Fuhh...sibuk betul minggu ni. Penat pun ye. Balik rumah nampak bantal je la. Tak sempat nak update blog ni. So sekarang ni baru la sempat. Dan kesinambungan Agi Idup Agi Ngelaban pun diteruskan la. Walaupun dah agak basi ni kan. Satu sebab lagi asbab lambat update blog ni tidak lain dan tidak bukan, disebabkan "berukband" aku yang lately ni selalu buat hal. Ntah kenapa. Asik hang jer. Erm...ni pun penat juga tunggu ni. Baru boleh berblog. So kita sambung balik cerita fasal ke Sarawak la ye. Kali ni hari ke-2 pulak. Hehe. Macam mengarang cerita kanak-kanak plak. Haha. Hari ke-2 di Sarawak adalah hari yang agak memenatkan. Mana taknya, kena ikut schedule orang tourist guide kan. Lepas tu masa fix sangat. Nak kejo kan majlis makan malam pada belah malamnya plak. Jadi, layan la ye.
sambung di muka 2 ye...
Base la kan, owner blog kena enterframe dolu. Muka tengah segar ni tunggu dalam bas persiaran.
Tak sabo nak gerak dah ni. Snap dulu.
Sebab khusyuk sangat dengar tourist guide berceloteh atas bas tu, tak sedar dah sampai ke lokasi pertama iaitu Cultural Village. Menarik tempat ni sepertimana yang dicanangkan oleh tourist guide. Betul. Yang tengah buat aksi menunjuk tu la tourist guide tu. Connie namanya.
Sebelum masuk kena buat permit dulu. Hehe, tak adalah, sticker jer. Bio tak sesat kot.
Akceli boleh buat kenangan kot kan. Cantik apa.
Sebelum tu pemandangan belakang yang cantik tu adalah Gunung Santubung. Sebelahnya Gunung
Sejenjang la kan. So panjang rasanya kalau nak ceritakan tentang legenda kedua gunung ni kan.
So, kita mulakan perjalanan la ye. Dimulakan dengan Bismillah. Erm..baju tu ada maksud tu.
No. 5 tu mendalam tu maksudnya. Hehehe.
Lokasi pertama yang dituju Rumah Bidayuh ni la. Nice. Macam mana mereka ni boleh buat
rumah macam ni ek? Memang cantik. Semua dari bahan semulajadi.
Kreatif rumah Orang Bidayuh ni. Sejuk je tengok. Penat juga ek kalau nak design rumah macam ni.
Mau tergolek nih nak anyam segala kayu dan daun atap tu.
Hmmm..tapi dalam rumah Bidayuh ni ada tengkorak yang diasapkan. Huuu...seram.
Jom pergi ke rumah yang lain. Seram dah ni.
Seterusnya, ke Rumah Iban pulak. Tengok macam mana design dia.
Pastinya unik la kan. Jom masuk.
Haa..macam ni rupa bentuk rumah Orang Iban ni. tengok dari luar pun macam seram
sejuk je kan. Nak tau tak nape?
Pun ada tengkorak yang diasapkan. Mereka juga punyai cara yang sama seperti orang Bidayuh. Menyimpan tengkorak musuh di dalam rumah. Mereka percaya ada semangat pada tengkorak tersebut.
So jangan cerita banyak kita ke rumah Orang Penan pulak. Rumah ni paling simple je sebab
Orang Penan ni berpindah randah. Dok dalam hutan.
Orang Penan ni cari makan dengan berburu di hutan la kan. Senjata yang digunakan mestilah sumpit kan. Dapat la try juga rasa menyumpit. Best. Maap ye abang Penan ni agak cekci sikit. Haha.
Dah penat menyumpit, singgah pulak ke rumah Orang Ulu. Tinggi rumah ni. Gayat la juga bila dah
sampai atas tu. Ada beran???
Cantik kerja tangan Orang Ulu ni. Berseni. Tengok je la lukisan kat dinding tu. Kata Connie setiap bentuk dan lengkungan tu ada makna. Kalau perasan kat atas sekali lukisan tu ada burung enggang. "Jom kita ke tempat lain" kata Connie.
Lokasi seterusnya, ke Rumah Melanau. Lagi tinggi rumah ni. Lagi kreatif senibinanya.
Tiang rumah ni pakai batang pokok je.
Sebab dah penat berjalan, so tak naik sampai atas la. Tigkat 1 je. Ada 3 tingkat tu.
Nak naik tangga pun agak ngeri juga. Hehe. Kecit-kecit je anak tangganya.
So kalau nak datang sini kena kumpul tenaga dulu ye. Sebab nak naik rumah mereka ni,
kena panjat tangga yang tinggi-tinggi macam ni.
Hmm..kat Sarawak juga ada kaum Melayu. So inilah contoh rumah Melayu kat sana.
Berkenan sungguh aku tengok Rumah Melayu ni.
Cantik kan. Sesuai untuk orang yang suka termenung macam aku. Lagi-lagi kat tepi tingkap macam ni. Nampak nostalgik gitu. Hehe.
Ni la part or tempat yang paling aku suka kat Rumah Melayu ni. Kalau la rumah aku ada
space macam ni kan best. Bleh lepak kat buai bawah rumah macam ni. Nyaman je.
Lepas ziarah Rumah Melayu, Rumah Cina ni adalah contoh rumah terakhir. Pada aku tak ada yang menarik sangat kat Rumah Cina ni. Biasa je selain dari jadi tempat pemprosesan lada hitam dan putih
yang di pelopor oleh kaum Cina satu masa dulu. Ok la tu kan.
