Kesele Awake.....Nasib bek Dah....

Alhamdulillah...selamat juga sampai rumah ni. Erm...hari ni ke Muo lagi coz tengok site. Progress, so slow. Tak apa la kan, at least aku sempat nak bernafas lagi. Saja ronda site hari ni sebelum berangkat ke Sarawak Jumaat ni. Coti sampai la hari isnin. Dapat rest sikit kan. Pergi negeri orang. Jalan-jalan cari ilham. Walaupun menumpang kasih ihsan orang. Hehe. Namanya pun rejeki kan. Nak harap company sendiri bawa, tahun ni dah masuk 3 kali buat janji-janji manismu. Lepas ni bolayan la jawabnya. Semua dah jengkel. Hahaha. 

Haa..nasib baik, baru teringat yang road tax & lesen memandu aku dah tamat tempoh. Boleh serentak pulak tu. Nasib baik buat persiapan awal. Kalau tak kompom aku terlupa dah. Jalan terus je ke Muo tadi kalau tak ada lesen & road tax kan cari bala namanya tu. Tapi line agak clear juga tadi. Cuma nampak en. polisi buat speed trap je kat area Sedenak tadi. Nasib baik hari ni aku jadi pemandu yang berhemah. Ikut peraturan je. paling laju pun 111km/j je...kalau kena juga aku tak tahu la nak cakap apa kan. Kita kasi bakar...bakar...hehehe...

Cantik pulak warna road tax kereta sekarang ni kan. Merah ke maroon ni, ke merun....hik. Haa..kan sama tu tarikhnya. 23hb Mac. Lesen pun sama 23hb Mac juga. Sedihnya dekat sama tarikh juga nak ke Sarawak ni. So, faham-faham je la ek. Bajet dah kurang la nak berbelanja kan. Hehe. Ala, lagipun bukan apa-apa sangat kat sana kan. Tak la nak bershopping sakan sangat. Dolan-dolan je. Yang penting, ada makan. Haha. Nak shopping sok masa pergi Bandung & Jakarta bulan Julai nanti. Macam tak sabar plak la. Lagi-lagi coti. Best.

Apapun yang penting kena settle down dulu kan. Kuda ni nak kena gerak hari-hari. Kang tak ada kuda ni patah kaki plak nak cari rejeki. Nak merayap pun sushah nanti. Lagi sushah kalau kena saman sebab tak ada lesen dan cukai jalan kan. Mengeluh lagi nanti. Tak elok. Mudahan dimurahkan rejeki lagi. Bukan apa, kadang-kadang kita ni asik mengeluh tentang menda yang kita tak ada. Yang nikmat depan mata ni terhalang pulak pandangannya. Renung-renungkan dan selamat beramal.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top