Jom Balik Kampung Lagi...


Sempena 100 hari pemergian arwah abah, mak becadang untuk membuat kenduri doa selamat pada malam isnin ini (13hb Mac 2011). Sepatutnya, kalau dikutkan hari sebenarnya jatuh pada hari khamis 17hb Mac 2011. Ye la, memandangkan semua anak-anaknya bekerja so mak buat keputusan untuk mempercepatkan majlis tersebut setelah meminta pandangan dari adik beradik, sedara mara dan anak-anak. Sebagai anak, aku follow je mana yang baik.

So, petang ni dalam lepas Asar kami bergerak la. Menumpangkan cousin aku sekali. Sian dia, baru amik kereta vios baru2 bulan lepas dah eksiden. Teruk plak tu...keretanya la..Alhamdulillah orangnya selamat. Then, malam isnin tu juga la aku kena bergerak semula pulang ke Johor Bahru coz wife aku tak dapat cuti hari isnin tu. Aku? cuti la. Hehe. Selamber je la. hmm, lama dah tak drive malam ni so hopefully mata ni tak kalah la kan dan semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Mudahan.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top