Destinasi terakhir di Cultural Village ni tak lain dan tak bukan mestila dewan theater nya kan.
Ini yang dinantikan dan yang penting, dalam dewan ni ada air cond la. Haha. Panas sudah.
Jom tengok persembahan yok.
So bermula la persembahan. Ada 7 persembahan sebenarnya mewakili ke tujuh-tujuh kaum di Sarawak yang kita dok singgah rumah-rumah mereka tadi kan. So aku tak larat la nk upload semua. Apapun semua memang menarik la. Lagi la aku yang sukakan persembahan kebudayaan ni kan. Tengok persembahan ke tengok awek dok gelek-gelek? Jawab...Hahaha..wat eber la kan. Dan yang best peluh 2 jam jalan-jalan tadi dah kering sebab kena air cond. So, refresh balik. Jom jalan lagi.
Ok la, selamat bubbye la Cultural Village a.k.a Rumah Budaya Sarawak yang penuh dengan
budayanya. Banyak yang dapat dipelajari sepanjang berada di sini.
Lepas makan semua, kami di bawa ke kilang membuat kek lapis ni la. Berebut-rebut orang dok terjah kek lapis yang di beri percuma untuk merasa la. Pun dapat sticker jugak.
Tapi mereka ni bukan merasa tapi mentekedarah. Haha. Aku pun sama la. Nyicipi je. Pun bukan minat sangat. Beli pun untuk orang kan. Nama kilang ni, Dayang Salhah. Sebab ujan tu yang tak dapat nak amik gambar kilang ni.
Then, kami di bawa ke kilang membuat pasu pulok. Pada fikiran aku mulanya,"apa ke hal pergi kilang
pasu plak ni?" Kompom kena ni. Hehe. Faham?
Ni muka budak Ain namanya. Tengah darah manis ni. Lebo senyum lepas borong pasu. Nak bagi tetamu yang hadir masa majlis dia katanya. Murah so "terpaksa" la beli. Katanya. Gua pun terjebak. Kaann.
Ole-ole la kan. Kalau nak belikan semua memang pengsan la. So, kena selective la.
Then, mari ke Wisma Satok. Wisma Satok? Apa barang pergi Wisma Satok ni kan. Haha.
Simboliknya je ni. Pergi Pasar Satok la yang betul. Pergh, memang ramai beno orang kat sini.
Dan kamu diberi masa setengah jam je kat sini. Ada ke patut?
Jadi...dah kat Pasar Satok ni berbulu la mata nak cari cenderahati kan. Banyak pilihan dan orang pun agak bersesak-sesak kat sini. Nak pitam juga aku. So, memang tak boleh lama la kat sini.
Masa pun agak terhad sebab dah petang sangat sampai sini.
Menu utama kalau datang ke Pasar Satok ni tak lain dan tak bukan la. Mesti cari ikan terubok masin ni. Aku beli ikan ni kat UiTM. Jangan tak tahu pulak kat Pasar Satok ni ada UiTM ok. Betul, Usahawan Ikan Terubok Masin. Haha. Nama gerai yang aku beli ikan ni la.
Dah penat berjalan tiba masanya kena balik ke hotel la. Muka pun dah layu je memasing tapi badan still wangi lagi la ye walaupun.... Ada yang mengadu tak puas la, masa singkat la. Aku fikir nak geletak je kat hotel tu. Haha. Nak berendam kat bath tub. Huu..syok. Malamnya ada dinner plak. Aduh. Tapi tak apa makan free. Yeay. Rejeki. Jom balik.
Pergh...mata dah kuyu tapi jadual kena la ikutkan. Ikut hati membuta pun best jugak. Penat tak hilang lagi. Tapi majlis orang kan. Kena la wajib hormat. Follow je. Jom la dinner.
Makan lagi. Sempat posing depan bilik.
Makan sudah, tengok persembahan pun sudah, dengar amanat dari lembaga pengarah pun sudah. Seperti biasa la kan, sesi bergambar pun bermula. Ni pun tak semua yang masuk, mau tak muat lensa dslr cameraman. Hehe. So mana yang sempat je la kan. Mana saya?
Sebelum masuk tidur dok la lepak-lepak dengan staf-staf yang lain. Kalau yang larat tu diaorang sambung jalan lagi. Aku, macam biasa nampak bantal je la. Ni anak Project Manager. Peramah budaknya. "Nanti Cik Pyan add Najmi kat FB ok" sampai sekarang tak add pun. Sat lagi ok. Hehe. So jom la tido.
Kesimpulannya, selain hari yang memenatkan banyak ilmu dan pengetahuan yang aku peroleh sepanjang perjalanan hari ini. Itu yang lebih penting kan. Ada "isi-isi" yang perlu diberi penekanan dan dijadikan panduan terutama sepanjang pengarah-pengarah berucap memberi amanah dan misi mereka. Ye la, walaupun bukan pengarah aku kan, tapi apa yang diperkatakan cukup memberi impak. Aku menumpang gembira dan menumpang kasih saja. Apapun aku bangga dengan pengara-pengarah tersebut kerana mereka anak melayu.
bersambung lagik...
nota kaki cagu : lama tak muncul ni. hmm...berapa banyak "so" daa...
jawapan - so...??? tong....
0 comments:
Post a Comment