Alhamdulillah, MQR dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah. Belah atas macam dah nak keluar juga nampaknya dan yang best dia tak demam langsung. Risau juga kan. Ermm gambar tak jelas sebab maklum lah anak lelaki kan. Punya lah lasak. Ni pun aku paksa dia, tu yang nangis tu. Hehe. Dah nak masuk 8 bulan dah anak abah rupanya.
Owh..hari ni jumaat coti sambut kemerdekaan negara kita yang ke-55 lah kan. Tapi esok kerja, seronok lah orang gomen ek dapat sambung coti sampai Ahad nanti. Aku pun macam bercita-cita nak sambung coti juga. Hehe. Sebab kebetulan esok Sabtu minggu pertama so wife pun memang coti kan. Ada orang nak datang beraya katanya. So, coti aje lah.
Ingat nak pergi Tesco awal pagi ni cari lauk tapi apakan daya, hujan dinihari plak. MQR pun mata dah layu jek. So, tangguh petang nanti lah dan bila ada coti panjang sikit ni maka mula lah aktiviti memenuhkan pewut kat rumah terbuka. Rejeki kan, orang nak bagi makan. Terima aje lah. Tak datang karang sok lusa kalau kita buat plak nanti tak ada yang sudi datang. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.
0 comments:
Post a Comment