2 Batang...


Alhamdulillah, MQR dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah. Belah atas macam dah nak keluar juga nampaknya dan yang best dia tak demam langsung. Risau juga kan. Ermm gambar tak jelas sebab maklum lah anak lelaki kan. Punya lah lasak. Ni pun aku paksa dia, tu yang nangis tu. Hehe. Dah nak masuk 8 bulan dah anak abah rupanya.

Owh..hari ni jumaat coti sambut kemerdekaan negara kita yang ke-55 lah kan. Tapi esok kerja, seronok lah orang gomen ek dapat sambung coti sampai Ahad nanti. Aku pun macam bercita-cita nak sambung coti juga. Hehe. Sebab kebetulan esok Sabtu minggu pertama so wife pun memang coti kan. Ada orang nak datang beraya katanya. So, coti aje lah.

Ingat nak pergi Tesco awal pagi ni cari lauk tapi apakan daya, hujan dinihari plak. MQR pun mata dah layu jek. So, tangguh petang nanti lah dan bila ada coti panjang sikit ni maka mula lah aktiviti memenuhkan pewut kat rumah terbuka. Rejeki kan, orang nak bagi makan. Terima aje lah. Tak datang karang sok lusa kalau kita buat plak nanti tak ada yang sudi datang. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

Suasana Gangnam Raya - I Need A Laugh At This Momment.


ooOppss Ohsem!!! Hak...hak...hak...

Hanya Untukmu - Nadia


Yang ini pon sodap juga di dengar melodinya. Macam aman je rasa, tenang. Well, aku pun suka yang ini. Dalam hati aku kan ada taman. Kenapa? korang nak cakap aku jiwang ke apa ke? Ada aku "K" Haha.

Pergi Tanpa Alasan - Eren


Salah satu lagu peberet aku tahun ni dan yang best bila aku nyanyi lagu ni dalam kereta Qarin mesti suka gelak kan aku. Aku pun tak tahu kenapa. Dia suka sangat dengar aku nyanyi lagu ni. Berdekah-dekah dia ketawa. Ntah faham ntah tidak.


Juz Walker...

Baru-baru belajar naik walker. Happy je dia dapat berdiri. Tapi lebih banyak mengundur dari maju ke depan. Biasa lah tu kan. Hope Qarin cepat belajar. Tak sabar nak tengok dia berjalan. Hehe, merangkak pun lum pandai lagi daaa...asik berenang kuak dada jek. Penat lepas tu menjerit. Anak abah kalau menjerit kalah baby gurl. Haha. Bikin panik.

Waduuhh, sian anak abah ni. Penat betul naik walker ni ke sana ke mari kan. Jom minum dolu. Errmmm sila abaikan kaki abah dia tu yek. kalau tak pijak kat walker tu kompem bergegar gambar ni. Tak reti dok diam tu. Hehe. So next month abah belikan ur own walker ok. Yang ni pinjam mummy dia punyer. Beraya sambil torai walker.

Home Sweet Home...

Fuhh...Raya ke-4 dah? Giliran untuk beraya belah family wife plak. Nampaknya dari pagi sampai ke malam la kat rumah orang nih. Ke sana ke mari. Hujan plak tu. Dah malam baru jumpa nasi. Haha. Nama pun raya, jumpa kuih raya je la nampaknya plak tu dengan air bergas. Sebu perut jadinya. Tapi ok lah kan, jumpa sedara mara yang setahun sekali ni, tak pun kalau ada majlis baru dapat jumpa. 

Tapi penat semua hilang bila sampai ke rumah. Ye lah, tahun ni aku dapat beraya kat rumah sendiri, Alhamdulillah. Kecit ke beso ke, yang penting rumah sendiri. Baru tau feel rumah sendiri tu macamana kan. Aku bukan pegawai beso yang berpangkat tinggi, lulusan pun tak seberapa tapi Alhamdulillah rejeki Allah tu luas. Kadang aku pun tak duga punya rejeki sebegini. Kita saling bergantung kan.

Selamat Hari Raya...


