepak je la kat lobi. Wat to do.

So, memasing pun dah memegang bantal dok tahan ngantuk je la. Tertido kang terlopeh pulak bas.
Tak ada apa nak buat, borak-borak je la nak hilangkan ngantuk tu. Nasib baik la masing-masing
ringan mulut nak bercakap. Aku kalau dah penat sangat or ngantuk, diam aje la. Dengar je.

Akhirnya masa pun sampai la ke pukul 4. Masa untuk ke airport dan balik ke semenanjung. Setelah sampai di airport, segala urusan diselesaikan dan kapal terbang pun sampai agak lewat sedikit. Tapi tak apa la kan. Base la tu delay sikit. Nasib baik sikit je. So berlepas la kami ke semenanjung meninggalkan tapak-tapak kaki kami di Sarawak ni. Tapi seat dalam kapal terbang kali ini lagi la lari jauh. Aku duduk seat no. 24 manakala wife aku dok kat seat no. 8. Hehe. Sian juga tengok muka seram sejuk dia tu. tapi nak buat macam mana kan. Kena la belajo juga. Tapi yang bestnya seat sebelah aku tu kosong. Bengong btul la budak Air Asia ni. Hampeh je muka wife aku bila dapat tau seat sebelah aku tu kosong. Hehe. 
 
Dan kali ni aku dapat lagi dok sebelah tingkap. Malam kan so nak amik gambo pun macam ye tak ye je. Kang amik gambokan kuar gambar lain plak. Haha. Lagipun aku dah tak dan nak ngambik gambo lagi dah. Pun tak boleh tido gak. So pandang luar je la. Nampak apa? Nampak muka sendiri. Hehe. Tapi bila dah sampai semenanjung pemandangan waktu malam dari kacamata helang ni memang cukup memukau la. Bercahaya je kan. Tapi malang, dilarang plak buka semua device elektronik termasuk la kamera kot coz kapal nak mendarat. Huu..rugi tak amik gambo la.

Yang jadi ralat tu sepanjang kat sana tak sempat nak makan mee kolok, laksa sarawak, lagi apa, ayam pongsu ntah apa lagi makanan sarawak yang katanya enak-enak belaka kan. memang tak sempat. yang sempat makan KFC dengan Mcd. Apa ke hal? Hehe. Tak apalah kan, mana tau may be rejeki lain hari. Ada masa singgah lagi la ke Sarawak ek. Katanya tahun akan datang nak ke over sea plak. Ke mana tu tak pasti lagi la.Yeay. Dapat tumpang lagi la kalau umur panjang kan. Tengok la rejeki nanti. Apapun terima kasih la kepada syarikat wife aku Detect Engineering yang sudi menaja percutian kami pada kali ini. Itu la namanya rejeki. Alhamdulillah. Tompang senang.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top