Hari Ini, Dalam Sejarah...Hahaha...


Sebelum menulis lebih lanjut, aku nak ketawakan diri aku sendiri. Hahahaa....Ha. Cukup. Ape la nasib hari ni. Kelako betul. Apa yang kelako, ni la nak citer. Pagi tadi punya la rancang dengan partner ni la coz nak pergi site sekolah kat Simpang Renggam sana. Cadangnya kuar awal sebab nak sampai awal la ke sana. Boleh tahan juga la jauhnya. Kawasan perkampungan. Jauh ke dalam. Kiri kanan nampak kebun dan pokok kelapa sawit je. Silap hari bulan nampak ulo sawo plak. Hehehe. Tapi so far tak pernah la nampak. Jangan la ye. Ye la, nak datang awal sebab hari ni Jumaat kan. So masa agak terhad.

Nak dijadikan cerita, borak punya borak dalam kereta kat hi-way tu kan, cerita punya cerita, ketawa punya ketawa, umpat punya umpat, tengok eksiden lagi. Sambung cerita gelak tawa, tiba-tiba......ALAMAK!!! macam mana boleh dah sampai simpang MACHAP ni??? Aduyai...macam mana bleh tak perasan yang dah terlepas simpang menghala ke Simpang Renggam? Hahaha...masing-masing ketawa. Dua-dua plak tu tak perasan. Orang nak cepat jadi lambat. So terpaksala turun Ayer Hitam dan patah balik ke Selatan. Nasib baik la dalam 20km je terlajak. Aje ek....Nak lelaju kan kena saman lagi. Baru setelkan.

Tapi kan..tapi, setiap yang berlaku tu mesti ada hikmahnya kan. Sampai je sekolahyang dimaksudkan, ramainya manusia...owh ada majlis Maulidur Rasul. Cikgu-cikgi tengah sibuk siapkan hidangan untuk anak-anak murid yang comel-comel je. Apapun jumpa cikgu beso dulu kan. Menanyakan tentang aduan yang diutarakan. So lepas selesaikan semua, cikgu beso ajak makan. Nasi beriyani plak tu. Walaupun aku tak berapa gemar kan at least ada juga kan.  Cikgu beso kata rejeki jangan tolak, so kami pun makan la nyambil borak-borak dengan cikgu beso. Hmm kan rejeki tu. Kalau sampai awal nasi lum masak lagi..kaann..rejeki kami la.
Tak gitu? So think +ve la ek.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top