Alhamdulillah, tahun ni kami beraya di kampung. Gliran aku lah plak kan. Tahun ni sambut sederhana sahaja. Ye lah, kehilangan arwah abah masih terasa lagi. Diam tak diam dah dekat 2 tahun arwah abah pergi tinggalkan kami. Apapun tak mau sedih sangat, hari raya patut di rai dengan gembira. Alhamdulillah, saudara mara aku meme kecoh. Hehe. Meriah lah jadinya kan. Tengok mak pun happy je. Lega lah juga. Yang penting semua happy cukup lah kan. Yang pergi tetap pergi so kita doakan dan banyak-banyak lah sedekah kan amalan untuk dia di sana. Itu lebih baik dari meratap.


Tahun ni juga aku beraya bersama orang baru ni. Hehe. Dapat lah juga ubat rindu. Biasa lah kan, ibu abah yang excited lebih bila nak raya ni. Semua nampak dia punya aja lah jadinya. Tak apa lah kan, sementara ada ni. Cepat sungguh dia membesar dan paling besar antara sepupunya juga. Bila pergi beraya rumah makcik-makcik semua makcik dan pakcik aku cakap yang Qarin ni sejibik macam aku masa seumurnya dulu. Tu yang arwah pak ngah aku panggil nama aku GOBEL. Hehehe. Tapi harap bila dah beso nanti jangan lah jadi kurus macam abah dia ni. Haha.


...SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi MaAf ZaHiR BaTiN...


We...Latest...


We call him "Anak Raja". Hehe. Act like a boss.

Dia Pun Nak Beraya Juga...


Macam biasa tiap tahun dia pun nak beraya juga. Wat to do. Banyak jasanya ni so layan je lah. Mudahan dia dapat terus berkhidmat untuk aku bagi mencari rejeki.


Ntah Apa Yang Best???


Ntah apa yang best sangat kat bawah meja tu. Suka bebeno dia golek sampai ke situ. Lepas tu main sembunyi-sembunyi. Memang tak boleh tinggal dia nih. Haha. Itu dunia dia kan.


Assalamualaikum...Lama Bebeno Dah...

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Mendengus panjang hari ni bukan tanda aku mengeluh. Tapi sebab menarik nafas panjang sebab ambil masa yang panjang nak update blog aku ni. Diam duduk diam bukan bermakna tiada apa yang nak diluahkan, tapi kependekkan masa yang makin terasa dari sehari ke sehari. Rasa tak? Bulan lepas dan bulan ni aku rasa kurang tenang dengan situasi sekitar. Lebih-lebih lagi dalam soal kerja. Ini lah bahana bila 'take over' kerja dari tangan orang lain. Nak cerita panjang pun tak ada faedah bagi aku. Simpan aja dalam hati. Jangan melatop sudah. Tak kan lah kan. Biarkan ia pergi.

Tapi bersyukur sangat sebab ada penyeri hidup, tak lain tak bukan wife dan 'my little bam-bam' yang selalu pandai mengambil hati. Hmm...meriah dah rasa. Lagi-lagi dekat nak raya ni. Eh, dah minggu terakhir Ramadhan rupanya. Mood sure dah sampai dapur rumah mak. Haha. Terngiang-ngiang ketupat lodeh dan ayam kicap mak. Hoho. Pagi-pagi dah ingat makan. Apeda. Anyway tak sabo nak tunggu sampai hujung minggu ni. Sabtu dah start cuti. Tapi rasa macam nak cuti awal plak. Tengok lah nanti macamana. Ikut hati. Ada aku kesah? Bos aku kesah! Haha. Ni yang wat pakatan pembangkang ni. Hehe.

Apapun sepanjang Ramadhan ni dilalui dengan ceria dengan family, cuma tahun ni aku rasa kurang berbanding dari tahun sudah. Apa yang kurang biar jadi rahsia aku dengan Dia. Kadang terasa takut sempat ke tidak nak jumpa Ramadhan tahun depan. Harap apa yang sedikit itu diterima. Apapun Ramadhan dan Aidilfitri kali ini lebih bermakna dari sudut keduniaan kerana berpuasa dan beraya di rumah baru dan yang penting dengan ahli baru. Tidak lain Muhammad Qarin Rifqi yang begitu cepat pembesarannya. 7 bulan dah. Kejap aja. Rasanya macam baru semalam aku dok mandikan dia masa wife berpantang dulu.


Kerja...kerja...kerja...pusing-pusing cari wit raya sendiri...Alhamdulillah target archive...

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top