Agi Idup Agi Ngelaban Bhgn. 1

Macamana nak mula ni ek. So hari ni aku masih lagi bercuti macam yang aku cakap pada entry yang lepas la kan, ngalahkan staff syarikat yang bawa pergi bercuti ke Sarawak weekend lepas ni. Hehe. Cuti pun bersebabkan. So, rilen je la kat rumah ni. Kasi segar sikit badan yang sakit-sakit dok kerana berjalan tak hinggat kan. So far, memang seronok la melawat ke Sarawak ni walaupun ni dah kali ke-2 aku ke sana. Lama dah tu kan. Pendek kata, pergi 3 hari 2 malam memang la tak cukup nak pusing area kuching dan sekitarnya, Lagi la nak ronda 1 Sarawak kan. Luas tu kan, negeri terbesar kat Malaysia.


Ni nak kongsi la apa yang terdaya masa aku kat sana. Sebab dah penat berjalan kan, kadang nak tangkap gambar pun dah tak larat. So mana yang terdaya je la sempat amik gambar. Banyak sangat tempat yang menarik kat sana lagipun. Berkejar masa turun naik bas persiaran tu. Ramai juga la yang mengeluh tak puas. Nak buat macamana kan, schedule kena ikut. Penat-penat pun, gagahkan juga. Lagi la pergi tempat yang boleh shopping kan. Hilang penat semuanya. Ehem, aku tak la kan. Biasa-biasa je. Hehe.

Ada lagi di muka 2 ye...

Apapun owner blog kena enterframe dulu la. Masa ni kat Senai Airport tunggu Flight. Macam tunggu bas juga la kan. Hehe. Orang Sarawak cakap kapal terbang tu belon.

Belon dah sampai nampaknya, so ready to aboard la ek. Masa ni la doa banyak-banyak hope selamat semuanya. Amin, selamat dah pun. Alhamdulillah.

Dah kat dalam belon. Cari seat, nasib baik ada brother yang baik hati sebab sanggup tukar seat dengan wife aku. Kalau tak duduk asing-asing la. Macamana ntah Air Asia susun seat ni. Wife baru pertama kali naik belon ni, tu yang ada rasa seriau sikit.

Yeay...dapat dok sebelah tingkap. My peberet seat. Dapat la jenguk-jenguk ke luar nanti. Mana tau bleh jumpa En. Superman ke. Hik. En. Suparman ada la kot. 12.45p.m berlepas.

Berlepas sudah. Gayat juga la mula-mula ni. Tu la, sibuk sangat nak amik gambar kat luar tu lupa plak nak amik gambar peramugari. Hehe. Tahan je tu, wife asik jeling je. Haha.

Sebab frust tak dapat amik gambar peramugari, so terus la amik gambar kat luar ni. Makin lama makin tinggi. Cantiknya, Subhanallah. Memang tak jumpa En. Superman la.

Hmmm..dekat dah ni. Dari Senai sampai la ke Sarawak aku tak dapat nak lelapkan mata. Tengok keliling ada plak orang bleh tido ek. Sama la orang sebelah aku. Hehe. 

Makin lama makin rendah. Bergegar-gegar jadinya. Hehe. Cantiknya sungai Sarawak. Berlengkar macam ular pun ada juga.

Alhamdulillah, selamat pun mendarat juga setelah selama 1 jam 20 minit berada di ruang udara. Kuching, here we come. Sakit leher pun ada dok lama-lama dalam belon ni. Pukul 2.05p.m. sampai. Bas dah tunggu.

Apapun kena la check in hotel dulu, Musafir ni kan so kena la buat apa yang wajib dulu. Lama la juga tunggu kat lobi sebelum dapat bilik ni. Pukul 4.0op.m. baru dapat bilik.

Hmm..bilik pun cantik, pelik juga nape dapat 2 katil kan, sekali rupanya ni bilik bos la. Orang hotel silap bagi kunci pulak, nasib baik bos wife aku ni sporting. Dia bagi je. Sebab dah kemas barang kan. Rejeki.

Kalau pergi ke Sarawak boleh la menginap kat hotel ni, sederhana tapi selesa sangat. Boleh rekemen la orang cakap kan.

Kalau ikut hati nak je aku terjun dari tingkap bilik hotel aku ni. Haha. Tapi sebab berkubang tak ada dalam jadual kan, so ini pun aku tahan jebat. Haha. Lagipun dah petang sangat sampai kan Rilek dulu.

Sebenarnya hari pertama di Sarawak ni xtvt bebas je. So malamnya kita orang jalan-jalan dan makan-makan kat area dekat-dekat je. Nak jalan lebih-lebih kan tak jumpa jalan ke hotel plak. Hehe.

Waahhh...macam dah setahun tak minum air kelapa. Haha.Sedut jangan tak sedut. Malu plak. Hehe. Apa bleh buat bab makan dan minum jangan malu-malu, nanti lapo.

Dah kenyang, hari hujan pulak, badan pun dah penat, mata pun dah ngantuk so tak ada apa kita orang balik hotel. Tido time. Esok 1 hari nak berjalan. Kumpul tenaga. Ini group kami la. Sporting gila. Suka. Ada ramai lagi. 2 bas ada tu.

bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top